Gulai Batang Pisang


Ini menu terbaru.. gulai batang pisang. sape pernah makan gulai batang pisang??

Menu terbaru la sebab baru buat kemarin.. kehkehkeh (",)

Suami ambil umbut pisang tu dari ofis.. kebetulan geng ofis tebang pokok pisang.. so, dengan rajinnya ayah rania pergi siang umbut pisang disebabkan keteringinannya nak makan gulai batang pisang..

Oh ya, nak buat gulai batang pisang ni kena ambil umbut pisang tau.. umbut pisang ialah bahagian tengah batang pisang yang lembut dan bewarna putih.. orang belah kedah mesti tau kan.. negeri lain pon mesti tahu juga, kan :)

Itu yang kemarin buat juga.. kemain lama la kena rebus daging tu nak bagi empuk.. makan masa oke.. walaupon ambil masa yang lama bila dapat makan gulai batang pisang tu.. Allah ! sedappp bak hang ^_^

Selalunya nak makan gulai batang pisang ni kena tunggu time kenduri.. nak nak belah kedah.. memang akan ada menu gulai batang pisang ni.. masak pulak dalam kawah.. perghhhh ! memang teringat ingat la lepas balik kenduri tu..

Nak buat gulai batang pisang ni simple je.. simple2 pon telefon mak la juga.. hihi.. just nak tanya bahan2..

Tumis halia, bawang merah, bawang putih, daun kari, kulit kayu manis & bunga lawang. biar sampai garing, naik bau. untuk bahan tumis (halia hiris halus), (bebawang mayang halus)..

masukkan rempah kari daging yang dibancuh dengan air + kerisik. masak sampai pecah minyak.


baru masukkan daging. renehkan daging hingga empuk bersama santan perahan kedua..

inilah umbut pisang.. kena ambil yang tengah2 tau.. yang depan dok nampak, da lubang2 tu jangan diambil ye. keras.. alang2 ayah rania dah siang, saya masukkan sekali.. nak tunjuk dekat ayah rania, len kali jangan diambil..

sebelum tu, potong serong umbut pisang, kendian cuci buang tali2 yang berselirat tu.. buang bagi habis tau.. lagi ditarik, lagi panjang.. kalau tak buang nanti bila nak makan jenuh dok tarik.. hihi..
dah siang cuci, gaul dengan kunyit.. tujuannya supaya umbut pisang tak lebam sebelum di masak

bila agak daging dah empuk baru masukkan santan perahan pertama, umbut pisang, asam keping & garam.. masak sampai umbut lembut.. siap sudah.. pepandai la ikut sedapp anak tekak memasing oke.

Silalah makan dengan nasi putih + gulai batang pisang + sambal belacan.. layannnnn ;-)

Previous
Next Post »
10 Komentar untuk "Gulai Batang Pisang"

Akak selalu dgr gulai umbut pisang ni sue...lagi2 time kenduri kawin kalo rewang2 ade là gulai ni tp xpenah akak makan lagi....kalo umbut kelapa tu penah laaaa....

Tp mmg terliyooo tgk sue masak ni...akak peberet lauk2 kampung gini...laju je ratah....

PC tak pernah makan gulai batang pisang..bila dah tengok ni rasa teringin la pulak..

aida sesungguhnya x pernah makan btg pisang.
and memang br tau btg pisang boleh di makan :)
tq for sharing...

Nenek wawa pernah buat gulai ni.. skang dah lama tk de..

Kakak tak pernah makan dan masak
Selalu femes di utara kan. Teringin nak makan tapi tak pandai nak buat.

Sory sy tak pandai makan.hehe..sy memang tekak western sikit..sejujurnya tak penah try menu batang pisang ni

tak pernah makan, tapi kalau gulai lemak pisang akak makan

aah belah kedah memang fevret gulai ni tapi kalau kat kampung2. sekarang kan banyak catering. jarang dah jumpa gulai ni huuu. nak masak sendiri tak reti siang umbut pisang tu

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF