Cara Saya Jaga Luka Episiotomi..

rasanya belum kongsi lagi cara saya jaga luka episiotomi. luka episiotomi atau jahitan selepas bersalin semasa dalam tempoh berpantang hari tu. dah setahun pon, kan =)


bagi saya.. pengalaman selepas bersalinkan Rania cukup2 indah. hilang semua rasa sakit nak bersalin. serius ! memang tak berapa nak ingat dah. bila dapat pegang anak, jadi lupa rasa sakit tu. kuasa Allah, kan ! :) 



memandangkan ini kelahiran yang ketama maka doktor terpaksa juga zapppp sikit hari tu bagi memudahkan laluan untuk anak. maklum la anak sulung, kan. berat Rania masa dilahirkan 3.58 kg. 



saat kena zapppp tu memang tak terasa. selepas jahit pon tak terasa. jadi.. bila yang rasanya tu ? 



rasanya masa dalam tempoh berpantang tu le. aduh.. duh.. ngilu je. nak2 bila duduk. lagi terasa sakitnya. itu sebab kena baring kaki dirapatkan.  

awal2 tu.. saya akui saya banyak duduk. hari pertama di wad selepas keluar dari labour room pon saya selamba je nyusu Rania sambil duduk atas kerusi. sampaikan suami akak katil sebelah pon tegur. dah berani duduk ? hahahaha.. paling haru malam pertama di wad, siap kena marah lagi dengan sister sebab dia tengok cara saya duduk tu. ntah saya pon tak ingat macam mana cara saya duduk tu. masa tu saya dok kalut dengan Rania la yang tetiba menangis. terus saya jadi nerves. pastu terus tak ingat yang saya baru lepas bersalin. main ikut dan je hentam duduk. kikikiki. 


kenapa saya duduk ? sebab saya tak berapa selesa + tak gheti lagi nak susukan anak sambil berbaring.. lebih selesa susukan anak sambil duduk. tak kira la duduk atas kerusi atau atas katil. kalau duduk atas katil saya akan luruskan kaki. ini bila dah balik rumah la. masa kat wad, saya akan duduk atas kerusi yang disediakan. 



akibatnya saya rasa macam tempat jahitan tu seolah2 bengkak.. maybe bila duduk kita bagi tekanan pada tempat luka tu, kan ! huhuhu.. 



waktu tu dah mula seriau dan takut. mula la pikir macam2. paling takut kalau tempat jahitan tu terbuka. oh. no.no. minta simpang la. sebolehnya tak nak la ulang jahit lagi. 



start pada tu mula la bagi perhatian paling rapi dekat tempat luka episiotomi. memang jaga betul2. 


kebetulan hari ketiga selepas bersalin saya dah mengurut dengan mak perak, jadi..mak perak ada buatkan air asam keping. caranya just letak air panas + asam keping.. agak suam kuku boleh la dibuat basuhan. yang ini saya tak tahan. rasa pedih kot, masa guna air cucian tu. 2,3 hari lepas tu saya ngadu dengan suami, tak nak guna dah. tak tahan.

jadi.. buat permulaan saya hanya guna ubat kuning yang spital bekalkan.. lupa dah apa ke nama ubat kuning tu. setiap kali selepas mandi dan masuk bilik air, saya sapu je. nurse pesan dekat suami, sapu je. in shaa Allah cepat baik luka tu nanti.

seterusnya untuk cucian tempat luka episiotomi saya guna pulak set herbal feminine wash Set Tanamera yang direndam dengan air panas.. bila dah suam2 kuku bolehlah digunakan untuk basuhan.

apabila herbal feminine wash habis, saya guna pulak air daun sirih yang direbus. sedia maklum, yang air sirih ni bertindak sebagai antiseptik. 

untuk penjagaan yang lebih optimum, saya sapu juga serbuk manjakani yang diasah dibelakang lesung batu. disebabkan luka jahitan dah makin pulih, so, tak da la nak rasa pedih2 atau ngilu sangat masa sapu tu.. tapi dapat rasa la, selepas sapu serbuk tu, rasa dicengkam2. gituu. nak hasil terbaik dan luka cepat baik, guna lah dari awal. in shaa Allah sangat membantu merawat luka episiotomi. tapi kena bertahan la sikit masa dan selepas sapu. 

bila dah baik sepenuhnya, saya guna air rebusan manjakani buat basuhan pulak.


masuk hari ke 17 berpantang.. alhamdulillah luka jahitan episiotomi makin baik sepenuhnya. dah takda rasa ngilu atau sakit2 lagi. senang hati.


walauapapon saya tetap berhati2 jaga luka episiotomi tu sampai la habis pantang.. tapi selepas pantang saya jadi seriau je nak pakai seluar.. ntah ! rasa semacam je.. padahal tak ada apa pon cuma perasan sahaja.

next entry nak cerita pengalaman pertama saya guna, minum dan makan manjakani. hewhewhew 

Previous
Next Post »
5 Komentar untuk "Cara Saya Jaga Luka Episiotomi.. "

Kakak bila baca bab ini ngilunya terasa balik CikSu
Tapi kakak jenis yg cepat sembuh luka hatta kalau jari kena pisau.
Jadi samalah dgn yg bawah tu cuma sebab lembab masuk 2 minggu juga baru selesa. Tips tu memang baik utk org kita kan..

Seram baca psl luka episotomi ni, tp cara awak hmpir sama ng saya, dh baik luka n abis pntang, nk bersma suami pun takut2 jgk
Kan?

Kita pun sampai sekarang masih terasa lagi..nasib baik bersalinkan anak kedua xperlu lalui lagi..

akak lepas bersalin dan dalam pantang memang pakai seluar palazo tu, tak pandai nak berkain batik..hehehe luka jahitan alhamdulillah seminggu dah ok dan tak sakit, awal2 akak basuh dengan air sireh dan asam keping jugalah...sambil tu sapu juga ubat yg doktor bagi...

tapi itulah pengalaman kita kan ciksu...sakit pun tapi tetap seronok

Asam keping rendam air panas tu sy pun buat..air sireh pun..memanglah ciksue kan anak 1st kekok sikit nk bf..tak tahu cmna posisi..sy walaupun 2nd baby..masa bersalin afia tetap kekok nk bf pasai aiman dulu kan dh lama..paatu dia dulu pun bf masa dlm pantang je.tp sy memang suka barinh..lg selesa

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF