Mahu ajar anak sendiri

in shaa Allah semoga kami dipanjangkan umur dan dipermudahkan buat kami suami isteri untuk mengajar anak-anak membaca sebelum masuk tadika nanti. terutamanya saya nak ajar anak-anak saya mengaji sendiri. macam mak ayah saya ajar kami adik beradik dulu.


kami adik beradik belajar kenal Huruf Hijaiyah dan baca muqadam di rumah dengan mak ayah. zaman saya dulu tak guna flash card tapi mak ayah beli bahan bacaan yang jenis lekat di dinding tu. panggil apa erk ? lupa dah. yang tu la dok ulang baca. saya ingat sebab masa zaman sekolah masih dok elok lekat di dinding kayu dekat dapur. kendian kami dihantar ke taski untuk belajar lebih mendalam. setiap malam selepas solat maghrib mesti baca muqadam. saya tak berapa ingat masa umur berapa saya dah pandai baca al-quran tapi seingat saya masa darjah 6 saya berpeluang khatam al-quran ramai-ramai dengan kengkawan peringkat sekolah. alhamdulillah. mungkin ada orang lain lagi awal baca al-quran. tapi itu adalah pencapaian saya ;D

sebolehnya untuk rania dan adik-adiknya (aamiin) nanti kami nak mulakan dari awal. untuk rania sendiri saya dah mula ajar dengan Huruf Hijaiyah. walaupon rania lebih suka masukkan flash card tu ke mulutnya. sabaq je laaaaaa.. -_-’ tapi sejak capai umur 10 bulan ni.. saya nampak perubahan pada rania. alhamdulillah. lagipon otak anak-anak sudah sangat bersedia untuk menerima apa-apa pelajaran sejak dari lahir, kan ! otak mereka pada waktu ini ibarat sponge yang menyerap air bila di letak air. begitu juga otak bayi. pada ketika usia mereka bayilah kita sebagai ibu bapa perlu mulakan dari rumah. semoga urusan dan impian saya dengan suami untuk mengajar anak mengaji dipermudahkan oleh Allah. aamiin =p



sekarang ni saya suka bagi rania tengok dan dengar saluran astro oasis. setiap kali nak masuk waktu sembahyang kan ada zikir, rania cukup suka layan sambil "meratib". nak-nak bulan puasa ni ada pulak slot mengaji. kemain suka rania bila dengar orang mengaji. ditenung je. kadang tu tengah tidur tetiba masuk waktu sembahyang, orang azan. mesti jaga pastu angkat jari sambil tunjuk tivi.

doa umiayah semoga rania membesar sebagai anak yang solehah, lembut hati, rajin solat serta berjaya di dunia dan di akhirat. aamiin  ;D

teringat saya semasa bekerja di Tadika 2 tahun lepas.. suka tengok kembar danial dengan  danish. saya kagum di usia 5 tahun dah pandai membaca dan menulis.

pandai baca doa makan, al-fatihah, aliff baa taa.. dan lain lain. pantang di suruh, laju je. tapi kalau mai mood penat atau mengantuk.. jangan disuruh le.. macam-macam alasan dorang bagi. rindu sangat dengan dorang >_< tahun ni masing-masing dah darjah 1.






Previous
Next Post »
16 Komentar untuk "Mahu ajar anak sendiri"

Insyaallah kita sebagai ibubapa kena kerja lebih tak boleh nak harap sekolah jer...MV pun ajar anak2

Insyaallah ciksue.semoga dipermudahkan niat suvi ciksue..sy pun ajaq aiman ngaji kt umah..cikpia lg la sk oasis.klu time zikir ttop tv nk ajaq abh ngaji marah dia.dlm keta asal naik jr mesti soh pasang zikir.la ni smp cd keta osak dia dok tekan apa ntah.masuk car la ni soh buka bi bi(hasbirobbi) dh rosak ibu je la nyanyi zikir tuk dia.kami zikir sama2.hehe

bagusnya..semoga jadi anak yg solehah yer rania..

Sebagai ibu-bapa kita kena ada wawasan cara mana nak didik anak kita. Betul tu. Keluarga kakak pun semua belajar mengaji dgn mak-ayah sendiri. Apa lagi boleh katakan keturunan agaknya dari atok-bapak dan anak-anak bapak semuanya mengajar mengaji bagus juga kan jadi anak-anak kita akan lebih seronok bila kita ajar anak org lain dia pun mengaji sama. Kalau CikSu ikut cara kakak not to worry by age 7 Rania dah boleh khatam membaca quran. Mulakan dari sekarang sebut satu-satu tak kisahlah dgn cara lagu-lagukan..

In Shaa ALLAH, smoga niat murni ciksu di makbulkan. Aamiin.

semoga tercapai hajat.. itu lah yang terbaik..sbb ibu bapa guru terbaik anak-anak..

Alhamdulillah...moga apa yg su hajatkn tcapai...

Akak pon br ajarkn Aqil ABC dl & Alhamdulillah dlm usia 1 thn 8 bln dia dh boleh hafal abc smpai z & dh byk kenal huruf.nti akak nk ajar Aqil ngaji plak la

Moga dipermudahkan Ciksu dan suami untuk mengajar Rania :)

alhamdulillah..semoga dipermudahkan...semoga ti pun dapat didik anak2 ti dari rumah gak..

inshaAllah...moga tercapai impian ciksue untuk mengajar rania

kena semangat if nak homeschool.
aida memang homeschool kakak2 since umur diorang 3 thn.
now izzat da start skit skit...
zaman skang penting anak2 pandai membaca mengira before 6 years old.
if not, ketinggalan :(

Niat suci seorang ibu tu InsyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah, Ciksu ~_^ Saya pun mula-mula memang mengajar anak-anak mengaji sendiri. Lepas tu baru hantar pada orang supaya lebih elok bacaan. Anak-anak saya pun takdalah awal sangat belajar semua. Saya memang bagi mereka main sampai puas *_*

uwais takde flash card tp beli kan dia buku kulit tebal yang perkataan pertama tu. pasal suka masuk mulut lepas tu makan yang tak suka bagi flash card huuu

uwais kalau tengok orang ngaji ke azan ke dia terus tonggeng terbalik solat dlu. hihihi

betul usia mcm ni kita nak ajar dia mcm2, benda yg x elok mmg elakkan dari dia tgk buat masa ni

bak kata org tua2 melentur buluh dari rebungnya...InsyaAllah rania jdi ank yg solehah amin..

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF