Tersilap tarikh

bas cosmic pilihan kami kalau balik utara. pergi balik mesti naik cosmic. kecuali ke kuala kangsar. sehala sahaja. untuk balik kl kena naik transnasional juga. 

jom ikut rania balik kampung ! rania nak jumpa opah dengan atuk pulakkkk :)
entah mana silapnya. sepatutnya tarikh  2/7/2015 kami bertolak ke Kuala Kangsar. patut la masa naik bas semalam tempat duduk kami dah ada orang lain yang duduk. pelik bin ajaib ! macam mana la boleh tersama tempat duduk. 

sudahnya kami beralah mencari tempat duduk yang lain di belakang. 

rupa-rupanya sebelum bas bergerak, driver bas bertanya "siapa yang beli tiket bertarikh 3/7/2015.."  

pakat kelam kabut check. sekali.. haaa, nahhh.. tiket kami rupanya ! aduhai.. nasib la tak ramai penumpang. kalau tidak mau kena suruh turun sebab tak cukup tempat duduk.. huhuhu.

sapa harus dipersalahkan ? 
tanya suami masa beli tiket cakap apa. katanya nak tiket hari khamis 2 orang. kerani di kaunter angguk-angguk je. 

tak pasti la sama ada cik suami check ke tidak tiket tu sebelum beredar. masa sampai di rumah saya pon tak check balik just tanya bas pukul berapa. memang dok ingatkan masa je la tadi. sikit pon tak tergerak hati nak tolong check tiket.. 

nasib baik diterima pakai. kalau kena turun, pakai balik kampung 2 hari 1 malam je la. 

apa pon kita enjoi je la. senyum-senyum selalu. kita kan puasa !

chaakkkkkkk ..


lagi 8 hari nak masuk 11 bulan dah. yeay ! yeay ! 

ps: alhamdulillah.. dah selamat sampai kuala kangsar :) teruskan misi jalan-jalan cari makan di kuala kangsar pulokkk.. dapur ciksu cuti ye (:


Previous
Next Post »
14 Komentar untuk "Tersilap tarikh"

huhu...len kali kne cek tarikh skali kn..tp besela kte kdg2 xperasan bnde cmtu..slmt bcuti :)

Wah syokla tiap2 minggu balik kg korang ya.
Bokeh pulak rezeki gitu ya.. alhamdulillah, ada masa dlm hidup ni rezeki tak semena2.. tu yang orang kata kalau kita buat baik kat orang, balasannya insyaAllah dlm pelbagai bentuk.. pertolongan atau dimudahkan urusan kita tu pun satu jenis balasan atas kebaikan dan sedekah kita..

Awalnya cik sue balik kampung mesti best

Awat bley jadi lagu tu..nasiblah Allah oermudahkan di bulan puasa ni.sukalah rania mggu ni blik perak plak..balik kmpg memaang sinonim dengan makan la ciksue.hehe

naseb baik x kena turun...klau x...punggah

wahhbestnya tiap2 minggu balikk ye

next time kena sebut tarikh bkn hari ... alhamdulillah dpt gak balik ...

Aaaaaa takutnya kalau salah tarikh... Nasib baik ada kosong.. Kalau penuh nak kena turun pula. Huhuhu.

alahai comeynyer rania tu...

hahaha nasib baik ada tempat kosong lagi ye..hehehe, rezeki ciksu anak-beranak

sib baik drebar bas ok.
alhamdulillah :)
murah rezeki dia kan sue...

Maknanya bukanlah salah Ciksu dan suami. Salah kerani kat kaunter tiketlah letak tarikh salahkan. Nasib baik dibenarkan ikut sahaja balik. Kalau tidak, naya juga dibuatnya.

Comel alahai Rania. Baru la ni dapat tengok mukanya betul-betul ^_^

adoiii nasib baik. memang kena selalu check tiket kita lepas je beli tu. yela bulan posa depa pun tersilap la tu huuuu

raniaaaaa omeynyaaaaaa

hahhaha bleh plak tesalah tarikh ye...sib baik tak disuruh turun balik

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF