Ulangtahun Pertama Rania & Carrot Cup Cakes

Tarikh kejadian pada 11/8/2015. sehari selepas ulangtahun kelahiran Rania.. 

Penyeri mahligai rumahtangga yang sekian lama dinantikan dengan penuh kesabaran (pinjam ayat kakak zakie :))

Alhamdulillah, dengan izin dari Allah s.w.t kami diberi kesempatan ini untuk bersama-sama meraikannya bersama anakanda tersayang dan bertuah ini.

Doa kami semoga geng TTcian yang lain, akan diberi peluang yang sama seperti kami. apa yang penting jangan berhenti berusaha dan jangan cepat putus asa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. sebagai hambaNya, kita berusahalah semampu boleh. selebihnya kita yakin lah denga setiap apa yang kita buat. in shaa Allah, pasti ada ganjarannya dari Allah. aamiin :)

Sempena ulangtahun pertama permata hati kami yang dinanti selama 6 tahun ini. tiada apa-apa yang istimewa umiayah buatkan. biasa-biasa sahaja. jadilah untuk kita bertiga.

Disebabkan umi Rania ni bukanlah pakar buat kek, maka umi buatkan yang simple2 je. janji hasil air tangan umi untuk Rania. walaupon hakikatnya, bukan Rania boleh makan lagi kek tu. tapi.. tak pa, untuk kepuasan umi bila dapat buatkan untuk Rania sempena ulangtahun yang ketama ni. kenangan katanya, kan ! 

Jadi, umi buatkan carrot cup cakes sempena hari ulangtahun rania. 

TEMANYA TETAP UMI PILIH LOBAK MERAH. SEMPENA BLOG QASEHNYARANIA. KALAU RANIA NAK TAHU, UMI NI PEMINAT LOBAK MERAH, SO, SEGALA JENIS MENU KALAU BOLEH NAK ADA LOBAK MERAH. IHIKS :)

Terimalah Carrot Cup Cakes Special ini..



Lilin angka 1 just untuk umi ambil gambar buat kenangan saje. Umi tak bagi pon Rania tiup atau tengok. setahun sudah anak umiayah ;)



Umi buatkannya dengan penuh kasih sayang tau. hanya untuk mu sayang. walaupon terpaksa berlari-larian untuk siapkannya. umi harap rania mengerti bila umi tinggalkan rania dengan ayah sekejap tak sekejap la. lama la jugak, nak habiskan sapuan cream cheese bagai tu ^0^

Umi tahu, rania suka, kan ! tak caya cer tengok gambo keterujaan rania bila umi letakkan carrot cup cakes depan mata rania.

Haaa. tu diaa.. laju je jari jemari halus anak umi ambil carrot cup cakes tu. actually, umi bagi rania rasa juga carrot cup cakes ni. acah-acah gitu aje makannya.


Masih tak puas hati lagi. sekali nah.. dua biji carrot cup cakes di cekaunya. kiri kanan oke ;)


"Umi, rania nak yang ini.."


Hari lain bakar, hari lain sapu cream cheese frostingnya. semuanya ambil masa apabila ada anak kecil. apa yang penting, akhirnya siap juga. malam ibu huda datang, rumah tu, sempat jamu carrot cup cakes tanpa cream cheesenya lah. boleh, lah :') 

Alhamdulillah ;)

Tak kisah la, kan ! apa yang penting..

To Rania,

Happy 1st Birthday sayang umiayah !! doa umiayah semoga semoga Rania membesar sebagai anak solehah, rajin solat, lembut hati, sihat sejahtera, diberkati hidup dan berjaya di dunia serta di akhirat. aamiin. Rania adalah harta dunia akhirat umiayah. 

Love u till syurga !! 

Lots of love,
Umi, ayah

Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Ulangtahun Pertama Rania & Carrot Cup Cakes"

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF