Resepi Kari Ikan Mayong dan Ikan Pekasam

menu berbuka puasa pada 4 ramadan 1436H cukup 2 jenis lauk je saya masak. nak buat sambal belacan dah tak sempat.

so, makan apa yang ada. alhamdulillah :/

masak kari ikan mayong dan bendi. asalnya nak buat gulai. sekali bila pikir balik, kang kalau buat gulai, lepas makan mesti mengantuk. pastu mula la malas nak itu ini. puncanya mata dah berat macam kena gam. style saya kalau buat gulai letak santan, kalau buat kari tak letak santan. ada setengah orang gulai ka kari ka, dua-dua diletak santan. so, terpulang pada citarasa memasing.

bila tanya suami, dia lagi la setujuuuuu. dah memang anti santan. lagipon ikan mayong tu, cik abe yang nak makan sangat pon. saya acah cuit-cuit gituuuu je.

kari ikan mayong dan bendi 


  1. tumis halba campur, daun kari, bawang merah. biar garing.
  2. masukkan bahan kisar (bawang besar + bawang merah + cili kering).. 
  3. kendian masukkan rempah kari ikan yang dibancuh dengan air. masak rempah sampai pecah minyak. 
  4. tambah air asam jawa secukupnya, biar mendidih. masukkan bendi. kendian masukkan ikan dan perasakan dengan garam + gula sesedap rasa.

kuahnya tak cair tak pekat. sedang elok. rasa pon cukup-cukup rasa. agak tak cukup rasa, kicap kan ada. penyelamat sedia membantu. hiks :)

gandingkan dengan..

Ikan Pekasam 


  1. goreng ikan pekasam. toskan minyak
  2. goreng bawang besar + cili hijau. toskan minyak. 
  3. satukan dalam pinggan. 


ikan pekasam mak saya buat. guna ikan lampam. rasanya dah lama bawa balik. kalau hari biasa bukannya lalu nak makan sangat. bila bulan posa ni, mmmm.. ikan pekasam la palingggg win ! nak-nak goreng makan waktu soq.. laju ja telan nasi..



Previous
Next Post »
4 Komentar untuk "Resepi Kari Ikan Mayong dan Ikan Pekasam "

sedappp nye ikan pekasam tu..dlu dok sna asal nk blk kg msti gi beli kt pekan rabu..

kt rumah ni tak berapa suka kari..sy biasa buat kari tak letak santan je ciksue

Oo ciksu goreng ikan pekasam ngan bawang+cili tu asing ek.. Ros main campur je goreng. Hihihi... Lain kali boleh lah asingkan macam ni

kan sedapnyaaa sahur dengan pekasam. tapi rumah ni kita sorang je yg makan. suami tak layan hihihihi

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF