Resepi Kuih Kaswi

09/05/2015

Ya ALLAH ! bila dapat gigit Kuih Kaswi ni kan.. nikmatnya.. Nampak ! Nampak ! mengalahkan ibu mengandung pulak keteringinannya tu.. hahahahaha 

Taraaa.. jemput makan Kuih Kaswi Gandum yang terlajak sedapppp ni..


Haaa.. uols ingat tak entry lepas yang saya bagitau gara-gara Kuih Kaswi ni lah saya sakit gigi. tetiba je. boleh tahan penangan sakit gigi. itu sebab pernah dengar kak sepupu cakap, kalau sakit gigi, ada orang dok hingaq-hingaq memang ringan je tangan tu nak boh penampaq. saya jarang nak sakit gigi tapi bila kena sekali. perghhhh ! 

saya goggle je resepi ni. jumpa resepi Kuih Kaswi yang bahannya sudah sedia ada di rumah. So, kira jadilah kan. sebelum tu kena buat sirapnya dahulu.

 Bahannya:

5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
Daun pandan
Satukan dan masak atas api hingga gula hancur. Sejukkan

Untuk adunan tepung:

2 cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung
1 sudu kecil air kapur

Kelapa parut (muda dan putih) digaulkan dengan garam.. nak bagi tahan lama kukus sekejap kelapa parut yang digaul tu nanti. Kendian baru digaul dengan kuih kaswi gandum

Cara nak buat pon senang aje. punyalah tak tahu pon sebelum-sebelum ni, oh ya, saya bukan penggemar Kuih Kaswi. rasanya tak pernah makan kot sebelum tu. gara-gara merasa sikit di rumah mak lang hari tu, terus jatuh cinta dengan Kuih Kaswi.. 

In shaa Allah bulan puasa nanti boleh la buat lagi.. ala, nak buat sekejap je. just masak sirap, satukan dalam tepung, kacau-kacau bagi sebati. kendian tapis ke dalam loyang yang siap disapu dengan minyak. sebelum tu sila panaskan pengukus anda ye.. kukus sehingga masak.. saya nak tahu dah masak ke belum, saya cucuk dengan lidi sate, kalau masih melekat belum masak lagi la tu.. 


sila guna pisau plastik bila nak potong dan pastikan kuih kaswi betoi-betoi sejuk sebelum dipotong ye.. jangan jadi macam saya. Tak nyabor dah nak makan. Itu yang jadi tak cantik. Pedulik la kan. Nanti nak masuk dalam mulut juga ye dok :p



ps: resepi asal dari SINI

Previous
Next Post »
13 Komentar untuk "Resepi Kuih Kaswi"

Tadi baru je lepas mkn kuih kaswi..haahah

adoi )cik sue suka goda chek soh buat benda ni..sy pun seumur hidup tak pernah buat kuih kaswi..nyoq ada tu ingat nak buat apom..tgok kuih ciksu n tergoda pulak..adoii nak buat ke tak ni..kuih ni Aiman suka tau..klu apom tu peberet sy.hehe

faveret ni kuih kaswi.. tenki ciksu share resepi.. boleh buat puasa nanti.. mmg semua suka ni.. huhu..

ahhh sedapp! faverite jijah ni..dulu ms kecik2 mak suka buat kuih2..kek..skrg anak da besar n dia dah tua dia mls dahh..hee

Lama tak.makan.. Dan mmg tak kan buat sbb xde org nk makan..

kuih kegemaran aida ni.
kalau ke param memang carik ni.
but susah nak dpt yg sedap kat param.
hu hu hu :(
yes. buat sendiri kan, tak sedap tak le frust sgt ha ha ha ha :)

blh sediakan utk berbuka nanti

Saya suka kuih kaswi ni, Ciksu. Baru minggu dua hari sebelum puasa hari tu saya beli. Sedapnya mengunyah dalam mulut... Tapi buat tak pernah lagi. Hihihi!

Sedapnya kawsi. Bru ni blik ipoh dpt merasa. Nikmat. Tp xleh mkn sllu. Mnis.. Hehe

senang je buatnya,, selama ni duk makan je yg mama buat ekekekeke

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF