Resepi Pengat Pisang Nangka

menu berbuka puasa pada 5 ramadan 1436 H. saya buat pengat pisang nangka. lebihan pisang nangka yang dibuat kerepek tempoh hari ;-)

Pengat Pisang Nangka


4 biji pisang nangka tu pon hampir 1 kg. tapi saya just buat 3 biji je. tu pon banyak tak sangga dah. kongsi-kongsi merasa sorang sikit ^_^

bahan2nya:
  1. masak 3 keping gula melaka + gula pasir 1 senduk setengah dengan air. sejukkan.
  2. cuci sagu. masak dalam air mendidih sampai sagu nampak jernih. toskan dan basuh dengan air. ketepikan.
  3. asingkan perahan santan pertama dan santan kedua secukupnya.
  4. garam sesedap rasa
caranya:
  1. satukan pisang nangka dengan santan perahan kedua + daun pandan. masak hingga pisang lembut. 
  2. masukkan santan perahan pertama, kacau sentiasa. bila kuah nampak pekat.
  3. masukkan air gula dan garam. kacau sebati
  4.  tutup api masukkan sagu. kacau bagi rata. 
  5. siapppp. 

menu hari tu selain, pengat pisang nangka.. saya buat nasi goreng ikan bilis dengan bendi. cukup le.

yang penting menu utamanya kurma dan air sentiasa ada. dah memadai, kan !

Previous
Next Post »
5 Komentar untuk "Resepi Pengat Pisang Nangka"

sedapnya ciksue..en suami suka betul pengat..lama jugak la sy tak buat

Macam Ros, berbuka lebih kepada air.. Time bulan posa ni, semua tengok teringin.. Hihihi...

Haha.. petang ni MIL akak masak menu ni gak.. belum sempat rasa lgi sebab tadi kenyang sangat. Kalau masak sendiri tak makan banyak gitu.. ini mcm2 lauk ada, memang tak ada la makan mcm biasa...

sedapnyaaaaa kecur air liur!!!

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF