23 Syawal

Kami ke rumah terbuka member sekolah rendah saya lagi. nun jauh ke putrajaya. bertolak ke sana jam 3 petang selepas selesaikan apa yang patut di rumah. risau terlewat balik, kang naya je. tak pepasal pagi ahad dah kelam kabut pulakkan. 

ni diaa. sayup je bila naik ke tingkat 13. dulu, masa duduk jb memang kami duduk tingkat 13. seronok memang seronok. nak-nak bila dapat tengok matahari naik. subhanallah ! cantik sungguh. macam-macam menu dok ada. tapi peberet saya ialah nasi daging. perghhh ! sedap. lama sangat tak makan. sedap bila dapat jamah ayaq asam tu. cicah dengan daging. bertambah-tambah makan. hihihi. selain tu, ada sate + ketupat + rendang ayam + dadih coklat + bihun sup + puding laici dan buah tembikai serta sekut raya. banyakkan ! 

memang makan aje khojenya. kami pergi petang sebab janji nak berkumpul di sana ramai-ramai. sudahnya, 830 malam baru cari jalan balik. hahahaha. 



Dari kiri nasriah, huda, syuhada, aton & ciksu. 

Fazli, anuar dan hisham (my cousin) 

Semoga ikatan persahatan kami terus berkekalan. aamiin. 

Previous
Next Post »
6 Komentar untuk "23 Syawal "

seronokkan dapat jumpa kawan2..akak pun ada jumpa kawan2 lama setelah 20 tahun x jumpa

ciksue!!!...kwn ciksue nama nasriah tu anak menakan kak la..xsangka plak ciksu kwn nasriah..hehehe...keciknya dunia...selamat berkenalan naaa

bila berkumpul ramai2 memang tak sedar kan. tengok2 dah berejam dekat situ

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF