16 Syawal

Jalan jalan cari makan. Hehehe. 

Destinasi pertama kami ke rumah terbuka Parlimen Setiawangsa. Tahun 2013 ada juga pergi. Tahun 2014 tak pergi. baru nak berpantang. Tahun 2015 berkesempatan lagi ke sini. 

Alhamdulillah. 

Sejak ada anak, sini lah tempat pertama yang akan dituju. Hahaha.

Tak menang tangan si badut melayan. Hanya buat pedang dan bunga sahaja.

Macam macam menu dok ada. pilih la nak yang mana. menu sate dengan kambing bakar la paling ramai pelanggan. hat lain biasa biasa aje.

Menjamu selera sambil dengar Hail Amir dendangkan lagu raya. Layan sangat. Maklum le orang lama. Suara pon masih power.

Dah kenyang, jom la balik.


Destinasi kedua. Ke rumah terbuka bapa saudara cik suami di Jinjang. Lama juga di sini. Maklum le jumpa sedara mara team perak.

Ada laksa + yong tau foo + lemang serta rendang ayam tua. Nengok aje la laksa. kemahen wangi bau kuahnya. sabaq je la -_* tapi lemang sedap. lembut aje. lemang pak sedara buat sendiri. 

Selesai makan makan, naik ke rumah Cho di tingkat 3. sambung nyembang sambil makan sekut raya pulakkkk.

Duduk sini sampai ke petang. Tengah sembang tetiba member cik suami ajak ke rumahnya.

Balik Maghrib di rumah. selepas maghrib baru gerak ke ampang. isi lagi perut.


kali ni makan nasi minyak + dalca + ayam masak merah + kari daging dan roti bom.


ramai juga member ciksuami datang tadi. seronok la rania dok main dengan kengkawannya. rania paling muda. belum setahun. tapi tak lama dah, next week rania dah setahun. yeay. yeay.

Kami tetamu terakhir. siap dapat bekalan lagi. aduh. duh.


Hari ni, seharian mengisi perut. alhamdulillah. rezeki bulan syawal, kan (",)

Previous
Next Post »
9 Komentar untuk "16 Syawal"

selamat hari raya dear.. bestnya jalan-jalan ke rumah sedara-mara.. :))

sakan jugak ciksue dan rania beraya..selagi tak habis syawal ni memang banyak open house..syokkan makan free..rezeki katanya.hehe

byklah rania kutip wit raya kan

Puaslah Rania beraya ikut ummi... Hihi

rezeki bulan syawal tu...seronokkan hari raya ni dapat berjumpa sedara mara, walapun penat tapi gembira, perut pun kenyang hehehe

wah gi rumah terbuka parlimen kawasan.
so far aida x pernah gi, mr.asben x brape nak gi :)

p/s: tq sebab tegur. qaseh junior boleh utk anak 1 tahun ke atas (da makan solid food)... silap aida published info yg salah. da betulkan dah...

sis..macam dekat je kita...tak sempat Sal nk ke Setiawangsa ritu...

Nmpk semangat la rania ni ciksu.. Hehe.. Mcm dh setahun lbih je.. Hihi.. Comel..

seronok perot berjoget raya2 ni hihihihi

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF