24 Syawal

Sempena syawal yang hampir ke penghujungnya maka kami suami isteri sepakat untuk buat rumah terbuka. kebetulan masih syawal. pastu dekat pulak dengan tarikh ulangtahun kelahiran rania. teruslah kami sekalikannya. tapi tak ada la sambutan beria untuk besday rania. just niat nak buat kenduri je.

Untuk sambutan besday rania. just umiayah je la ye. kita buat kita-kita aje. hihihi.

Alhamdulillah, terlaksana juga untuk buat rumah terbuka di rumah sendiri. itu yang sibuk sental periuk belanga. sebab bontot kuali dengan periuk dah hitam legam. sekali cik nor kata ikan buntal. kikiki. apa daaa :) masak ayam tua dengan daging kan ! comfirm kena rebus lelama. itu yang sampai berlegam bontot kuali. hikhikhik. dan sebab ini juga lah, selama berhari-hari saya tak dan nak update blog. sibuk ke hulu ke hilir.

Syukur sangat sebab ini kali ketiga kami buat rumah terbuka di rumah sendiri. kali pertama dan kedua semasa di JB dulu. rasanya saya tak pernah entrykan di sini sebagai kenang-kenangan. sudahnya gambar entah ke mana hilangnya. maklum la, suka pindah randah. beginilah sudahnya. apa pon semuanya masih tersimpan kemas dalam ingatan :)

Nak buat rumah terbuka ni perlukan persediaan yang secukupnya. semuanya perlu diteliti dan di ambil kira.

Untuk persiapan kali ini, memang agak ketara perbezaannya. berbanding semasa saya buat sebelum ada rania. sekarang bila dah ada rania, masa adalah sangat2 terhad. perlu bijak pilih menu dan cari masa sesuai untuk memasak.


Kami masak bihun sup utara. buat 2 jenis kuah. buat 2 jenis kuah.. ada kuah daging dan ayam tua.


saya masak juga kuah lodeh dan kuah kacang daging untuk dimakan dengan nasi impit. untuk minuman ada air oren soda dan koktel buah. 

Selebihnya umi rania sorang ni gigih le buat kek coklat dan habiskan saki baki tepung yang dibeli untuk biskut raya hari tu. pastu terlebey rajin pulakkk, buat la agar-agar oreo.

Untuk buah-buahan ada tembikai dan rambutan. alhamdulillah, rezeki untuk tetamu hari tu. 


saya buat juga biskut almond london, semperit susu, chocolate chips dan roti jejari coklat. cornflakes coklat tak dan nak buat sebab coklat habis sudahhh. tak lalu dah nak keluar membeli hanya semata keranamu coklat =p


Nak buat buah kacang pon kemain mencabar. rania nak juga menolong. sudahnya sambil tumbuk kacang sambil dukung rania. saya kalau buat kuah kacang suka tumbuk dari kisar. kalau kisar nanti halus sangat. suka kasar-kasar sikit. tak ada la kasar sangat. just nice orang putih kata (",)

Jemputan pon di kalangan jiran2 terdekat, rakan sekerja suami dan sedara mara serta rakan-rakan sekolah yang ada di sini. kenalan alam maya tidak pulak dijemput. mungkin lain kali. in shaa Allah =)

Bila dah petang baru la sempat pegang hp. itu yang boleh ada sekeping dua gambar. 

 sedara mara ayah rania. hujung sana yang jaga baby tu isteri sepupu saya.

Kengkawan saya semasa sekolah menengah dan rendah. jejaka di hujung yang kusyuk makan tu, paklong rania a.k.a sepupu saya. 

Makanya di hari kejadian tak banyak gambar pon yang diambil. maklum la sibuk sangat. tak menang tangan dibuatnya. sampaikan gambar2 menu pon non hadooo :'( dah habis basuh segala bekas baru teringat. aduh. duh. 


Alhamdulillah, boleh dikatakan senarai tetamu yang dijemput, semuanya datang. hanya 2,3 orang sahaja tak dapat datang. tuntutan kerja dan juga sebab musabab lain. 

Terima kasih semua sebab sudi datang. tetamu paling jauh dari seremban dan manjung, perak. macam tak caya je dapat berjumpa. dari seremban tu, member ayah rania. manakala dari manjung tu member sekolah rendah saya. kebetulan dorang turun kl, so, sempat la singgah. 

Jika nak dikira penat rasanya memang penat tapi seronok sangat bila orang datang rumah ramai-ramai, kan :) 

Previous
Next Post »
19 Komentar untuk "24 Syawal "

Betullah kalau buat makan-makan ni walau penat tapi bila melihat tetamu yg hadir menikmati hidangan yg kita sediakan ada rasa puas.

wah bestnya sempat juga buat open house...MV tak berkesempatan pun

bestkan..penat of course la tp puas hati..falsya tahun nie xde wat open house..keadaan kesihatan tidak mengizinkan...

Alhamdulillah.. murah rezeki ciksu sekeluarga.

adoii..siapa ada entry ikan buntal tu..haha..tp btl klu tgk gambar kecil sebiji mcm ikan buntal..hihi..cik nor pon buat rmah terbuka tapi xsempat nak bergambar..huwaaa

banyak menunya..terlebih rajin eh..

dah lama tak singgah sini..

selamat hari raya buat sue dan family.. :-)

Meriahnya sronok kan bila tetamu dtg ke rumah

Byk juga menunya... mmg kenyang la tetamu yg dtg... alhamdulillah rezeki mereka.. :D

rajinnya, banyak juadah.. semoga Allah membalas kebaikan sue.. ^_^

kalau buat rumah terbuka ni memang penatkan, tapi bila tetamu datang dan makan hasil air tangan kita sampai habis rasa penat pun berbaloikan

akak pun dah lama tak buat rumah terbuka,tunggu rumah baru nanti, inshaAllah boleh jemput kengkawan datang

penat tapi berbaloi kan. ktorg je tak pernah lagi buat open house kat rumah sewa sini. kalau dulu PJJ tahun ni tak sempat macam2 hal hihihihi

semua masak sendiri ke cik su? hebatlah cik su
dengan ada anak kecik mampu buat semua tu
kalau saya, mau kelam kabut sangat
sebab tu agaknya belum penah sekali pun buat open house...hehe

dengan rania pon sempat lg.. hehehe.. rajin ciksue..

Rajinnya mama Rania ni masak tau.....kacang siap bertumbuk tu.... Kalau okje mmg ku kisar aje....cepat dan mudah hihi....

Tetamu berselera makan, tuan rumah 3 kali gembirakan Cik Sue

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF