Kesihatan Anak

alhamdulillah, sepanjang hampir 13 bulan + bergelar umiayah pada permata hati kami, Rania.. perjalanan kami melaluinya sangat2 lah indah. walaupon ada juga masa tu pakat lawan gaduh hang aku nak mandikan anak dan tukarkan lampin. barulah mencabar, kan ! >_<

paling mencabar bila anak diuji dengan tahap kesihatan. bila mai bab kesihatan, mana2 mak pak pasti akan resah, gelisah dan risau, kan ! macam kami lagilah.. masih baru & banyak yang perlu ambil tahu serta belajar.

cuma bezanya saya ni masih boleh kawal diri hasil pembacaan daripada pelbagai sumber. sebolehnya nak aplikasikan home remedy buat Rania.. apa yang perlu & boleh dibuat. ikut pada masalah kesihatan la juga. janganlah sampai anak dah demam menjangkau suhu 40°c pon ngko masih nak lengah2kan. kena pandai2 la pantau. kalau ikutkan ayah rania, anak panas sikit pon dah ajak pergi hospital. saya ni bukannya apa, sebolehnya nak elakkan anak dari ambil ubat2an hospital di usia yang masih kecil macam ni..

selepas lahir Rania DEMAM KUNING tahap biasa2 je. tahap biasa2 tu just setakat ulang alik ke hospital pergi check tahap kuningnya saja. tak kena cucuk ambil darah pon.

ketika di usia 2 bulan selepas kena cucuk 3 serangkai. nurse pesan kalau anak demam terus bawa ke hospital. tapi sebaliknya berlaku pada Rania. Rania tak demam tapi SELSEMA.
kesian sangat bila tengok bayi seusia Rania masa tu diserang selsema. kalau kita yang dewasa kena selsema pon, boleh tahan ragamnya, kan ! inikan pula anak yang baru berusia 2 bulan..

kendian di usia 4 bulan sekali lagi Rania kena SELSEMA. masa usia ni saya beranikan diri cuba satu teknik ni.. alhamdulillah, ada hasilnya. walaupon terpaksa keraskan masa buat teknik tu.

masuk usia 6 bulan pon kena SELSEMA juga. sekejap je masa ni, tak lama. tak sampai 3 hari. makin mencabar bila guna teknik tu.

ketika di usia 9 bulan, pertama kali Rania BATUK. batuk selepas alah dengan buah yang ayah Rania bagi. walaupon masa tu Rania dah boleh diberi buah tu. penghujung bulan Rania DEMAM + NAIK RUAM/ BINTIK MERAH. dok ingat campak, sekali bukan.

injak usia 11 bulan, masa balik kampung time raya puasa tu, Rania SELSEMA lagi. saya perasan sebelum2 tu Rania okje. petang selepas raya pertama tu dah mula nak hingus. kebetulan masa tu sepupu Rania memang ada yang selsema, so, saya rasa Rania mudah berjangkit dengan keadaan sekeliling. dorang dok peluk cium dia. maklum la baby, kan ! antibodi belum kuat.

in shaa Allah, nanti saya kongsikan tips/ petua untuk anak selsema, batuk & demam.. apa yang penting doa, usaha, ikhtiar & tawakal. Allah jua yang menyembuhkan segalanya.. 

daaaa...



Previous
Next Post »
11 Komentar untuk "Kesihatan Anak"

good sharing..:)
#klik iklan cik sue..:)

Alhamdulillah ank2 sy jarang sakit..org kata kesihatan ank pun kira rezeki jugak tau.ank klu sakit memang kita risau n kena pantau sentiasa.

Ayah rania sama la abah aiman afia ank sakit sikit dah kalut sgt..tu belum lg tokwan..batuk sikit nk soh bg ubat..adoii byk la ank kita telan dadah..padahal selsema batuk tu virus..boleh lega sendiri tanpa ubat

Rania kuat tau , sian umi awak, kak sue, moga rania sihat selalu Aamiin

betul tu...memang risau kalau anak2 demam, akak juga kurang suka berikan ubat hospital pada anak, kalau boleh cuba cara lain selain berikan ubat

Kesian bila tengok baby selesa dan batuk..tapi comel..hehe..

Masih jauh perjalanan si comel Rania tu Cik Sue....kalau dah namanya budak kecik, kalau tak sakit bukan budak kecik namanya.

Moga perjalanan Cik Sue membesarkan Rania, mudah tanpa ada ujian yg berat....insyaallah

kalau Lissa ada anak pun mesti rasa macam tu kan.. haha memang naluri ibu kuat dengan anak.. macam mama Lissa, Lissa demam tak bagi tau pun kena detect.. lepastu mula la pantang larang bila demam keluar dari mama Lissa. walaupun da besar tua ni, terasa macam budak kecil bila kena treat macam tu.. haha

anak kalau sakit mmg kita pun sakit dibuatnya... risau tak tentu pasal... tidur pun tak lena dibuatnya kan... saya pun jarang bagi anak ubat spital... kalau saya risau pun just bawa anak jumpa pakar, dapatkan nasihat ikut kondisi anak... ubat bawa balik tapi tak bg sangat pun... masih lagi cuba kaedah alternatif... jumpa doc just nak amik nasihat je.... heheh

bila anak tak sihat memang kita yang gelabah lebih sebab kesian tgk dorang kadang tak boleh bernyawa tu kan. sape jela yang tak kesian huuuu

alhamdulillah hakimi jarang sakit.. susah hati gak sakit ni..nak2 mak dia keje bahagian kesihatan lebih banyak terdedah

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF