Resepi Ikan Pari Bakar Portugis


menu hari ni.. just buatkan untuk cik suami.. ikan pari daun.. buat bakar ala portugis.. resepi ambil di blog puan azie :) harus dicuba oke. sedappppp tau.. cik suami ratah ikan sampai habis.. ala saya buat 2 ketul je.. asalnya nak buat asam pedas ikan pari.. tetiba cik suami sakit pinggang la pulakk.. teruih cancel.. kang tak memasal lagi berangin.. sape yang susah cik su jugak -_-' 

saya guna bahan yang ada.. sebab dah beli ikan baru pikir nak masak apa.. nak masak lemak, semalam dah buat telur ayam turki masak lemak, so, kita buat pari bakar je la.. macam sedapppp je !

sejak lepas bersalin saya tak berapa minat nak makan ikan pari dah.. nampak gayanya ciksuami aje la yang habiskannya.. 

ini bahan-bahan yang saya guna tadi.. memula buat minyak bawang putih.. 6 biji bawang putih cincang kasar sekali dengan kulitnya.. pastu goreng dalam minyak sampai kekuningan.. sejukkan. 

untuk bahan sambal blendkan cili kering, bawang merah, lengkuas, buah keras dan serai.. selepas blend perasakan dengan garam & gula sesedap rasa.. siap..

lumurkan pada ikan kendian curah minyak bawang putih tadi.. balut dengan aluminum foil.. bolehla dibakar.. tutup sekejap. agak ikan dah masak bolehlah buka penutup.. pastu bakar sekejap lagi .. terpulang nak basah-basah atau kering.. 

boleh bakar dalam pemanggang ajaib  atau oven.. kalau guna oven pepandai la setting ikut oven memasing oke..

isi ikan lembut, lembap dan terasa kuahnya.. just makan dengan nasi putih sahaja tiada digandingkan dengan lauk pauk lain. barulah terasa kan.. 

jangan lupa selitkan menu ni nanti untuk dicuba buat waktu berbuka puasa nanti.. tak ambil masa lama pon.. sekejap je dah siap masak.. jimat masa didapur ;)

p/s: masakan portugis kena letak daun limau purut tapi saya tak letak pon sebab tak ada la tadi.. dah tu nak kira masakan portugis jugak ke ! hahahahaha..


Previous
Next Post »
7 Komentar untuk "Resepi Ikan Pari Bakar Portugis "

Menarik ni. Boleh rujuk utk masak di bulan puasa ni..

ikan pari tak mkn bleh tukar ikan lain kan

nmpk menarik..boleh dicuba nanti klu rajin.hehe

aida pernah makan ni kat morib.
dia buat dlm aluminium foil...
ikan bakar portugis... nama x pernah dgr.
terus order... best!

selalu makan ni masa kerja kat tesco dlu. sebab yang ni je yang paling sedap dekat food court tu dulu hiihihi

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF