Cerita Ceriti Sebelum Syawal 1436H

Sehari sebelum raya tak ada la buat apa2 pon. petang tu saya cuma tolong bukakan daun untuk dibuat ketupat palas. daun banyak tapi kecil aje. tak berapa nak lebar sangat. kak ipar dengan mak sibuk dengan bahan2 untuk dibuat rendang tok dan kuah sup. atok dengan ayah rania sembelih ayam. anak2 apa lagi.. main aje lah khojenya.. mak uda dengan mak tam masih bekerja.

untuk menu hari raya mak perak buat bihun sup, ketupat palas, rendang tok dan sedikit kuih muih yang di bawa anak menantu.

malam tu, saya sambung sikit lagi buka daun palas. hat lelaki dok pulun bakar mercun dengan bunga api. melayan anak2 buah kekdahnya.

cukup masa rania ajak tidur. sekali dengan saya terlelap. ngantuk yang teramat sangat sebab dah berapa malam dok berjaga sampai ke pagi, kan ! memang lena tak sedar apa dah. baguih punya menantu. sebelum tu dah siap pesan dengan ciksuami, suruh dia tolong kacau rendang tok dengan kakaknya. saya tak terdaya dah..

pagi raya pepagi dah bangun. sempat siapkan koktel. pastu tolong potong dedaun untuk bihun sup. selesai di dapur terus bergegas siapkan family kecil ku..

maklum la tahun pertama beraya dengan anak, kan.. lain maciam sikit keterujaannya ittew..

Sambutan raya kami biasa2 aja. tapi bagi kami ianya amatlah bermakna...

pakat dok minta nak nengok gambo rania beraya. nanti umi kasi ye.. sabor jap =)

Previous
Next Post »
5 Komentar untuk "Cerita Ceriti Sebelum Syawal 1436H"

salam aidilfitri sis n family.... :)

gambar gambar...hehehe..raya mesti bermakna kan

samalah kita ciksue tukang tengok je orang anyam ketupat pasa..sebab sy tak reti.haha...padahal takdak anak kecik dah pun.banyak mengelat.hahaha

akak pun duk buat ketupat palas kat rumah mentua, tolong anyam daun ketupat tu je la sebab mentua orang pahang tak pandai sangat buat ketupat palas...eceh menantu dia ni pun tunjuk tera la hahaha, pada hal tak berapa tera pun

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF