Resepi Mee Kungfu

menu berbuka puasa pada 17 ramadan 

1436H ialah Mee Kungfu. masak juga 


walaupon agak lewat. kata dah beli 


barang dapur, kan ! tak masak memang 


saje je la.



so, selepas isyak barulah berkungfu di 


dapur. hahahha. itu yang namanya Mee 


Kungfu. ye ke ! 




mudah sangat nak buat Mee Kungfu ni. 


walaupon mudah dan senang tapi 


selepas makan 2,3 keping Mee Kungfu ni 


comfirm tersandar kekenyangan. 


sebungkus mee kuning habis oke untuk 2 


orang makan tapiiii bukan sekali hadap la 


ye. kami sambung makan waktu sahur pulak T_T



apa yang perlu ada ialah

4 biji telur + serbuk knorr + mee kuning 


mee kuning dibasuh dan ditoskan.


satukan telur dengan serbuk knorr. pukul 

dengan garfu. dah sebati masukkan mee. 
kacau-kacau bagi sekata. kendian sendukkan mee. agak-agak untuk sorang makan.
goreng mee dalam minyak panas. 
balikkan depan belakang supaya masak 
kedua belah. siap. ketepikan.



dalam kuali lain tumis bawang putih, biar garing.
masukkan udang.
masukkan air yang dibancuh dengan serbuk lada sulah dan sos tiram. biar mendidih.
masukkan segala sayur mayur (bunga kubis, lobak merah, anak jagung, cili padi)
perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.
sebelum angkat tambah air bancuhan tepung jagung. untuk pekatkan kuah. pepandai la adjust oke :) 

tadaaaaa. siap sudah.. taburkan dengan bawang goreng + daun sup + perahkan limau nipis sikit. laju je makan. 




kononnya nak hantar untuk Peraduan 


Masak dan Menang Mahsuri tu.. 

kononnya la, kan..




lepas makan, tidurkan rania. sudahnya 


sekali dengan saya tertidur. tidur sampai 


tak sedar-sedar. penat sangat 


gamaknya. ingatkan nak bangun la 


semula siapkan segala deko-deko 


sebelum hantar.



sekali terjaga untuk bersahur. itupon 


dah jam 5:15 pagi. dengan baki mee yang 


ada tu la pulun hias serba sikit. gigih la kan. 



dah siap sahur..




ingat nak terus hantar la. sekali ke hulu 

ke hilir.. sudahnya lupa. macam tak 

bersungguh je kan. 



tup-tup dalam jam 10 pagi kakak ipar 

ajak berbuka puasa di rumahnya. 

kebetulan masa tu kami kat luar tengah 

tunggu ayah rania gunting rambut 

kendian sambung cuci mata ke JJ. balik 

ke rumah dah dekat nak Asar. selesai apa 

yang perlu terus pecut ke Sri Kembangan.


 terus ingat-ingat lupa.


sampai la balik ke rumah semula masih 

belum sempat nak online. 

sudahnya tak hantar pon.. tapiiiii..  



Previous
Next Post »
17 Komentar untuk "Resepi Mee Kungfu"

wah..saya suka mee camni..boleh cuba nanti..

tapiii...

menu yang simple tapi yang pasti sedap dan semua ada kan...mahsuri br pakai sos perapan ayam dia..menyenangkan bila malas nak buat bahan perapan ayam hihi..

sempat hantar tak? alahai sedapnya nampak mee tu

tak pernah rasa lagi mee kung fu ni. ritu ingat nk oder tapi tak oder2 kohkohkoh

mee kngfu ya..selalu doknbuat kteaw kungfu..mee kungfu tak peah bualagi..padahal sama je la kan cuma tukar koteaw jadi mee.hehe

xpernah makan mee kungfu ni..nampak sedap jee

bila rajin nanti nak berkungfu jugak lak...asyik bersilat aje kan...

sedap nyer !
aida selalu buat kuew teow kunggu :)

Tak pernah buat lagi . Tak pandai... Hihi...

Sedapnyaa. Tapi nani lagi suka kuey teow. hihi

perghhh....senang je nak buat...nak kena try nih !

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF