Jalan-jalan cari barang, menu berbuka puasa dan musim durian

 10 ramadan 1436H.


hari kedua di kampung. pagi tu jenjalan ke pekan nat di pendang.


 misi mencari ketam, udang, telur masin dan bahan-bahan untuk buat ketam goreng telur masin sertaaaaa membeli


stok (belacan + asam keping + halba campur + ikan gelama masam + telur masin) untuk di bawa pulang ke rumahku syurgaku (:

siap pergi melawat kawasan deretan kedai baru buka di pendang. ada kedai bakery baru buka. syiokkk le lepas ni balik kampung. kalau cari bahan nak buat kek. hihihi. macam-macam ada.  


balik pon dah dekat zuhur. dengan panas lip lip. pergghhh. boleh tahan panas di kampung. basah tiak ;) 


dok kalut dengan rania. saya gigih nak uli tepung buat burger malaysia. sudahnya pukul 2 baru start menguli. sebelum 6:30 petang siap semuanya. kendian gerak ke rumah mak sedara


nak berbuka puasa di sana. kebetulan sepupu saya dari Kuantan pon balik. chik masak nasi ayam, buah melaka dan sambal udang petai. on the way pergi mak singgah beli pulut udang & samosa. pulut udang tu sedapppp sangat. saya bawa burger malaysia je. 


air malam tu dok ada 3 jenis. sepupu buat air sirap laici. kebetulan mak bawa tembikai, so, buat lah air tembikai. manakala chik pulak nak minum air sirap selasih. haaaa tu diaaa, berjag-jag air. saya maintain minum air masak suam. hiks :) masih pantang minum ais -_-' 



yang paling sakan pakat dok pulun makan durian. saya tak jamah pon. bulan puasa kan. dah la sekarang musim panas. bf rania lagi. in shaa Allah lepas-lepas ni boleh merasa lagi. durian tu beli dengan orang kampung. seguni duaploh hengget. buah pon kecik-kecik comey ja. yang penting setiap ulas cantik dan manisssss..

pagi tu ayah ada juga nak beli tapi lambat pergi. habis sudahhhh. kena pergi awal. kalau pergi ambil di dusunnya, dia bagi free je tapiii memang pada lah nak panjat bukit nun haaaa.. dah la jauh.. berbukit pulak tu.


Previous
Next Post »
15 Komentar untuk "Jalan-jalan cari barang, menu berbuka puasa dan musim durian"

wah meriahnya menu...share lah resepi ketam masak telur masin....comelnya rania

assalamualaikum
hr nie bz skit x sempat BW ..
singgah kejap je

memang betul jalan jalan cari benda makan tu..

syoknya balik kampung..ciknaa tak sempat lagi ni..sobs!~

Salam su...
angkut su jangan tak angkut... sama lah macam bunda...kalau balik taiping umah bapak tu lagi ada nak angkut...pokok bunga lah, ikan pekasam lah..ikan keringlah, belacanlah....tudunglah...macam kat KL ni takder... tapi memang yer, bolih banding lah harganya pulak...tu yang angkut tu..

Masaalahnya bunda selalu balik sorang2 naik bas ekspres, banyak mana lah sangat bolih angkut...nak2 pulak pokok bunga bapak..sekali2 anak2 cuti bolihlah balik naik kereta..hehe..

musim durian mba? haduuuuh jadi pengen durian nih :G

mesti ada ikan pekasam kan..aduh teringinn pula

Ciksu, mai batu pahat.. Durian fresh dari pokok. Orang kampung dok juai tepi jalan.. Sedap!!!! Hihihi.

Bagus ciksue pantang lama..sy pas abes pantang belasah dh ais..tp sy takdelah fanatik ais.jarang sgt minum

wah meriahnya makan ramai2 macam tu mesti bestkan

last week, seminggu direct aida berbuka ais.
hu hu hu mr.asben beli kat param...
hadoi la. abis diet ais ku :)

Wah, meriahnya kalau berbuka di kampung ni! Makan ramai-ramai, macam-macam menu ada memang seronok. Kalau sayalah sanggup ajak suami panjat bukit ambil berguni durian dari dusun. Dah namanya hantu durian!

biras saya dia pulun makan durian. bf anak jugak tatau la anak dia tahan ke idak. mil bising dia buat tatau je hihihihihi

saya memang tak makan durian

murahhhh nye seguni 20.00 je..kt sini main timbang kati

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF