Tak selesa

17 Ramadan 1436H


bertolak ke kl jam 11 pagi. kali ni naik bas transnasional.

 perghhhh! sungguh2 mencabar diri di bulan puasa ni. selama ni dok ulang naik bas cosmic sebab teramatlah selesa yak mat, kan ! sekali bila nak balik dari kuala kangsar kena naik bas transnasional, terima aje lah keterpaksaan ittew. huhuhu. 

dah lama benornya tak naik bas transnasional ni. salah satunya bab tempat duduk la. saya tak suka dan tak selesa. ye, memang saya dah tahu sebab last kami naik bas transnasional masa duduk JB dulu. terpaksa naik bas loncat dari Larkin turun Bukit Jalil. masa tu TBS masih dalam pembinaan. pastu ambil bas lain ke kuala kangsar. so, fikir positif maybe dah ada perubahan. sebab dah lama sangat, kan ! 

sekali.. haaaa, nah. rasakan penangan.. 

lenguh kaki sesangat. rasa macam seat tu rendah kot. itu nasib dapat seat belakang driver. kira luas juga la, kan !  cumanya kaki lenguh sebab lantai bas tu macam bas loncat biasa. patutnya biarlah berlapik karpet, baru selesa. perjalanan jarak jauh kan. lebih kurang 3 jam lebih kot.

tempat duduk kecil. muat-muat je. tak boleh nak bersila. saya perasan ayah rania pon tak selesa juga. sebab ayah rania tak boleh nak lena. saya sempat juga lah lelap-lelap mata. walaupon lenguh kaki. tapi rania bantai lena kaw-kaw. sampai hentian Rawang rania pulun lena. itu pon terjaga sebab bas berhenti.

ada sorang penumpang berbangsa sikh tu, siap bagitau nak pergi tandas. pastu masa dia pusing nak ke tempat duduk, dia cakap slow sangat. boring ! apa lagu pon tak dipasang. 

nasib lah tak ramai penumpang, saya suruh ayah rania duduk di belakang. teramat lega. baru selesa bila dapat lunjur kaki. hilang kejap rasa lenguh-lenguh kaki tu.

macam serik je nak balik kuala naik bas. sebab tak selesa. huhuhu. berbanding balik pendang naik cosmic. memang teramat selesa. tempat duduk yang luas dan empuk. sangat berbaloi untuk 6 jam perjalanan. 

oh ya, harga tiket bas murah 2 ringgit. kalau beli tiket bas cosmic ke kuala kangsar RM26 manakala tiket bas transnasional RM24 sajok. 

walaupon tak seleeesa tetap ucapkan terima kasih pada pemandunya. saya bab pemandu oke je. asalkan bawa bas dengan beretika dah cukup memuaskan hati saya. betul tak ? 




Previous
Next Post »
7 Komentar untuk "Tak selesa "

dah lama tak naik bas...huhuuu..dugaan kan..

Kalau perjalanan jauh dan tak selesa, memanglah siksa jiwa raga. Apalagi kalau bawa budak kecil. Saya sendiri dah lama tak naik bas ekspres mahupun bas di KL ni. Kalutlah kalau kena beli tiket bas rasanya.

Setakat beza dua ringgit tapi tak selesa, kalau saya dah tentu saya pilih bas Cosmic juga.

saya pulak memang naik transnasional masa ulang alik ipoh alor setar dlu. sebabnya transnasional tak masuk2 ambik anto orang. tak suka kalau dia singgah2 merata.

Tranasional! Memang gitu la seatnya ciksu dari dulu. Masa bujang dok ulang alik Kl ke Sp naik bas tu mula2.. Suka sebab bas tu jalan ikut masa. Seat dia kecik, tapi pejam mata ja sebab dah suka kan.. Hihi. Bila dah lama sikit baru tukar ke bas sri maju/super nice. Ok la sebab seat besar tapi yg tak best bab pengurusan masa la. Tiket pukul 9 pg, jalan lambat sebab tggu bas penuh! Bila dah kawen ulang alik Kl ke Jb pula mula mula naik juga tranasional. Tapi bila dah kenal dengan bas KKKL, terus setia ngan bas tu. Hihi. Dalam setahun dua ni pula ulang alik JB ke Btu Pahat dok naik bas SnS je... Heee. Eh tercerita pengalaman sendiri pula kat sini... Hahhahah

klu dlu dok kedah suka naik pancaran matahari dgn diamond mmng selesa sgt2 transnasional pon sy ada kisah x best gak

jenis naik bas yg tukar2 ni yg tak best ciksue..dah la ada anak kecik..mmg selesa yg kita cari..beza rm2 je kot..sy dah lama tak naik bas..dah lupa dah cmna gayanya naik bas perjalanan jauh ciksue

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF