Happy 11th month old

selingan sebagai rujukan 

Allah Hu Akhbar ! hari ni dah 10 Julai 2015 rania genap 11 bulan. sekejap je masa berlalu. bulan depan dah nak masuk setahun kan ;) alahai.. cepatnya membesar anak umiayah ni. 




alhamdulillah, setiap bulan sentiasa menunjukkan perkembangan yang positif. ada aje gelagat-gelagat rania yang mencuit hati. ada kala keletahnya buat umi jadi singa kejap. ayah maintain cool je memanjang. 

 gigi. hingga sekarang masih belum keluar. walaupon dah ada tanda-tanda gigi tu. bila sentuh gigi bawah dapat rasa. 

suka mengemas. sentiasa menolong umi mengemas rumah dan dapur. mengemas cara bayi la, kan. hiks. kalau nampak umi susun baju atas sofa atau ada kain atas sofa, comfirm akan ditarik. pastu sepahkan atas karpet. kendian buat muka tak bersalah ;)

makan. ada mood juga. kalau lapar, boleh habis semangkuk.. kalau dah kekenyangan, suka dihembusnya. so, saya bagi bila rania betul-betul rasa nak makan. maka, akan habis la makanannya nanti. 

poo poo. ok dan berjalan lancar. 

belum boleh berjalan. acah-acah diri kendian langkah 2,3 tapak pastu gedebuk jatuh. bila umiayah pegang langkah la juga pastu mula la buat lembik lutut. sabaaq je la ;) paling banyak pon 4 langkah je boleh gagah. 



panjat memanjat. memang peberet. suka panjat sofa. pandai pulak tu, kalau nak naik ditolaknya kusyen dulu, kendian pelan-pelan sua kaki. kalau nak turun dari jauh, umi dah jerit.. "kaki first". maka eloklah turunnya. balik kampung baik kedah atau perak  port utama ialah TANGGA.. jenuh nak mengikut.. aduh.. duh.. suka benor dengan tangga.

tengok ni... kemahen, kan :)

jangan buat lece naa.. bila letak dalam baby chair, kalau tak pakaikan belt tu.. tunggu tengok la gayanya nanti.. 

acah-acah tolong kemas apa yang ada di bawah kusyen tu, pastu tolak ke belakang dengan jayanya. tadaaaaa.. dah boleh duduk bersila dengan aman.. bijak, kan ! 

suka tolak kerusi. memalam itu lah aktiviti rania. suka sangat tolak kerusi makan umiayah. dah la kayu, beratnya leh tahan juga. ada 6 kerusi, nam nam kerusi akan dialihnya. comfirm ikut perangai umi yang suka ubah perabot, kan ! kalau waktu siang ikut mood juga. tapi jarang la nak tolak kerusi makan. lebih suka tolak baby chair atau walker sendiri. 


makin ramah. ada aje nak dibualkan. tapi umi layan je walaupon tak paham.


 pandai tunjuk dengan jari. nak-nak kalau tengah tengok tivi. ada pulak iklan drypers, orang mengaji astro oasis, iklan susu atau kartun. sambil tunjuk, sambil jerit suka ;)


sangat suka tengok baby juga. pastu mula lah nak menyapa.


p/s: jumaat depan dah nak raya, kan ! alhamdulillah.. tahun pertama beraya dengan anak. terima kasih Allah T_T




Previous
Next Post »
14 Komentar untuk "Happy 11th month old"

Alhamdulillah.. moga jadi anak solehah ye sayang.. Azra ni 19 hb nanti baru 11 bulan.. cepatnya masa berlalu

Cepatnya masa berlalu, dah nak setahun pun Rania. Semoga membesar sebagai anak yang solehah :)

thn ni bnykkkk la rania boleh kumpul duit raya ;p
sat ja setahun ye bulan depan

Meriahla raya ciksu tahun ni ya.. ada anak dah, boleh la beraya dgn gembira.. ai.. tak lama lagi bolehla tambah lagi 1.. hihi..

Alahai terasa kejapnya pulak.......bila tgk si kecik ni dah pandai memapah

mmg meriah la ciksue tahun ni..berapa pasanglah baju raya rania tu ye.tak sabaq nk tgok baju raya sedondon famili ciksue.hehe

azra pula dah 10 bulan lebih baru kuar gigi..skrg dah nmpk 4 batang gigi..walaupun tak keluar sepenuhnya..

Alhamdulilah Rania membesar dengan sihat dan cergas!!!

ummi sabar ek. rania ada banyak skill lagi nak tunjuk kat ummi ni hihihihi - Rania :p

sekejap je kan dah nak masuk setahun...seronoklah beraya dengan permata hati tahun ni kan...baju sedondon ke tu? hehehe

best kan..tahun niberaya dgn anak..confirm persiapan anak yg lebih lbh2 lg baby gurl

alhamdulillah...
good girl rania.
membesar dgn sihat.
1st time raya ye.
pasti comel nanti :)

Mesti raya tahun ni best sbb celeb dgn rania :-*

Mesti raya tahun ni best sbb celeb dgn rania :-*

Dah nek dekat setahun dia. hihi. selamat hari raya ciksu. :)

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF