Resepi Sup Ayam Kampung

ini gambar yang diambil tanpa flash.. so, nampak muram je kan.. haa, gituu.. sama la juga gambar kita kalau ambil guna flash atau tidak.. eh. eh. ada kena mengena ke ! sendiri mau ingat oke :p

sup ayam kampung

gambar bawah nun haaa.... sup ayam kampung versi flash.. haa.. nampak ! nampak ! berminyak kan.. actually itu bukan hasil minyak yang diguna untuk menumis tau... 

actually, saya buat sup ayam kampung ni tak tumis pon.. kenapa tak tumis cik su oiii.. sebab laki ceq tak suka kalau nampak makanan tu berminyak.. memang alergik sungguh la kalau nampak makanan yang disediakan tu berminyak.. masa mula-mula kawin dulu tensionnn ooo.. korang boleh bayangkan tak, kalau goreng telur kan.. boleh pulak selepas goreng telur tu, angkat telur pastu pergi basuh. ala bukan basuh beria pon just lalukan air paip tu ke atas telur.. haaa, sampai tahap macam tu la punya alergik dengan minyak.. sekarang je dah kurang buat perangai lagu tu sebab dah boleh guna pemanggang ajaib kalau nak masak telur. termasuklah kalau nak buat telur dadar atau telur goreng...sonang khoje den.. cik PA sedia membantu.. 

berbalik pada sup ayam kampung tadi.. memula saya renehkan air + masukkan serbuk lada putih + 4 sekawan + biarkan mendidih..
masukkan halia + bawang putih + serai yang diketuk..
masukkan ayam kampung.. ayam kampung ni kategori muda, so, tak ambil masa yang lama untuk tunggu lembut..
masukkan kentang + lobak merah..
perasakan dengan garam.. 
dah cukup rasa dan empuk kesemuanya tutup api.. tuang sup ayam dalam mangkuk tabur daun bawang + daun sup.. siap :) 

serius ini memang minyak ayam tu sendiri.. masa nak makan tu dah bagitau sesiap.. 

sup ayam kampung



ps: ayam kampung dara, so, tak ambil masa yang agak lama untuk merenehkannya. buat goreng pon sedapppp. 



Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Resepi Sup Ayam Kampung "

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF