Resepi Terung Goreng Belacan & Telur Goreng Kicap

Menu berbuka puasa 12 ramadan 1436H

alhamdulillah.. masak menu simple-simple sambil melayan rania kesayangan. 

Siput Sedut Masak Lemak 
ini cik suami beli. RM5


saya bukan peminat siput sedut. mula belajar makan pada tahun pertama berkahwin. cara nak potong muncung siput sedut pon cik suami yang ajarkan. family sebelah saya memang tak pernah makan siput sedut. mak saya pon tak pernah masak siput sedut ni. so, macam mana la saya nak makan kan. hihihi.

tahun pertama memang makan. layannnn je bab sedut menyedut tu. tapi semenjak berpindah ke JB kami dah jarang makan siput sedut. semenjak dari itu hingga ke hari ini memang saya tak makan siput sedut dah. tahu kenapa ?


sebab ada satu kali tu tengah sedap sedut tetiba terjatuh dalam pinggan. bila terpandang je teruih jadi tak lalu nak makan. hahaha.

tapi siput sedut masak lemak ni memang peberet cik suami. so, biar je la cik abe sedut sensorang. saya rela ambil kuahnya aje buat basahan nasi. hihihi.

Terung Goreng Belacan

sangattttt suka terung goreng belacan versi ni. lagi sedappp berbanding yang saya hari tu.. sebab rasa ikan bilis tumbuk tu lagi best berbanding yang dikisar. 


tumbuk belacan, bawang merah, ikan bilis
Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau,
Masukkan air biar mendidih. masukkan terung.. tumis sampai sebati.
perasakan dengan gula dan garam sesedap rasa.
gaul sebati dan tutup kuali sekejap.
Buka tudung periuk, gaul lagi.
dah ok tutup api..

Telur Goreng Kicap
goreng telur mata kerbau
tumis bawang holland, halia, cili hijau. biar garing.
masukkan kicap, perasakan dengan garam dan gula. masukkan telur goreng tadi. kacau-kacau. sebelum tutup api perah sedikit limau nipis..

guna kicap pekat mudim. itu yang hitam menawan tu. seeloknya guna kicap manis kipas udang. baru comel. kikiki.



Previous
Next Post »
8 Komentar untuk "Resepi Terung Goreng Belacan & Telur Goreng Kicap"

Ros tak pernah makan. Mungkin sebab tak biasa kot. Yelah mak tak pernah masak dulu. Bila dah besar ni baru mengenal siput sedut. Nak cuba tu macam tak de keinginan pula. Hihihi..

wah telur ni boleh try ..macma sedap

Sedapnya ciksue terung tu..peberet..sipit sedut sy pandai mkn tp tak reti sedut..tu yg malas nk mkn tu.haha..

Kt umah ni mmg guna kicap mudim.murah sket dr kipas udang.hehe sokong org pendang..owner mudim ni org kmpg ciksue kan.masa dok uitm dulu pnah buat assignment temuramah pakcik mudim tu

nak try la masak terung belacan tu..mscam best je

dua resepi ni aida da buat ramadhan kali ni :)
mudah...
cepat...
sedap!

Saya pun tak makan siput sedut ni. Dengar nama aje dah tak lalu makan. Memang tak pernah pun nak mencuba. Asal nampak aje dah start hilang selera. Kalau saya, kuah siput sedut pun saya tak boleh nak makan, Ciksu...

hahahaha kan sama la masa terpandang isi siput sedut tu terus erkkkk

kemain pekat hitam melekat warnanya nye ye

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF