Harga baby chair


saya tahu harga baby chair di ikea lebih murah selepas terpandang katalog ikea yang saya dapat. itupon tetiba je boleh tertengok. padahal sebelum ni tak adanya nak belek katalog tu. dok terperuk di rak. bila terpandang itu yang gigih jugak-jugak nak beli di ikea. walaupon tahu nak ke ikea punyalah jauh. walhal saje je nak jenjalan ke sana. hiks :)

harga baby chair di IKEA RM39.90 dan RM49.90 sahaja. berbanding di aeon big RM79++. warna hijau muda. sama juga di giant RM70++. nengok pattern nya macam sama je. tak tahu la kot lebih canggih yang mahal tu. saya tengok harga je. hihihi.

31-3-2015 rania dah 7m+ 
kebetulan balik dari kampung, singgah r&r
letakkan rania dalam baby chair..
kemain suka pulak. 
so, janji dengan rania ank belikan satu untuk dia. senang, bila ada satu di rumah, kan ! salah satu sebab harus ada baby chair ni di rumah ialah untuk disiplinkan anak bila tiba waktu makan. 
agak2 boleh terima tak reason ni?  hikhiks.

dari sehari ke sehari, punyalah bercinta nak pergi ikea. jauh bebenor, itu penyebabnya. jalan mengahala ke sana boleh tahan sesaknya. itu yang tak lalu nak hadap, boleh sesak napas dibuatnya :) penyudahnya, tunggu punya tunggu, sampai la ayah rania kena warded. terus senyap nak ke Ikea.

semasa makan di kafe hospital pon, rania sangat-sangat selesa bila letak dalam baby chair. senang kerja saya bila tiba waktu makan. bagi rania makan dulu, lepas tu baru saya makan. memang behave sesangat. 

selepas balik dari kampung, baru berkesempatan nak ke ikea. pergi penghujung bulan mei. alih-alih baby chair kehabisan stok pulak. ahahaha.. banyak benor rintangannya nak beli baby chair ni, kan ! huhuhu 

akhirnya jun 2015 berjaya juga beli baby chair untuk rania. 


just ambil segala mak nenek di bawah tu. balik rumah sendiri pasang oke. ala, semudah ABC je nak pasangnya. kalau membeli di ikea beginilah.  *_<

perbezaan antara baby chair yang berharga RM39++ dengan RM49++ ialah tray sahaja. kalau tak nak tray, tak payah la ambil. harga tray RM10. so, terpulang. jangan risau, baby chair ni memang ada safety belt

Previous
Next Post »
20 Komentar untuk "Harga baby chair "

aritu beria juga nak capai baby chair masa ke ikea. nasib baik xcapai sebab sekarang dah tak valid dah thaqif dok baby chair.memanjat pulok.

Tak rugi pun beli baby-chair ni sebab bila dah besar simpan kelak adiknya pulak boleh guna..

aah...kt ikea rsenya paling murah la bby chair bnding ngn tmpt lain...puas hati kan :)

Jauh gak bezanya tu.....tp xde anok lagi le....;-/

bagus rania nak dok diam dalam baby chair..Afia tak berapa suka..duduk kejap je pastu nk bgun..tu yg tak terfikir pun nak belikan dia..rania takpa..beli pun untung..nti bley turun ke adik.hehe

seronok rania ada sendiri punya....

Haha... Anak dara sy tak reti diam dok atas kerusi... Jadi, mmg tak beli..

bagus rania nak duduk.
and bagus ibu rania beli kan.
mudah rania nak makan.
ijat da besar, makan kat kerusi aje.
kalau bwk ke mana-mana pun, bukan nyer ijat nak dok baby chair tu :) ha ha ha...

saya pun memang nak beli ni.. tapi tak pergi2 lagi ikea..

kira pun duk aimed baby chair ni. sebab kat luar yang sebijik mcm dekat ikea tapi mahal sgt2. tapi sebab jauh dan taknak susahkan sape dengan mengirim beli je brand lain huuuu

wahhh syok le rania dh ada kerusi sndri ek ;p

senang nak bagi anak makan guna baby chairni kan..tumpah2 pon kat situ gak..teringin nak ada satu gak..

lau murah kt ikea leh la beli nnti2

Anak2 akak dua orang ni dua2 jenis xsuka duk kat baby chair lama.. akhirnya bg duk meje je bila dah pandai makan sndiri

nk beli baby chair ni smpai Aqil besar la x beli2...

murahnya kt ikea

Wahhh dapat juga akhirnya... Ok juga harganya tu kan

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF