LaiciKang, kuih abok-abok dan masalodeh

menu berbuka puasa pada 9 ramadan 1436H. semuanya mak yang masak dan kuih muih dari bazar ramadan. saya sampai dari kl lebih kurang jam 4:30 petang. so, dapur ciksu bercuti ye. hiks (;
sampai je station bas, terus ajak ayah pi jenjalan ke bazar ramadan. pertama kali ke bazar ramadan. sepanjang di kl, sekali pon tak jejak kaki. 

apa yang dicari..

menu air semestinya air laicikang. macam-macam ada kecuali kacang non hadoo. air laicikang yang sedappp. minum suam-suam je. saya masih berpantang ais. mak ada buat jus tembikai juga. 


kuih pulak semestinya cari kuih abok-abok. ada setengah negeri panggil kuih tepung gomak, kan ! benda yang sama juga. terbaik. intinya sedapp. kulitnya liat-liat tu yang saya suka manakala masalodeh ialah pebret ayah tapi saya pon suka juga. hiks.

malam tu mak buat bihun sup tulang dan kaki. memang layan. sampai terlupa nak ambil gambar. rania pun nak makan sama. so, agak kelam kabut. sudahnya terus tak ingat. ayah beli durian masa di bazar ramadan tu. 3 biji 10 hengget. isi pon cantik. manis dan sedap la. dorang yang kata bukan saya sebab saya sikit pon tak jamah. huhuhu.

ps: teringat pulak bihun sup mak. kalau ada gambar terubat la sikit rindu tu, kan ! 

Previous
Next Post »
9 Komentar untuk "LaiciKang, kuih abok-abok dan masalodeh"

kuih abok2 ngn masalodeh kegemaran bunda...tapi tak pernah nak buat sendiri, selalu beli jer..

laicikang sedap..kuih2 tu xpernah makan

Bihun sup memang sedap!
Kuih abok abok tu tak pernah makan lagi takat ni..

Bulan posa ni kami langsung tak beli air tau diksue.minum air masak je.hehe

Oh, tepung gomak! Yang itu saya ingatlah. Puas saya dok ingat-ingat tadi kenapa kuih yang Ciksu tayang tu namanya abok-abok. Sebabnya seingat saya bunyinya macam lain sikit walaupun saya kenal rupa kuih ni :)

air laicikang tu kalau kat kedah je meriah dengan macam2 siap ada buah. kalau kat tempat lain hambar je huuuu

laicikang tu penuh isi nya sedapp tu

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF