Faktor dan tips bawa anak naik bas

ada yang bertanya saya hari tu. balik kampung berdua dengan rania ke ? 

oooo.. tidak. kami balik bertiga hari tu. memang saja nak balik kampung naik bas. salah satu faktornya sebab ongkos. kedua nak drive ke utara di bulan puasa ni memang idokkk ler ! penat kot dan faktor ketiga semestinya cuaca sekarang.

bagi saya kalau naik bas dapat jimatkan kos minyak dan tol pergi balik. dah buat kira-kira. itu yang buat keputusan naik bas.

nak pandu kereta sensorang memang tidak la ayah rania. nak juga bergilir dengan saya. sebelum cadangan ditutup, awal-awal lagi saya tarik diri. ntah la.. saya dah tak berapa minat nak drive jauh-jauh ni. nak relax je kalau boleh. nak manja-manja dengan rania sebolehnya. boleh gituuu  :)
naik bas ayah rania pon boleh relax. lagipon jauh kot 6 jam perjalanan. nampak macam sekejap je. cer try bawa kereta. mau nyinggah patlimanam kali. dah tu pukul berapa nak sampai ? naik bas comfirm sampai pada waktunya, tak ada nak melencong ke lain dah. 

cuaca sekarang panas kot. dengan anak kecil lagi, rasa macam alahai sangat. ye la, walaupon kereta berbumbung dan ber'air cond tapi tetap tak boleh mengawal kepanasan di luar. rasanya naik bas lagi selesa. bagi saya la. lain orang lain la ragamnya. 

rania oke ke naik bas ?
so far alhamdulillah. pergi balik rania bagi kerjasama yang sangat baikkkkkk. saya kalau nak naik bas atau kereta, untuk perjalanan yang jauh, selalunya saya pikir yang positif-positif je. yang negatif sebolehnya nak dielakkan la. Allah kan ada. so, saya yakin dengan keputusan yang kami buat. 

cuma semenjak dah nak dapat kaki ni, rania makin aktif. bila dalam bas rania macam tak bebas tapi tak ada la rania nak menjerit bagai. masih under control. 

masa balik kampung dapat seat bawah. bas double decker. so, puas hati walaupon seat kami dah di ambil orang. terpaksa berpisah dengan ayah rania. sorang duduk di depan. sorang duduk di belakang. rania pon kejap-kejap nak ke depan, kejap-kejap nak ke belakang. apo nak buet ! 

masa balik kl dapat seat belakang driver. so, agak luas. dapat duduk sekali anak beranak. seronok la rania ke kiri ke kanan. masa balik lagi best. lama la rania tidur. bas singgah simpang pulai pon tak jaga sekadar jaga nak upah je. kendian sambung tidur balik =p

tipsnya sebelum naik bas saya akan pastikan rania makan nasi terlebih dahulu. orang kata lapik perut. kendian jangan lupa bawa bekal atas bas. macam hari tu saya bawa buah kurma dan lempeng kurma serta lempeng pisang. buat kudap-kudap rania. selebihnya memang rania bf dan tidur. saya bawa juga mainan kegemaran rania. selebihnya saya hanya tawakal.

setakat dok balik kedah naik bas ni, bab poo-poo dan shushu rania oke je. belum pernah lagi poo-poo dalam bas. kalau hari biasa bas berhenti rehat 30 minit. bulan puasa ni, berhenti rehat dalam 20 minit je. semuanya baik-baik aja. 

makcik sebelah pon pelik je nengok rania. jaga, makan, main-gelak-gelak, bf, tidur. 

ps: tengah nak membiasakan rania dengan kenderaan awam. nanti mudah nak travel jauh-jauh. jauh ke mana tu ??? 

Previous
Next Post »
9 Komentar untuk "Faktor dan tips bawa anak naik bas"

senang kalau anakbegitu..jijah belum try lagi risau gak hakimi buas..dlm kereta pun meragam

singgah sini sementara tunggu waktu berbuka :D

Betul ni.. kalau dah biasa baby pun ok je.. yang jenis tak biasa tu yang payah. Sekali sekala tukar mulalah meragam dan buat hal.. bagus rania..good girl..

Haaa Ciksu nak ke mana tu? Nak jalan jalan makan angin bawa Rania ek?.. Hihi

Owh bertiga rupanya... Syoknya dapat balik kampung...

Brjave rania ni.dr baby dh ajar nek bas.pulak tu budak jenis baik..mmg klu dia org nek bas lg jimat.klu ramai tu bek la nek keta sendiri lebih jimat kan.tmbg bas skang pun bley tahan mahai

bagus sebenarnya kalau diajar dari kecil macam ni

untuk jejauh memang praktikal naik bus. kenderaan nak berjalan dekat kampung memang ada so takde masalah lah kan hihihi

kami ritu konon nk naik keretapi laju la balik ipoh sebab stesen dia dekat je dgn rumah. sekali usya tiket makaiiiiii

yg ptg perut knyang ye bru bb diam

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF