Shopping Raya

23 Ramadan 1436H 

pepagi dah ajak ayah rania pergi beli barang untuk buat biskut raya. haaa, nampak ! 23 ramadan baru terkedek-kedek nak membeli barang2. tak macam tahun lepas. awal puasa dah boleh merasa makan sekut raya. tahun ni, nasib le. penghujung ramadan baru terpikir nak buat. itu pon sebab tak jadi nak pergi beli kerepek. asal nak pergi aje tetiba rasa macam jauh benor. elok dah masuk kereta, bila terpikir dan terbayang masa dan perjalanan nak ke sana, terus cancel. nape ntah. faktor umur gamoknya, kot ? sudahnya kita membeli barang2 membuat sekut raya. beli aje dulu, buat tak buat.. belakang kira.. gituu.. 

selesai yang itu, saje pergi mencari sandal untuk rania. dengan harapan sebagai semangat untuk rania berusaha berjalan di pagi raya ^_^
tahun pertama shopping raya bersama anakanda tersayang. semuanya untuk rania. untuk umi tak ada pon tak kisah.

 Rania 11bulan...

dalam kereta duduk nak macam orang besar. tak suka dipegang atau diletak dalam carseat. lebih suka berdiri ceng gini haaa.. port kat tengah2 tu.. apa yang syiokk sangat pon tak tau le.. yang pasti rania suka kacau ayah dia tengah memandu.. 



chakk !!! kacau la umi ni.. nak fokus pon tak boleh, tau :)




singgah di BATA.. belikan sandal ada bunyi2 tu.. suka pulak bila umi pakai, rania buka.




senyum kemahen bila dapat sandal tu.



 bila dah ada anak ni, kan.. baru saya paham konsep. anak didahulukan, umiayah dikemudiankan. asal nampak aja baju comel, lawa maka bermulalah terbekenan, tertry pastu terbeli. aduh.. tak boleh tengok la.. nak2 pilihan untuk gegurl pelbagai. rambang mata nengoknya. sale pulak. haiishh. macam la nanti2 tak boleh nk beli, kan ! alasannya nanti dah tak ada design tu. hahaha. alasan yang agak munasabah
la tu kan. ingat senang ke nak mencari baju anak2 yang menepati citarasa. kalau dah tawaf satu mall pon. kalau tak jumpa yang terbekenan di hati, comfirm uols tak akan ambil, kan. sanggup redah lautan manusia nak mencari yang betul2 memuaskan hati. betul tak ? 

Previous
Next Post »
10 Komentar untuk "Shopping Raya"

Aqil pon sama masa baya2 tu xmau dok dlm car seat dia...konon dh besar sgt dh

rania sayang! wah...dah nak setahun da rupanya.sekejap je masa berlalu....lama nana xbaca entry ciksu ..tau2 rania da beso da :)

selamat hari raya ciksu sekeluarga..maaf zahir batin :)

Heeee.... yg ini yg menggeramkan mata memandang ni CikSu
11 bulan tengah lincah/ligat/cerdik/membina macam-macam. Apa org buat dia ingat dan ikut.

Cantik kan baby berbaju kurung - cumiiiiillll sangat!

yeay..rania dapat kasut raya baru..

Alololo.. Kiut dia pkai kurung biruuuu.. Zara tema hijau.. Hihi

comey sangat dia tu... betul bila dah ada anak mesti kita lebihkan anak dalam apa-apa hal pun kan

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF