TIPS minum 3 liter air di bulan puasa

sesuai untuk saya serta ibu-ibu yang menyusukan anak. kengkawan lain nak cuba tips ni pon boleh juga. sharing is caring -_°

kalau sebelum berpuasa saya minum air sukat guna jag seperti dalam entry INI. tapi untuk bulan ramadan 1436 H kali ini, saya guna bekas air kesayangan ni haaaa ;)


saya buat jadual di kalender dekat dapur.. senang nak tengok + naikkan semangat. buat untuk dua sesi. sesi pertama dari waktu berbuka 7:30 malam hingga jam 12:00 malam.. sesi kedua 12:00 malam hingga 5:30 pagi. setiap setengah jam mesti minum air. tak banyak pon sikit jadi le.. asalkan kuantiti air dalam bekas air tu menurun.. bukannya kekal di situ. tak tambah tak kurang. ada paham ;)

 saya pastikan minum 1.5 liter air untuk setiap sesi. tak termasuk air manis ye. saya memang tak minum air manis selepas waktu berbuka. kecuali sebelum tidur memang akan minum ephyra. itu sahaja. 

habis 1.5 liter air tadi,
 tambah lagi. letak di kepala katil. sentiasa minum. terpulang la sama ada nak bangun buat solat di waktu malam atau bertadarus. tapi pastikan minum habis 1.5 liter air yang di isi kali kedua sehingga waktu bersahur. sambil-sambil bangun masak atau panaskan lauk pauk pon boleh minum sikit-sikit. untuk sahur saya minum air manis. contohnya horlick panas atau susu coklat dengan oat. ngam-ngam sebelum imsak dah boleh habiskan air.

bila saya berjaya habiskan setiap 1.5 liter air tu, saya akan tick di jadual yang saya buat. kalau tak tick tu rasa bersalah sangatttt. semuanya demi rania tersayang. tetap saya usakan yang terbaik. lain orang lain caranya, kan. tapi inilah cara saya. 

in shaa Allah. 
saya boleh, saya yakin uols yang menyusukan anak pon mesti boleh buat. 

alhamdulillah. 
walaupon mengah + semput la nak habiskan setiap titisan air tu.  

jangan lupa amalkan zikir dan pengambilan kurma secukupnya. yakin dengan Allah. rezeki dari Allah ;-)

ps: alhamdulillah selama 6 hari berpuasa ni, rania belum jaga time bangun sahur. rania suka kejut saya untuk bangun minum air. tiap kali rania nak bf waktu malam, time tu la saya ambil peluang minum air. tenkiu sayang tolong kejutkan umi :) 


Previous
Next Post »
14 Komentar untuk "TIPS minum 3 liter air di bulan puasa"

aah saya pun gunakan cara yg sama. sukat guna botol air kita yang besar tu. kalau tengok surut airnya rasa nak meloncat je hihihihi.

saya jenis yg senang je habiskan air kosong klu bulan lain tapi bila mai bulan posa aduhhhhhhhh liat sungguh!!! dugaan air yang berais sungguh hihihihi

aah saya pun gunakan cara yg sama. sukat guna botol air kita yang besar tu. kalau tengok surut airnya rasa nak meloncat je hihihihi.

saya jenis yg senang je habiskan air kosong klu bulan lain tapi bila mai bulan posa aduhhhhhhhh liat sungguh!!! dugaan air yang berais sungguh hihihihi

ok...boleh try wt cmni gak...rsnya kurang air kosong ni.telinga asik bdengung ja

waaa beguna la tips ni yg tk mnyusukn bb pn boleh try kaedah ni kan ;p

kadang tu kalau minum air banyak sangat macam nak muntah balik kan...dah besar rania...comel plok tu geram tengok....
kite belom ada rezeki lagi..huhuhuhu..teringin jugak nak jadi mak

Alhamdulillah, boleh ikut petua ciksu ni.. tq

bagus rania tolong kejutkan ummi dia... semoga ciksu berjaya dalam usaha ciksu ni ye...chaiyok2

Leh ikut.. jijah kurang minum air masak ni..hehe

bulan puasa ni saya mmg tgh usahakan supaya cukup minum air

minum air masak la paling liat.. hihi.. tp bln puasa paksa gak walaupun tak byk.. takut dehydrate.. bagus ciksu siap buat table lagi..

sy memang pergi mana angkut botol air ciksue..baik kt rumah baik kat opis..memang kt rumah tu sorang satu botol disediakan..puasa ni pun samalah kekdahnya.senang sikit nak bagi cukup minum.hehe

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF