Anak Kurang Tidur Kurus Kering ! Dan 10 Info Tidur Bayi Yang Ibu Mesti Tahu

Amboii222.. curlasss punya statement.. teruih terang la nak cakap.. MEMANG SENTAP oke.. terasa sampai ke ulu hati nun di dalam sana.. tahan je dalam hati.. ggrrrrrr..

Begini ceritanya..

Beberapa minggu yang sudah.. ada la sorang hamba Allah ni cakap macam tu.. maksud macam tu, tu.. seperti tajuk entry, lah ! semuanya gara2 hamba Allah ni tak tengok Rania tidur pon pada hari kejadian.. padahal sebelum hamba Allah ni sampai, Rania dah tidur dah.. tapi sekejap je la.. kebetulan masa hamba Allah ni sampai dah jam 2 petang.. nak dijadikan isu, membawa ke petang Rania tak tidur dan sepanjang tak tidur tu memang Rania tak meragam.. asyik nak main, gelak2 je khojenya >_^..

Saya bukannya apa tau.. sedey sangat2 bila hamba Allah ni cakap macam tu.. huhuhu.. baru tengok hari tu, teruih buat conclusion tak henggat, kan ! nasib baik la ayah Rania tolong cover.. sebab masa tu saya memang dah senyap seribu bahasa.. lidah terus jadi kelu sampai tak terkata sambil merenung Rania :'(

Padahal bagi saya yang 24/7 dengan anak ni memang tahu waktu dan ketika mana Rania tidur.. sepanjang duduk dengan saya memang Rania akan tidur pada waktu siang.. sekurang2nya 2 kali sehari.. pada waktu tengah hari dan petang..

Selalunya waktu tidur Rania pada waktu tengah hari pada jam 11 atau 12 tengah hari dan kali kedua tidur antara jam 3 atau 4 petang.. masa yang diambil untuk tidur pada waktu siang kekadang dalam satu jam setengah.. paling lekeh pon sejam la.. kalau saya teman sebelah menyebelah lagi lama la Rania tidur maybe sebab ada bau umi.. itu yang bestttt sangat kot.. hahahaa.. kalau umi tak teman.. itu yang kekadang tidur waktu siang tak berapa nak jerap orang kedah kata..

Oh ya, kalau uols nak tahu semenjak lahir sehingga sekarang (1 tahun 1 bulan) Rania memang tak pernah tidur dalam buaian.. hanya tidur atas tilam biasa sahaja.. so, bila Rania dapat tidur dengan nyenyaknya di siang hari.. pon dah buat saya rasa bersyukur.. means tak ada la tidur berlebih-lebihan.. kang umi tak ada kawan pulak nak nyembang, kan :) 

Lagi satukan, sekarang ni memang nampak Rania tak bambam sangat sebabnya masa masuk umur setahun Rania tak berapa berselera makan.. makan gitu2 aje.. walauapapon saya tetap juga masak dan suap Rania.. bagi makan macam biasa.. maklum la baru "dapat kaki", kan ! itu yang seronok sangat tawaf keliling rumah.. Rania mula boleh jalan masa umur 11 bulan 2 minggu..

Ini hasil check up umur setahun bulan lepas.. 

untuk berat, panjang & bmi pada ketika umur sebegini, normal tak erkk ? maklum la saya ni kan, baru jadi umi.. 

Ok, berbalik pada hal tidur Rania, pada waktu malam pula Rania memang akan tidur seawal jam 10:00 malam.. kalau jaga tengah malam pon sebab nak menyusu.. sejak genap setahun ni memang jarang la Rania nak terjaga tengah malam sebab menangis.. alhamdulillah memang baik2 aje.. kiranya tidur malam Rania tak terganggu pada sebelah malamnya..

Esoknya, paling awal Rania bangun jam 8:30 pagi.. kalau Rania mamai2 masa bangun tu, kekadang boleh lajak sampai jam 10:00 pagi.. waktu pagi Rania otomatik akan jaga dengan sendirinya.. kalau tidurnya cukup, bangun pagi terus senyum meleret.. kalau tak cukup tidur.. sila lah tunggu ada drama ayaq mata la lepas tu.. ada aje yang tak kena selagi tak boleh lena balik.. pendek kata serba serbi la tak kena.. nak2 bila nak mandi.. kena air sikit pon dah mula meraung macam kena pukul tu haaaa..

So, apa yang saya boleh katakan ialah.. pada hari kejadian.. maybe Rania nak main atau bermesra dengan hamba Allah ni haaaa.. hamba Allah ni aje yang tak tahu nak melayan atau main dengan Rania.. sekali bila Rania tak tidur boleh pulak dicakapnya begitu... aduh..duh.. agak2 la, kan !

Apa pon saya memang tersentap sekejap.. sebab kata-kata tu kan satu doa.. memang tak sedap didengar la masa tu.. pastu siap dok bandingkan dengan anak-anaknya pulak.. alolo, so sweet lah.. 


Sebelum tutup bebelan hari ni, nak kongsi link ni dengan uols.. jemput, lah baca ye.. ni linknya 10 info Tidur Bayi Yang Ibu Mesti Tahu

Leganya =D

Previous
Next Post »
13 Komentar untuk "Anak Kurang Tidur Kurus Kering ! Dan 10 Info Tidur Bayi Yang Ibu Mesti Tahu"

erm,manusia memang cepat menghukum,Cik Su.tak patutlah dia cakap macam tu.kita yang jaga anak kita,kita tahulah apa yang terbaik untuk anak kita.kurus bukan semestinya sebab kurang tidur.kadang kurang makan,budak makin lasak,faktor gen pun boleh buat budak kurus.dan tak patut dia bandingkan anak-anak dia dengan anak Cik Su.lain budak,lain perangainya.IbuNoey memang cukup pantang kalau ada orang banding-bandingkan anak kita dengan anak dorang.tapi tak apalah,selagi kita dah buat yang terbaik untuk anak-anak,lantak la apa orang lain nak cakap.anak-anak masih ada seumur hidup untuk gemuk.eh,macam statement bagi makan bayi sebelum 6 bulan je.hehe

sorry,panjang pula membebel ni.

senang hati bila die tidur nyenyak..

cik su,berat Rania ni kira memang ok.sebab Farhan yang dah 21 bulan pun dalam 9.8 kilo,masih tak jatuh line kuning.

Sabar ya Ciksu... memang Ros pun tak gemar dengan sesetengah orang yang suka membanding-bandingkan ni.. tapi, nak buat macam mana kan.. ragam manusia....

Ciksu, raya balik mana?.. balik kampung ke?..

biasalah tu ciksu.. dah jadi ibu ni kdg2 sentap bila org mebandingkan anaknya gan anak kita.. dia xpaham n xalami apa yg kita rasa.. bersabar la ye

Alahai ciksue mulut orang bulan kita boleh ttup..sy faham..mula2 je lan sentap..pastu mesti ok..biasalah manusia macam2 ragam..biat tak tau je lah..klu sg amik.pendekatan macam tu je la..asalkan anak kita sihat..kurus ke bambam tak kisah..janji dia nak makan cergas dan pintar sudah...

Kadang2 kita bercakap ni pun kena jaga jugak.

Tapi memang betul Cik Sue kalau budak tak cukup tidur mmg kurus keadaannya Tapi boleh jugak mmg dah jenis yang badan tak mau semangat. Mcm anak anak Okje mmg jenis tak tembam pun jenis mcm Rania kot...
Kalau tembam sangat pun tak larat nak angkat weyh hihi

ciksu, bukan ciksu je kena mcm tu.. kita pun kena tau.. rasa nak cili api kan aje mulut orng yng cakap camtu. budak kan, ada masa dia x tido tu sebab nak orang layan dia.. atau mungkin teruja sesuatu yang baru..

bab2 membandingkan ni akak dah biasa, nak pulak bila dorang kata anak aka nakal & degil berbanding anak yg ini...uihhh sentap mak, tapi takpe lah kita doa banyak2 je supaya anak2 kita tak macam apa yg dorang kata.

ala tidur atau tidak bukan pengukur kurus atau berisinya seseorang anak tu, nak pulak kalau anak jenis lasak dan suka bermain, memang tak membesar sangatlah, macam anak2 akak ni ha...tidur juga tapi tetap kurus

selagi bmi anak kita masih dalam garis putih dah kira ok la tu ciksu. abaikan je kata2 orang tu. anak kita lebih banyak masa dengan kita. kita lebih tau. orang luar nak cakap lebih2 pedulikan dorang. ada masa memang kena lawan balik cakap dorang tu. biar sama2 sakit hati kohkohkoh :p

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF