Headbands For Rania !

koleksi headband Rania

antara headband yang saya beli dan dapat. terima kasih pada yang memberi. semoga dimurahkan rezeki hendakNya. aamiin. 


koleksi headband dari @arissa_headband. 

 ini saya beli masa ke pwtc sempena vendeur festival bulan disember 2014. pergi pon semata-mata nak beli headband. sabor je la, kan ! demi untuk mu rania.. :)


ini pon headband dari @arissa_headband. 

 belian secara walk in juga. saya ke butik Zara_Leya di plaza seri tunku, jitra. kebetulan balik kampung masa raya cina hari tu maka gigihlah si umi pergi mencari butik zara_leya tu haaa. puas menanya baru jumpa lokasinya. waduh. waduh. sampai tok dengan tokwan pon pening. kikikiki. 

saya suka headband dari @arissa_headband ni sebab talinya  lembut dan grip pun tak lekat bekas di kepala. yang penting ianya sangat serasi dan sesuai untuk rania. ada sesetengah headband bila pakai, comfirm lekat bekas di kepala, kan ! yang itu ayah rania cukup tak berkenan. sian rania katanya. ye la, nak bergaya tapi sampai tinggal bekas.

arissa_headband ada pelbagai jenis design yang boleh dipilih. antaranya ada single bow headband, bow headband, flower headband, knotted headband dan juga crown flower.

setiap headband tak sama harganya. contohnya untuk simple bow/ bow dalam RM9. untuk headband flower dari RM10-RM15. saya lebih suka headband yang ada bow dan flower. knotted headband saya tak berminat. untuk knotted headband harganya RM13-RM16. untuk crown flower RM14. so, uols boleh pilih ikut citarasa, mana berkenan dihati =D

macam saya tak berapa suka nak beli online. sebab tak dapat belek depan mata. nanti tak puas hati, sudahnya sapa yang susah hati.. ciksu jugak, kannnnnn ! itu yang sanggup terjah ke butik atau mana-mana event yang dorang pergi. tengok tempat dan masa juga. bukan main terjah je. kiranya biar berbaloi la, kan ! 

 bagi yang nak ke butik arissa_headband, uols boleh berkunjung ke Arissa Headband Concept Store di No.31-2, jalan Nova u5/N Subang Bestari, Seksyen u5, Shah Alam nun haaaa.. dibuka setiap hari selasa hingga ahad dari jam 11 pagi hingga 6 petang. kalau hari minggu buka jam 10:30 pagi hingga 8:30 malam. hari isnin tutup. 

bagi yang duduk di Perlis dan Kedah uols boleh pergi ke butik Zara_Leya di No. 35 A, 1st Floor, Plaza Seri Tunku, 06000 Jitra, Kedah. dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hinhha 6 petang kecuali hari jumaat sebab kedah kan cuti.

zaman saya dulu tak ada headband comey lotey giniii. dah ada anak dara ni, kita kasi chance la dia melaram sementara rania mau pakai. 

ada juga yang tanya saya "rania tak tarik ke bila pakaikan headband tu?" hahhahaa. untuk jawapan tu, next entry saya kongsikan citer ye. stay tune =p

ps: tema raya uols dah ada ke ? tema raya saya ada dalam satu gambar headband di atas. hewhewhew. tahun ni baru nak merasa pakai baju se-don-don (: alhamdulillah. Allah berikan peluang ini.

Previous
Next Post »
17 Komentar untuk "Headbands For Rania !"

Hehe... Masa ank sulung teruja la juga dgn segala aksesori ni... Anak kedua biasa2 je..

Cantiknyaaa..tak sabar nak beli untuk baby nad nanti

ha ha ha sib baik kat bwh sekali da ada soalan yg aida nak tanya.
rania tak tarik ekk semua headband yg cantik tu?
anak2 dara aida langsung tak nak pakai.
hu hu hu sedih bebeno hati aida ni.
kalau ikat rambut pun, tak boleh la nak bereben.
diorang tarik :(

wahhh sweet sweet jer headband rania semuanya....

alololo comei..rania ciknaa tahun ni tak beli lagi headband..dah besar kan pyh la sikit pandai bukak sndiri..

syok ada anak pmpuan boleh bagi pakai headband dengan tdung mcm2 hihihihi.. uwais bagi pakai topi dengan kopiah pun dia xmo. dia tarik buang je. stressssss kita hahahahahha

dekat jitra je. nanti kalau ada rezeki anak gegirl boleh terjah situ pulak hihihihi

wah untungnya bby..banyak koleksinya

bnyk kaler pink adakah pink kaler tema thn ni ;p

bestnya ada baby girl..geram tgk comel2 sangat.hehe.

comelnyaa...xsabar nak ada babygirl..nak hias2 utk dia..

Lawanya semua headband ni.. ai.. syok.ada anak perempuan ya.. lawa2 accessoriesnya..

Lawa lawa semua aih... Mesti comeyyy je Rania pakai tu

Wahhhh sedondon tahun ni... Warna apalah agaknya tu...

Byknya ciksue..cantik dan comel semuanya..afia baya2 rania mmg dj tak nak beengeadband tau.yg ada pakai time baby je

banyaknya koleksi rania...cantik2 semuanya

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF