Sambal Ikan Bilis penyedap tekak

sejak bf rania sekarang kalau pagi tak makan roti atau oat comfirm saya makan nasi. pepagi dah sarapan nasi tau. bukan apa boleh lapik perut sesiap. lagipon mood rania ni sukar dijangka. kejap oke. kejap lagi ada la yang tak kena. so, layankan aje. 

ala makan nasi pepagi sesimple yang boleh je. bukan beria mana pon. habis kuat kekadang tu dengan sambal ikan bilis je pong. tak pon dengan sup sayur. jadi la kan.

macam sambal ikan bilis ni haaa. ala-ala macam serunding dah sebab saya blender ikan bilis tu. sebenarnya, saya lagi suka kalau goreng ikan bilis tu kendian bila nak makan baru cedok sambal. baru puas makan sambal ikan bilis. tetapi memandangkan ikan bilis ni macam liat aje lepas goreng, sampai nak kunyah pon macam tak bleh blah..

sudahnya saya rendam kejap pastu kisar. panaskan minyak, masukkan ikan bilis kisar, agak dah garing-garing tu masukkan bawang besar yang dikisar dengan cili kering + belacan. masak kesemuannya sampai pecah minyak. pastu baru masukkan air asam jawa + gula + garam sesedap rasa yang diinginkan. 

jadi inilah hasilnya, 
nak makan dengan nasi putih pon boleh. nak cicah dengan roti pon boleh. ikut sedap tekak la nak makan dengan yang mana pon. asalkan kenyang perut. hiks :)

saya pilih makan dengan nasi putih. kasi gaul rata-rata pastu suap ke mulut. dapnyaaaa ;)

sapa suka makan macam ni ?

Previous
Next Post »
17 Komentar untuk "Sambal Ikan Bilis penyedap tekak"

Akak pun sama..suka je nasi dengan sambal ikan bilis dan ada timun sikit.. kalau nak sedap lg letak kicap atau budu.. haha.. tak tinggal budu

sedapnyaaa lahaii. terliur pulak :)

sep skit..kite pun suke mkn gitu..kene wat byk2 sambal ikan bilis..makan time sahur, nikmatnyee..;D

makan macam ni pun sedap kan.. pembuka selera ni/..

psstt ciksu, komen ciksu tak ada.. satu tu je.

sambal ikan bilis favourite abah ash... heee...

alahaii mmg sedap la sambal simple2 gitu.. tp semua cikna takleh makan dengan ikan bilis nya belacan nya allergic.. huhu.. nasib lah..

cikna sihat je.. ciksu & rania sihat tak?

sedappp nye nk try la bahan2 pon senang ;)

Sedappppnye laukkk tuuu....nyum nyum

oic blend ekk ikan bilis tu?
aida biasa nya goreng rangup.
pastu masuk dlm sambal.
kalau liat, anak2 x nak makan...

and yes. makan dgn nasi panas.
tambah telur mata kerbau.
kicap skit :) terangkat !

klu blend ikan bilis mmg kuahnya akan jadi sedap ciksue..sy k
lu sambai takda lpauk lain pun take..satu famili mmg hantu sambai..sambai ikan bilis ciksue terbaik..tgok warna dah tau.huhu

Sedapnya. My feveret sambal ikan bilis tu.

Yg kisar Xpernah makan lg..tp mne2 pun sambal ikan bilis sedap

sedapnyaaaaaaaa kalau dapat makan lauk dalam pantang pun best kan. ikan blis dengan lada tu. berseleraaaaaaa sangat rasanya. makan simple gini yang buat lagi berselera bertambah2 sebenarnya kan hihihi

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF