Solid Food: Puri Epal

masa kenalkan puri epal untuk Rania, hari pertama umi buat separuh je. separuh pon tak separuh mana la. bagi rasa dulu. nampak gayanya Rania suka dengan puri epal. sedapp erk :)


untuk puri epal ni, ayah cuma beli sebiji je buah epal. sebiji RM2. boleh tahan besar buahnya. ranggup, manis dan sedap.

cara sediakan puri epal pon mudah..
basuh + kukus + kisar + tapis
hasilnya puri epal memang halus gebus. senang baby nak telan. 


nak makan puri epal pon kemain susah pulak nak dapatkannya. maklum la masa tu isu epal kan tengah panas. so, memang merata la masa tu ayah carikan epal semata-mata nak penuhi permintaan umi. akhirnya jumpa juga epal di kedai buah dekat sekolah dato keramat. dapat la buat puri epal sebanyak 4 cawan tu haa. cukup la kan :)

umi doakan semoga anak umiayah suka makan buah-buahan. ikut ayah. ayah, bagi la apa jenis buah, semuanya boleh makan. nak2 limau yang masam. ayah dengan selamba boleh relax je kunyah telan. kalau umi memang tak la kan. jamah sikit, kalau dah masam, memang terus tolak tepi. masam bagi umi, kalau makan sikit pon sampai boleh kerut dahi2 tu haaa. orang kata kalau makan masam2 jangan kerut dahi nanti cepat tua. hahaha. betul ke apa orang kata tu erk ? dah tu nak gambarkan yang buah tu masam sesangat nak buat camno. ke nak buat tak tau je.. biar orang lain dapat juga merasa kemasaman buah tu. hikhikhik. ini perangai ayah Rania la. dah tahu umi memang tak suka masam2 selalu je kenakan umi. boleh pulak bila makan limau masam, dia kata tak masam. sebab boleh kawal eksperesi muka tu. umi pon apa lagi. percayalah. makan la, kan. sekali haaaa, amek kaw. kaw-kaw punya masam.

sabaq je la. terima aja takdirnya ^_<

Previous
Next Post »
8 Komentar untuk "Solid Food: Puri Epal "

betul..sekejap tu epal ada isukan..

Hihi... kalau kakak terbalik abang yg tak tahan tapi selalu kakak kata tak masam. Sebab pada kakak memang tak masam cuma abang yg tak tahan masam sikit pun tak boleh..

Cantiklah tempat puri Rania tu.. Sekarang dah boleh makan epal blended tak payah nak berpuri lagi kan.

Rania senang nak terima kan..bagus nya..lagi pun memang Puri Epal ni nampak pun sedap lah sue...hehe..
ohh.. sue tak suka masam2 erk, klu akak plak peberet gak yg masam2 ni...:)

mesti sedap kan.. hehe nanti la try :D

Afia dulu pun suka puri epal..manis kan epal ni mana tak sedap..sy pun macam ciksue tak suka masam2

Bestnya cik Sue...mcm mcm dapat suap kat Rania. Dapat pulak mak rajin hihi....

Kenapa kena kukus dulu yer Cik Sue?

comel bekas isi puri tu...puri epal pun sedap

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF