Nasi Impit Goreng

Nasi impit yang sedap di makan. boleh dipelbagaikan pulak tu. terpulang pada selera dan kreativiti memasing macam mana nak kerjakan nasi impit ni, kan ! 

Kena gaya bertambahlah makannya nanti. 

Macam saya sendiri. lebihan nasi impit masa buat open house raya baru baru ni. nasi impit kalau makan dengan Lontong dah biasa. Soto Ayam pon sama. gandingkan dengan sate dan kuah kacang, pon dah biasa sangat, kan :) 

Selain daripada menu menu di atas, saya selalu juga buat Nasi Impit Goreng. rasanya belum pernah entrykan lagi di sini. pernah merasa Nasi Impit Goreng pon masa duduk jB dulu. sebelum sebelum tu, memang tak pernah pon merasa. apatah lagi nak masak sendiri, lagi la kan :) 

Sedap ke Nasi Impit Goreng ?

Bagi saya sedappp. bila makan Nasi Impit Goreng lebih kurang macam makan koteow atau mee goreng je kekdahnya. 

Jom cuba Nasi Impit Goreng. boleh sediakan bila bila masa nak makan. 

Tumis bawang ros, dah garing masukkan sambal merah bihun sup. kacau kacau kendian masukkan isi ayam. oh ya, ayam ni saya guna ayam kampung. so, saya dah siap siap rebus. kendian perisakan dengan (kicap pekat + sos tiram + gula + stok ayam -di bancuh). dah cukup rasa masukkan nasi impit. kacau kacau bagi sebati. terus masukkan tauge + daun kucai. siap.

Masa nak makan tabur bawang goreng.. nyum.. nyum :')


Saya sorang kalau makan, boleh habiskan 10 peket kecil Nasi Impit tu. 2x makan la. bukan sekaligus. nak sedap kena makan masa panas panas..

Boleh je kalau nak letak udang ke telur ke. terpulang ^0^

Previous
Next Post »
16 Komentar untuk "Nasi Impit Goreng "

1st time dengar resipi nie..macam menarik..boleh laa cuba nanti :)

nampk sedap.. xpernah cuba lagi ^_^

*singgah sini zianaeunos.blogspot.com

First tkme dengar ni nasi himpit goreng.. Kreatif betul cik qaseh ni..")

Kretifnya ciksu. Saya imagine resepi nasik himpit goreng sama macam resepi nasik goreng, cuma tukarkan nasi jadi nasi impit.

wahhhh tak pernah cuba buat dan tak pernah rasa ni haaaaa. nak try buat la lepas ni.

zaza xpenah try lagi.. nti2 boleh r try..tq ye ciksu idea tu!

akak tak pernah buat dan ini 1st time akak tengok hehehe, boleh juga dicuba nanti

wahh kreatif ciksu..xpernah tahu pon leh buat nasi impit goreng..hehe

Sedap2. Akak belajar buatnya drp kawan. Eh ke sebab entry Okje, dah lupalah... tp sebab bukan tekak jawa, akak potong kecil2 nasi impit baru rasa sedap di tekak akak ni..

tak penah tahulah cik su
cam sedap aje nampaknya...ish...lapo ni

tak pernah buat atau dgr lg.. kalau kat rumah tak abeh kami mkn mcm nasi tu jaa.. hehehe..

sedap.
but aida x pernah buat. makan di kedai aje.
bcoz biasa ketupat makan dgn lodeh or kuah kacang :)

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF