Kuih Kacang Hijau/ Kuih Kasturi

kawin dengan pasangan lain negeri ni kekadang ada masalah juga. bukannya masalah apa pon, masalah panggilan nama makanan selalunya konfius.

contohnya kuih/ cucuq ni haaa..
saya panggil cucuq kacang.. cik abe pulak panggil kuih kasturi..
bahasa buku memang la panggil kuih kasturi kan.. 

tak kisahla.. kuih kacang hijau ka.. kuih kasturi ka.. yang pasti ianya kuih yang sama.. 

suka sangat makan cucuq kacang ni..
mak selalu buat.. lepas mak buat dan leperkan saya cuma jadi tukang tekap je.. 

itu dulu2 punya kesah. sekarang, kalau nak makan kena la buat sendiri. pantang ada stok kacang hijau mesti lelaju rendam & rebus. pastu dah dok la ralit uli adunan kacang ni. dah siap, boleh lah digoreng.. makan masa panas2.. dapnya ^_^

ini pon entah bila punya gambar pon tak pasti la. asal boleh aje, dijadikan entry. 

untuk intinya. memula rendam kacang hijau, kendian rebus dengan air. bila dah hampir kering masukkan gula + garam. gula akan cair dan inti kembali basah2, just kacau je sampai inti ni betul2 kering. adjust la ikut kemanisan yang disukai. lain orang lain citarasanya, kan ! 

hujung2 sebelum kering saya tambahkan sedikit kelapa parut dalam inti kacang hijau ni. kalau mak saya, suka tabur sikit tepung gandum. tapi saya tak suka. dah siap, sejukkan sekejap sebelum di dibulatkan.

tadaaa. siap sedia di bentukkan. ambil inti kacang hijau, kendian kepal2kan jadi bulat. macam bola pingpong tu. pastu letak atas pinggan/ dulang leperkan sikit. 

untuk adunan tepung atau batter just bancuh
 secawan tepung gandum, sesudu mentega, garam, secawan air & pewarna kuning sikit.
sebatikan dengan whisker.
bila siap bolehlah celup inti kacang hijau tadi & sedia digoreng.
hasilnya, ranggup di luar lembut di dalam.

Memang sedap. minum teh o panas sambil gigit cucuq kacang ni. memang layannnn sangattt ^_^

Previous
Next Post »
16 Komentar untuk "Kuih Kacang Hijau/ Kuih Kasturi "

Wah.. sedapnya..dah lama tak makan kuih ni.. sukala makan kalau masak sendiri, bolehla makan banyak2 ya ciksu..

ooo.. senang je buatnya ekk.. hihi.. selamaarini tau makan je.. hihi,,

Wahhhh sedapnyaaa cucuqqq niiii....i loikeee

Haha yup yup ain pun panggil cucuq kacang jugak . Huhu

hihihi memang pun. kira panggil cucur tu cucur bawang, cucur pisang tu je. kalau kat sini cucur tu kuih kan. dulu konfius jugak hihihi

**tak pegi lagi aman central. umatnya punya ramai. tak sanggup nak bersesak2 huuuu

saya panggil kuih kacang jugak

salam singgah dik
wahhh sedapnya coq kacang tu
sama lah dgn kaknoor pangge coq kacang gak
orang kedah tulin cuma dah tinggal kat kedah huhu
tapi masih lagi pangge coq kacang heee sedappp ooooo

kuih kasturi kita panggil..hehe sedapp!

Kuih pling x suka sbb dibuat dr kcng hijau.. Haha..
Tp bila lpar sngt blh mkn smpai 3ktul tnpa stop.. Haha

mak aih..petang-petang gini nampak kuih ni,lapar pula.dahla kuih ni jadi favret sejak kecil.nak buat sendiri,tunggu tahun depan baru siap.ahaha.

makan panas-panas.
krup krap krup krap :)

rajinnya ciksu buat, akak memang tak la, beli yang frozen je hahaha

oh... sedap!!! ni kuih fav saya... tp tak pernah buat sendiri sebab saya sorang jek suka mkn... hehehe saya panggil kuih kasturi...

laaa senang je buatnya hehe.. nti leh try. selama ni reti makan je muahahaha.

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF