Pil Urat Rokiah

sekadar ingin kongsikan pengalaman kami suami isteri, selepas cuba pil urat rokiah. niat dihati nak membantu kalau2 ada sesiapa yang mengalami masalah yang berkaitan.

pil urat rokiah sesuai untuk mereka2 yang ada masalah kebas2 kaki & tangan, sakit2 pinggan, sengal2 badan serta angin2 sesat dalam badan. angin2 sesat tu macam ni la, ada sesetengah orang tak boleh atau susah nak buang angin samaada melalui sendawa atau kentut. jadi.. angin ni terkumpul dalam badan & menyebabkan macam2 sakit mai.. pernah tak korang dalam sehari tak kentut ? macam pelik je, kan !!!! bila tak kentut perut rasa tak selesa, buat itu ini tak kena. pendek kata kehidupan seharian tak selesa dan tak tenang kot.

bila badan penat, letih dan tak bertenaga nak buat kerja apa pon macam tak bersemangat, kan. tapi alhamdulillah, bila makan pil urat rokiah, semua tu tak jadi masalah lagi. ece.. ce.. wah dah macam buat iklan pulak!!! hikhiks

PIL URAT ROKIAH

pil urat rokiah. setiap botol ada 20 biji.

PENGALAMAN SUAMI

suami dah lama ambil pil urat rokiah, katanya serasi. rasa badan bertenaga. al-maklumlah, sekarang ni, setiap kali habis waktu kerja suami akan bersukan sekejap sebelum balik. kiranya macam nak elak jem la.. ala, main takraw setiap petang, hari2 walaupon off day, suami tetap gigih ke tempat kerja untuk main takraw. bila ditanya, tak penat ke. katanya kawan ajak, okje. manakala sabtu ahad atau off day pergi joging.  

alhamdulillah, walaupon aktif bersukan suami tak mudah rasa penat atau letih. bila malam, tidur pon lena, bila bangun pagi tak ada rasa sakit2 badan. siap boleh buat senaman lagi pepagi. ini saya akui, sebab dah lama suami tak bangun pagi buat senaman macam dulu2. sejak makan pil urat rokiah ni, kemain bersemangat pula bangun buat senaman. memang dah lama ditinggalkan tabiat yang satu tu. kiranya, sekarang dah mula back to normal la. 

PENGALAMAN ISTERI
actually.. dah lama saya dipujuk oleh suami untuk try pil urat rokiah ni tapi.. saya tak berminat + tak nak campur adukkan pengambilan pil. nak2 pulak saya bf rania, so, banyak kali juga pikir sebelum nak cuba pil urat ni. apabila diberi peluang untuk cuba pil urat rokiah maka ini adalah pengalaman saya sendiri. ini apa yang saya rasa. maybe lain orang lain penerimaannya.

minggu lepas nak tak nak saya terpaksa juga makan pil urat rokiah sebab sakit gigi. memang tak leh nak tanggung dah. asal silap makan je mulalah rasa berdenyut2 je sakitnya.


kalau ikutkan pada tok yang suami beli pil urat rokiah, dia suruh buka  2 biji kapsul ambil isi dalamnya sahaja. kendian bancuh dengan air suam. minum.


pada malam kejadian.. yakni minggu lepas, suami buatkan untuk saya tapi hanya guna 1 kapsul sahaja. sebelum bagi pada saya, suami ada la baca doa sikit, and then bagi saya minum. alhamdulillah, sampai saat entri ini ditulis, gigi saya masih belum lagi sakit. walaupon setiap kali selepas makan. alhamdulillah. sakit gigi ni, kan bersangkut paut jugak dengan urat. bila makan pil urat rokiah, kira membantu kurangkan sakit tu.



lagi satu selepas makan pil urat rokiah ni, tidur pon lena. nyenyak sangat sampai rania minta nak menyusu pon, macam mamai2 je. hikhiks.



yang penting lepas makan terus buang angin. hahaha. tak dapat nak kontrol.



kapsulnya, suami tak buang tapi direndamnya dalam air. kata tok yang buat pil urat ni, kapsulnya dibuat daripada lemak ikan. jadi.. bila direndam dalam air memang larut. itu sebab bila makan pil urat ni kena minum air banyak.


oh ya.. just nak bagitau, selain kami suami isteri yang makan pil urat rokiah ni, mak sedara suami yang try dulu, untuk suaminya yang ada masalah kesihatan kendian berjangkit dengan suami, mak mertua, adik ipar dan abang ipar serta biras saya. pendek kata kaum kerabat suami dah try pil urat rokiah ni. hasil daripada makan pil urat rokiah, memasing dapat rasa perubahannya. semuanya berpuas hati apabila masalah yang dialami makin berkurang, badan bertenaga dan bertambah sihat. bila puas hati, memasing siap tambah order lagi. begitu juga kengkawan suami. ada yang berulang kali repeat order. alhamdulillah :) mereka kata sedap dan rasi dengan badan memasing.  

korang boleh beli pil urat rokiah ni untuk diri sendiri atau hadiahkan pada sedara mara, ibubapa atau adik-beradik yang ada masalah. 


berminat untuk cuba pil urat rokiah boleh whatsapp ke no telefon yang tertera di atas. sebarang pertanyaan atau urusan jual beli en. raziz akan layan sebaiknya. in shaa Allah. 

semoga pil urat rokiah dapat membantu mengurangkan masalah yang dihadapi. selebihnya kita berdoa pada Allah.

Previous
Next Post »
14 Komentar untuk "Pil Urat Rokiah "

Sejenis makjun ke ni CikSu
Baca testimoni yg CikSu bagi kakak pun teruja pulak.

bgs ubat nie kalau sakit gigi pun boleh hilang..nnt dh bersalin boleh la cube..hehe

Kiranya pil ni macam jamu lah jugak fungsinyer...baik untuk lemah2 urat saraf yer...bagus jugak ni...traditional..

wahh..nmpak menarik pil ni byk khasiatnya..tp mmg kena guna serbuk die tu ke..kalau makan sekali kapsul tu tkleh eh..hehehe..tkt serbuk2 ni terbyg2 mcm pahit *kes tk suka mkn ubat..agaggaa)

mau try untuk mama Lissa laa..
sebab mama Lissa selalu ngadu sakit2 badan.. hee
nice share, kak :D

elok jugak kalau bg kat ibu ni...mahal tak ye harganya kak?

Comel pulak nama pil ni...hikhik

wahhhh...bagus ni..tapi tu la, dh mcm2 jamu pil yg akak makan..kang terpening pulak..hahaha

maajun ye ni ciksue..habaq kt en suami beliau suka la.sy klu benda2 kena trlan ni tak suka.huhu

banyak kegunaanya rupanya! macam maajun kan

first time dengor ni
baguih juga khasiat dia ye

Ciksu.. Ubt ni yng adk kita ada mkn ye mlm msa dia jmput kita tu? Katanya suami ciksu ada bg 2biji.yng kelakarnya msa dia drive asik buang angin. Bkn kntut tau. Angin bdan. Dok bnyi2 mulutny . Haha. Pstu pg tu kmi smpai kul 5,dia trus masuk tdo. Dia bngun pg kul 7 lbih nk g kje kata bdan sdap je. X terasa ltih sngt! Alhamdulillah.. :)

rasa macam best je nih, sebab akak pun kadang2 rasa tak sihat, mengantuk dan letih je

teringin nak cuba. nanti nak try la jugak. mmg byk angin sesat dalam badan ni haaaa huuuuu

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF