Selera kampung

16 ramadan 1436H

sebelum balik kampung ayah rania memang dah bagitau awal-awal kata nak makan ikan sungai. al-maklum la, bila duduk dengan umi rania ni, mana ada nak makan sangat ikan sungai. ikan sungai kan peberet ayah rania. saya boleh je nak buat tapi tu la, dok  kl nak cari yang ori dari sungai tu macam payah je, kan ! nak-nak keseronokkan menjamah makanan tu tak terasa la sebab cik abe sensorang je makan ikan sungai tu. bila balik kampung, lain maciam sebab bolej dikatakan adik badik ayah rania semuanya layan ikan sungai kecuali saya. baru syiokkk, kan ! hahaha. 

untuk menu berbuka hari pertama di kampung, cik abe dah dapat makan ikan tilapia bakar. memang puas hati sebab sedappp. ikan tilapia saya hanya makan kalau bakar atau buat masak sos. lain pada menu tu memang saya tak makan. 

gigih la snap gambar waktu sahur. kuikuikui. 


hari kedua my mil masakkan ikan kaloi masak lemak cili padi campur belimbing buluh dengan daun asam gelugur. sedappp. saya macam biasa la, sudu ambil kuah je pong. hihihi. 


selain itu, ada ikan lampam dan ikan tilapia goreng, terung dan sawi rebus serta sambal belacan. kuih pulak ada cucur jagung, kuih abok-abok pandan dan karipap. 

air berais macam biasa tetap ada. kena lah ikut rentak orang lain, kan. ada air ribena, air limau dan jus oren. 

ps: uols pernah makan ikan kaloi tak ? 

Previous
Next Post »
10 Komentar untuk "Selera kampung "

Sedapnya tgk masak lemak tu . Klau pekat , pehh .. nyumnyumm ^^

saya pernah makan ikan kaloi.. adik ipar pancing.. tak tau nak masak ape, last last buat kaloi tiga rasa.. not bad laa.. isi dia kasar sket jek dari siakap.. hee~

Ikan kaloi nilah yang dalam cerita batu belah batu bertangkupkan, Ciksu *_* Saya pun tak makan ikan sungai tapi masalahnya saya ni tak kenal ikan. Mungkinlah pernah termakan juga. Macam ikan lampam dalam gambar tu, saya punyalah ingat ikan laut. Rasanya macam pernah makan juga sebab tak kenal punya pasal. Hahaha!

Wah..menu kampung... Teruja dan tak sabar nak balik kampung macam ni.

samalah kita tak makan ikan sungai. suami kalau nak mkn ikan sungai ke durian ke kari piau ke dia kena tgu balik penang dlu hahahahaha

Tak pernah makan.. Ros tak makan ikan sungai..

ikan kaloi dh mcm dlm drama bawang merah bwng putih plak ye...tah penah mkn pn ikan kaloi ni sedap ke?

adoi malam2 ni sedap pulak tgok masak lemak ikan goreng ni ciksue..nafsu makan ni membuak pulak hujung2 ramadhan ni.adoii

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF