tips berpuasa sambil menyusu anak


alhamdulillah. semoga dipermudahkan hendakNya sepanjang ramadan 1436 H nanti kepada kita semua. 

pada tahun 2014 berpuasa dengan keadaan berbadan dua. memang tengah sarat sesangat. bagi tahun 2015, berpuasa sambil bf rania. pengalaman baru buat saya untuk ramadan 1436 H kali ini.

sebelum ketibaan ramadan 1436 H, saya sudah cuba berpuasa. alhamdulillah semuanya baik-baik aje. berpuasa sambil bf rania tanpa rasa letih dan lapar tapiiiii bab dahaga tetap juga terasa. 

alhamdulillah setiap hari sentiasa bagitahu rania, nanti umi nak puasa. supaya rania tahu. sebolehnya BANGUN SAHUR. PENTING !! kalau tak bangun sahur, tak dapat bayangkan. memang letih tak bermaya. sebab hari kedua dalam masa cuba berpuasa sambil nyusukan rania tu saya terlelap sampai tak bangun. jam dah berbunyi tapi pergi nyorok bawah bantal. sudahnya tak bangun sahur. walaupon malam tu makan kurma dan minum air, tapi belum cukup. memang boleh rasa tahap lapar dan dahaga. MINUM AIR SECUKUPNYA. minum macam biasa cuma kena adjust masa. antara waktu berbuka hingga waktu sahur esoknya. pepandai la buat macam mana pon. asalkan cukup 3 liter. SETIAP KALI BERBUKA DAN BERSAHUR JANGAN LUPA AMBIL KURMA. selalunya kita amalkan makan kurma dengan angka ganjil kan. gandakan pengambilan kurma. kuantiti terpulang nak ambil banyak mana. macam saya seleepas berbuka sambil tengok tivi sempat lagi kunyah kurma :) SAYA JUGA AMBIL EPHYRA sebagai minuman tambahan. kali ni saya minum sebelum nak tidur bukan selepas berbuka puasa atau bersahur.

selebihnya saya kena yakin bahawa badan saya tetap akan menghasilkan susu yang mencukupi untuk rania walaupon dalam keadaan berpuasa. Allah kan ada. yakin seyakin yakinnya ;-)

saya berdoa semoga dikurniakan kekuatan mental dan fizikal untuk menempuhnya. apa yang penting, saya mestilah berusaha menyediakan badan sebaiknya untuk berpuasa dan menyusukan rania nanti. saya berikhtiar selebihnya saya tawakal kepada Allah.

ibu-ibu yang dah berpengalaman, jom la kongsi tips dengan ciksu sepanjang menyusukan anak-anak uols. kata sharing is caring kan. tinggalkan tips uols di kotak komen oke -_*

selamat berpuasa dan berterawih. 

Previous
Next Post »
20 Komentar untuk "tips berpuasa sambil menyusu anak"

Assalam, Salam Ramadan QR... last year pun berbadan dua... hope puasa penuh tahun ni.. InshaAllah...

maaf yang ini tak boleh kongsi ciksu sebab tak ada pengalaman dan ash tak menyusu badan... apa-apa pun selamat menjalani ibadah puasa...

banyak minum air waktu malam, sahur dengan menu berat banyak fiber.
walaupun masuk tahun kedua berpuasa sambil menyusu,masih berdebar sebab ini pengalaman pertama ibu menyusu bekerja.tahun lalu tak kerja pun pitam2, tahun ni kerja tak tahu la macam mana.

selamat berpuasa ciksu !
betul tu.. ALLAH kan ada. In Shaa ALLAH, smoga dpermudahkan segalanya. Aamiin.

saya pun sambut puasa sambil menyusukan anak.. semoga dipermudahkan..

Betul Ciksu kena usaha jgn berserah. Kakak rasa tak ada masalah.
Yg penting macam Ciksu kata kita kena usaha

Alahai lupa pulak...
Selamat menyambut bulan ramadhan dari kakak
Maaf dipohon atas salah dan silap.

Kena kuatkan smngt dan yakin... Lain2 tu jgn miss sahur dan makan kurma..

selamat berpuasa ye...
ada sorang member aida tu nyusu kan anak dia time ramadhan.
dia x puasa.
then dia ganti...
sebab dia x larat..
and sebab anak dia kuat sgt nyusu.
badan ibu jadik lemah...

selamat menjalani ibdah puasa

Selamat berpuasa ciksu..

itu la baru baca kt fb pasal ibu yg menyusu.. letih jgk rupanya menyusu eh.. semoga ciksu terus tabah..

MV pun mcm sik cu...last year nak dekat berbuka puasa lemas bab bby asyik susu...tapi syukurlah mkn kurma mmg membantu

Tak dapat nak berkongsi pengalaman dan tips dengan Ciksu sebab saya pun anak-anak tak menyusu badan lama. Tapi saya percaya, dengan keazaman dan kesungguhan Ciksu, tentu semuanya baik-baik belaka buat Rania dan ibunya!

tahun lepas cabaran juga puasa dan susukan Afia..macam ciksue kata kena yakin susu cukup utk anak..yg penting sahur kna mkn byk.minum smp kembung.hehe

Semoga kita berdua dipermudahkan dlm usaha berpuasa dan bfeed bby. :)

Moga umi rania ni berjaya puasa penuh ya.. insyaAllah dimudahkan urusan dgn niat yang baik dan ikhlas utk anak yang kecil tu

takde tips akak nak bagi,moga ciksu berjaya menyusukan rania di bulan puasa ni ye

betul. sahur tu tersangatlah penting. tak boleh skip. mcm saya tahun lepas ada jugak skip sebab malas sgt nak bangun kan. bila hujung2 pose penyakit pemalas sahur tu kemain lagi huuuuu. pagi ok lagi. mai petang melepek sampai time berbuka nantinya tu...

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF