Telur Ayam Turki peberet cik suami

menu malam kemarin.. telur ayam turki masak lemak.. asalnya nak masak ketam masak lemak, alih-alih ada orang tu suruh buatkan telur ayam turki masak lemak.. dah lama tak makan katanya.. oke.. saya yang menurut perintah..

haaa, ni la telur ayam turki masak lemak.. saya cuma tumbuk cili padi + kunyit.. dalam kuali didihkan air dengan serai yang dititik.. kendian masukkan bahan tumbuk.. masukkan kentang.. agak kentang dah empuk.. masukkan santan + asam keping.. perasakan dengan garam + gula sesedap rasa.. agak agak sebati pecahkan telur dan kacau perlahan-lahan.. jangan sampai telur hancur dan santan pecah minyak.. agak rasa tak larat nak kacau tutup le api tu.. kikiki.. pastu makan dengan nasi panas + sayur campur cendawan.. sedapp yakmat -_-'

kuningnya.. hahaha.. faktor pencahayaan gayanya.. bukan guna dslr pong.. 

inilah kulit telur ayam turki.. warna putih kulitnya.. isi dalamnya masih cantik terletak walaupon dah lama bawa dari kampung tempoh hari.. basuh bersih-bersih kendian simpan dalam esbok ;)

4 biji semuanya.. saya rasa macam telur biasa je.. lagipon saya rasa sikit je.. selebihnya cik suami yang habiskan.. saya pertama kali rasa telur ayam turki ni.. itu yang macam blurrrrr je ;)

 uols pernah makan ke telur ayam turki ni ??  

Previous
Next Post »
15 Komentar untuk "Telur Ayam Turki peberet cik suami"

CIksu, telur ayam turki dapat dari mana?.. memang bela ke kampung?.. dah lama Ros cari telur tu, tapi tak jumpa :(
senang tak nak dapat?... ada makcik kat office ni suruh Ros cari telur ayam tu dulu.. sebagai petua dan ikhtiar je..
kat kampung Ros takde sebab rumah taman.. dulu pernah mintak mak mertua carikan di Jitra. Tapi salah faham pula antara ayam turki/belanda dengan ayam piru..

wah ! nampak sedap jer ;)

p/s:Jemput join segmen Bloglist Julai-Ogos CN yer ;) http://www.cekgunorazimah.com/2015/06/Segmen-Bloglist-Julai-Ogos-2015.html

confirm tak pernah makan. Tau pun tidak. Mana nak dapat telur tu? Kalau jadi feveret, harus mel cuba ni.

Asslmkm ciksu.. Pestime tgk tgk aym turki tu.. Hihi.. Rsa apa ye..

asanya tak pernah lagi ciksu, sekadar telur ayam kampung, dgn telur ayam beli kat kedai tu ada la, hihi

Ayam turki tu macam biasa dengar...tapi telurnya memang tak pernah tengok apa lagi makan..

Tak pernah makan telur ni.. boleh masak mcm telur biasa ya.. wah sedap tu bila dijadikan masak lemak..

telur ayam turki?...baru tau wujud telur ayam turki...hehe..

xpenah..rsa dia mcm telur itik ke?

Erkkk tak pernah makan lagi kak.....hi hi....sedap keeee...

tak pasti pernah makan ke tak..rasanya pernah dulu2 waktu kecik..Sekarang ni memang pasti tak pernah makan dah.hehe

waow siap masak lemak tu!

aida x pernah makan !
telur penyu, itik, ayam ~ prnah la...

Selalu buat telur itik pun sedapp. Haihh terliur pula

tak pernah rasa lagi. kira ni selalu takut kalau nak merasa benda yang tak pernah masuk mulut ni hihihihii

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF