Solid Food: 7 bulan Buah-buahan

Masuk 7 bulan umi mula bagi puri buah-buahan. kalau nak diikutkan, banyak buah-buahan yang boleh diberi seawal usia 6 bulan.. cuma kena tengok dan perhatikan penerimaan anak je macam mana, kan !

Lagipon umi mula kenalkan Rania dengan sayur-sayuran dulu.. umi harap sangat kalau boleh nak Rania jadi pencinta sayur-sayuran.. ini termasuklah ulam2 kampung.. umiayah asal dari kampung, nak lah Rania pon serasi dengan pucuk jangguih, ulam raja, peria katak, pucuk putat & yang sewaktu dengannya. bagus untuk kesihatan & awet muda. gituu ×_×

stok pisang, kiwi, avokado & mangga buat anak solehah umiayah

Berbalik pada solid food untuk fruits.. banyak yang menjadi pilihan umi.. semakin meningkat usia Rania.. umi upgrade la fruits yang Rania dah boleh makan..

Antara fruits yang menjadi pilihan umiayah untuk Rania ialah..

7 bulan 
Labu, avokado, mangga, pisang


8 bulan

Epal, pear, plum


9 bulan 

Anggur (rania batuk slps makan) , prune


10 bulan

Kiwi, betik


11 bulan

Buah naga putih & merah


12 bulan

Blueberi, strawberi 


13 bulan

honey dew


Untuk puri buah-buahan ada yang perlu dikukus dan ada yang boleh terus lecek then suapkan ke anak.. contoh buah-buahan yang kena kukus terlebih dahulu seperti epal, pear, labu dan prune.. selepas kukus, kisar, tapis dan frozenkan. 



Buah2 lain boleh terus dilecek/ kisar dan disuap ke anak.. ikut tahap kesesuaian penerimaan anak juga la.. kalau masa perkenalkan buah tu masih belum ada gigi, kena la juga kukus dan kisar.. 



Kebiasaannya untuk jalan jauh umi akan bawa buah betik, pisang atau avokado sebab mudah untuk disediakan.. contohnya macam pisang.. beli, basuh, kupas, terus boleh dilecek2 dan suap bagi Rania makan.. senang, kan ? 


antara buah2an yang disenaraikan ni ada yang Rania alah, Rania suka dan tak suka.. buah apa ? next entry.. ini semua sebagai peringatan buat umi untuk anak yang akan datang.. walaupon anak orang lain boleh makan, tak semestinya anak kita pon boleh makan.. so, setiap anak tak sama ketahanan badan masing2..

Nak2 bila dah ikut 4 day rules baru tahu pro & kontra.. memang belajar dari pengalaman ^_^

Masa Rania umur 7 bulan.. umi dah buatkan menu ala2 combo gituu. maklum la, dah pass 4 day rules, kan !
selang selikan vege and fruits. so far Rania masih tidak menolak apa yang disuap..

Previous
Next Post »
12 Komentar untuk "Solid Food: 7 bulan Buah-buahan"

Alhamdulillah seronoknya masak untuk anak...layan selera anak...Allahu.

Cik pia dulu pun tak pernah tolak apa yg sy suap..makanan semua berkhasiat..mai dah besaq hampeh.hahaha..

Sukalah rania dpt rasa macam2 jenis buah ikut peringkat umur..

Rania makan tau umi awak ni gigih sgt. be a solehah okey rania! ^^

wah,bestlah rania dah boleh makan buah.dulu IbuNoey suka bagi avocado dengan pisang kat Farhan.dah dekat dua tahun ni,pisang memang jadi favret dia.kalau sayur pula,lobak dia suka sangat.

Rajin Ciksu! kawan Ros pun ada share di fb. suka tengok rakan-rakan kongsikan makanan anak-anak dorang... Ros boleh belajar jugak kan :)

Tak pernah makan Avocado...sedap ke cik Sue rasa dia macma mana ek? Untung budak budak sekarang kan makanan semua berzat ...Budak budak dulu makan nestum jer weyh

seronok dapat baut puri untuk anak2 macam ni. akak suka masak labu campur kismis atau prune, wangi je bau masa dikukus tu

wahh..bagusnye rania..sume makan..

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF