Tanda-tanda Demam Denggi

actually tanda-tanda demam denggi yang cik abe alami hari tu pada mulanya tak sangka pon yang itu petanda nak demam denggi. memang pada mulanya dok sangka demam biasa. tapi memang pengajaran buat kami. sebolehnya duduk area Lembah Klang ni, kalau demam lebih dari tigapat hari silalah rujuk dengan hospital. jangan kata duduk area Lembah Klang, duduk di mana sahaja perlu buat perkara yang sama juga. ingat tu ! 

selepas kejadian tu, mulalah teringat segala peristiwa yang berlaku. boleh dikatakan itulah tanda-tanda awal demam denggi. 

antara tanda-tanda demam denggi yang cik abe alami.. saya mulakan dari awal ye mengikut tarikh.. kesahnya..

9/4/2015
pagi tu masa sarapan di rumah cik abe minum kopi o.. kebetulan pagi tu cik abe nak ke Klang.. sebelum tu kena singgah di TM Subang dulu.. setibanya di TM Subang, katanya dia muntah-muntah. habis keluar apa yang dimakannya. pada dasarnya cik abe dok pikir puncanya mungkin pagi tadi minum kopi o. jenis badan berangin kan. 

petang tu masa balik ok je. 

10/4/2015
nak ke bukit jugra pulak. so, kena ke TM Subang lagi pagi tu.. hari tu sampai rumah sebelum solat jumaat. so, selepas solat jumaat memang tak ada pergi ke mana-mana.

tanda-tanda nak demam pon tak ada la pula masa ni. memang nampak sihat walafiat.

11/4/2015
kami ke Mydin, Kajang yang baru buka tu. lama juga di sana. kendian on the way balik ke KL kami singgah di Giant yang tepi highway sebelum maktab polis tu. sampai ke petang di situ. memang puas berjalan la hari tu. 

masa waktu makan tengok cik abe berselera sesaje.

sampai rumah, cik abe ada suarakan nak ajak kawan dia datang makan malam di rumah.  
saya okje. asalkan tolong jagakan Rania. elok lepas maghrib kawan cik abe sampai. dorang makan berdua, saya melayan Rania macam biasa. menu pon simple-simple je. semuanya baru dimasak. 

selepas makan malam, suami ada buat air teh o panas. habuan nak nyembang dengan kawannya tu sambil nengok bola. kalau tak silap la. lupa dah. 

kendian saya dengan Rania masuk tidur dulu sebab Rania nak nangis je bila nengok kawan cik abe tu. maklum le Rania kan tak suka orang lelaki. 

dorang berborak sampai jam 11 malam gituu la. sudahnya, cik abe masuk tidur bilik tengah. 

12/4/2015
pagi tu cik abe pon bagitahu jam tigapat pagi dia terjaga dari tidur. katanya muntah lagi. sakit perut ceri beri. pastu lenguh kaki-kaki. sampai ke pagi tak boleh tidur. 

masa diceritakan tu selepas saya bangun tidur. kiranya selepas subuh la. masa ni cik abe dah mula bagitau macam nak demam la. badan pon dah dedar.

13/4/2015
memang comfirm demam. saya ada buat entry di sini

selera makan memang tak ada. bayangkan la buat sup ayam pon tak lalu nak hirup. buat bubur nasi lagi la tak dijamah. itu pon saya paksa juga minum air putih dengan 100 plus. siap susun botol air dengan 100 plus di kepala katil. cukup masa datang check dah habis ke belum.. 

oh ya, kalau uols nak tahu yang sebenarnya ayah Rania ni tak tidur dalam kelambu dengan kami 2 beranak. ikut dan mana nak tidur. kadang-kadang depan tibi. kadang-kadang bilik tengah. kadang-kadang dengan kami. sepanjang rentetan tarikh yang saya catit tu, memang ayah Rania tidur di luar kelambu kecuali malam 13/4/2015. masuk tidur dengan kami sebab dah demam kan. senang saya nak pantau keduanya. 

petang tu ngadu lenguh kaki lagi. saya siap sapu minyak panas lagi kot. adoi la @_@

14/4/2015
kalau uols nak tahu anggota badan punyalah tak berdaya nak pegang atau buat apa-apa.  penangan demam tu sampai nak drive pon tak boleh la. cik abe kata rasa tak berdaya sangat. pertama kali saya tengok cik abe surrender macam tu. selama ni kalau demam sikit, setakat start motor tu boleh lagi la. bayangkan penangan demam kali ni.  

so, pagi tu pergi hospital, sekali MA cakap kena pergi klinik dulu sebab hari bekerja kan. dorang terima kes selepas waktu bekerja sahaja. nak patah balik ke klinik memang tak la. dah tengah hari confirm orang ramai kan. dengan badan tak berdaya, tak ada maknanya nak tunggu lelama..

sudahnya pergi Klinik Medivron(betul ke eja ni erk).. sembang punya sembang bila nak check darah doktor kata tunggu hari khamis. pulak. katanya sekarang suhu badan tinggi, so, macam susah nak detect. suami pon angguk je la. doktor just suruh cucuk antibiotik. maka cucuk je la. sekali dapat ubat demam.. batuk atau selsema memang tak ada. hanya demam semata-mata.

bila balik rumah, nampak macam sihat la sikit. sikit je. tapi tetap dok baring juga. memang dah rasa semacam je tapi jauh di sudut hati minta dijauhkan. tapi dalam masa yang sama dok la belek cari bintik-bintik merah di badan. ada tu memang ada tapi tak la banyak. nampak la merah bekas kena gigit nyamuk. macam dok biasa nampak seperti hari sebelum-sebelum tu. 

cik abe memang mandi. tengah hari tu selepas mandi, makan ubat, 100 plus.. terus tertido siap berselimut bagai, dengan pakai t-shirt pe cukup. sekali bila terjaga mak aiii.. habis lencun dengan peluh.. bantal, tilam dan comforter basah dek peluh..

ingatkan dah baik la sebab dah pecah peluh kan.. rupanya tidak.. menjelang malam suhu badan makin panas.


15/4/215
bangun pagi tu panas badan masih bersisa. dalam hati saya dah mula fikir ke lain dah. terus ajak cik abe pergi cari ketam nipah. balik tu terus siang dan masakkan sup ketam nipah. paksa juga makan. gagah la si ayah menghirup kuah sup ketam nipah. puas juga la nak habiskan semangkuk tu. lepas kekenyangan sambung tidur lagi. 

tengok petang tu makin ok. tapi bila malam suhu badan makin panas jugak. tak boleh jadi ni. selepas maghrib siap-siap terus gerak ke hospital.

16/4/2015
selepas disoal siasat dan check suhu badan. masih tinggi. terus MA ajak ke bilik di wad kecemasan untuk masukkan air. ngam-ngam habis air yang dimasukkan untuk botol ke dua, rehat sekejap kendian terus ambil darah. keputusannya doktor sahkan cik abe demam denggi. bukan lagi suspect tapi memang dah kena demam denggi. so, kena masuk wad.. 

nak dijadikan cerita.. kebetulan masa pergi ke hospital carseat Rania memang tak dipasang pon. padahal sebelum nak pergi saya dah pesan dengan cik abe. pasangkan la sesiap. kang apa apa hal senang. saya dah bersiap sedia.
cik abe cakap.. "ala tak ada apa la.. "

oke.

dah tu pulak pergi hospital lengang mak enon je. apabenda pon tak dibawa.

sekali kena masuk wad.. haa sudah.. acaner saya nak balik dengan anak sekecil Rania tanpa carseat.. malam pulak tu -_-’

cik abe siap minta izin dengan doktor nak balik hantar kami 2 beranak dulu. kendian datang semula baru masuk wad. sekali doktor cakap "saya tak jamin apa-apa.. awak memang tahap kritikal... so, minta tolong sesiapa hantarkan wife dan anak u. u selesaikan hal wife dan anak u, dah selesai semua baru kita pergi wad. nak bermalam di sini pon boleh, cuma kesian dengan anak u la.."

akhirnya kami dihantar pulang oleh kawan cik abe. selesai semuanya.

selepas itu bermula lah episod air mata Rania :’( in shaa Allah next entry saya kongsikan.....










Previous
Next Post »
21 Komentar untuk "Tanda-tanda Demam Denggi"

Oh! Sampai macam tu sekali.... memang kena prihatin tentang hal ini. Tq for sharing, dan moga suami sembuh seperti sediakala.

pasti lah mba kalo lagi demam tinggi selera makan selalu hilang rasanya gimanaa gitu mba engga mood deh :)

Penangan denggi tak boleh buat main. Memang lemah-lembik-tak berdaya dibuatnya. Tapi abah Rania ni kira kuat tau. Masih nak hantar anak-wife dia balik dulu.. nasib baik ada kawan.

Cuma Rania mestilah menangis tak berlagulah ada org lain dlm kereta dia sepanjang jalan balik agaknya ye.. ujian betul!

Singgah pagi...
Skrg nie mmg bahaya...demam ckit pun kena terus check darah..

denggi memang berbahaya, semoga segalanya baik-baik sekarang yer...

bahayanya...tu sbb la dl kami tdo dlm kelambu wlaupon rs rimas n agak panas tp demi kselamatan.suami siap pasang jaring nyamuk kt tingkap lg.pkl 6 ptg pintu tingkap kena tutup siap2 tkut nyamuk masuk...

moga kita smua lebih bhati2.bahaya di mana2 ja

Tq for sharing...
Memang kena alert if demam.
zaman skang demam pelik2!

dah lame tak bblog..da lme juga xberbelogwalking....arini berkesempatan. tahniah sbb dlu sy sllu bce blog awk sdg tggu zuriat.Alhamdulilah da dimakbulkan Tuhan... dan hrp cik abe cpt sembuh ye.

hope cepat sembuh dan sis tabah yer hadapi ujian ni.

sabar ye ciksu..mungkin cksu xbiasa dengan keadaan camni..takpe itu pengalaman..moga keluarga ciksu baik2 n sihat hendaknya

cik su, maaf saya tak tahu cite ni
harap semuanya sudah kembali pulih seperti sedia kala
simpati saya membacanya

Tq for sharing.saya pun suspect.denggi time demam awal bln 5.check platlet memang rendah tp x sampai masuk wad.cuma ulang alik klinik ambk darah 3 ari.lepas demam baik...rupanya penyakit kronik lain yg dtg.sekarang masih kena follow up dgn doc.ujian dari Allah.
apapun hati2 dgn denggi.if demam 3 4 ari x baik..esspecially yg asyk demam mlm je..better.g klinik utk check darah.last week kami baru trima 1 report kematian sebab denggi..

DUGAAN KAK, harap sekarang semuanya dah baik2, amin..

memang dugaan betul ye ciksue..demam pun klu melarat memang tak boleh diambil remeh..

ya Allah panik membacenye sue.... tak sangka tau2 dah teruk yek.... akak plak dulu adik yg kene...mmg tak selera betul makan..sampai paksa....betul laa org katakan kalo kene demam denggi ni mulut pahi2 payau mmg tak lalu nak makan....

hope semua dah kembali normal.... lepas ni kene spray cukup2 sebelum tdo tu sue.... take care ye sue...

Memang tak snggup nak hadapinya . Huhu.. Sebab dah pernah kena :(

biasa nye demam denggie ni tanda2 dia demam on of sakit2 sendi kan..

sayunya hati ;( memang lagi kuat ujian bila dengan anak kecik dan kita jauh dari family ni. harapkan kawan2 jela nak mintak tlong pun

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF