Solid Food: Puri Pear

#entry trowback ye.. 

bertabahlah uols bila singgah ke sini. memanjang aje ada entry homemade solid food Rania. hakikatnya sekarang Rania dah berusia 14 bulan +.

dah boleh makan makanan keluarga pon. cuma masih elakkan penggunaan GARAM & GULA. sampai bila ? nanti la bila2 ada masa boleh sembang bab ni pulak. haishhh banyak sungguh bab yang nak disembangnya ye ! 

ini untuk catatan kenangan pemakanan anak bertuah kesayangan yang dinanti2kan, Rania.. itu yang share juga di sini.. ekekeke =)

oke berbalik pada tajuk entry.. 


hari ni kita buat puri pear pulak. walaupon cara penyediaannya sama aje macam buat puri epal seperti entry sebelum ni tapi umi Rania seorang yang gigih. harap maklum >_<

buah pear yang bersiap sedia untuk dipurikan. macam biasa just basuh + kupas kulit + potong + kukus + kisar + tapis + bekukan.


dalam entry lepas ada yang bertanya kenapa kukus. kukus sebab nak bagi buah tu lembut supaya mudah untuk dikisar. tak perlu ambil masa yang terlalu lama semasa kukus. agak2 buah dah lembut boleh lah tutup api. sejukkan sekejap pastu boleh lah dikisar. rujuk SINI

puri pear sangattt sedappp + manis. Rania suka. sampai sekarang rania suka makan buah pear. buah pear bila betul betul masak, memang lembut.


antara puri pear dengan puri lai Rania lagi suka puri pear. pear dan lai hampir sama. tapi berbeza dari segi rasanya. rasa puri lai agak masam sikit selepas dikukus dan dikisar. itu yang Rania kurang suka. berbanding dengan puri pear. sekejap je dah boleh habiskan.

nak bagi anak try buah-buahan apa silalah rujuk carta solid food untuk baby di SINI. supaya memudahkan kita untuk menyediakannya nanti. 

anak tak mo makan, jangan dipaksa oke. anak baru nak belajar terima.. jadi.. memang ambil masa.. paksa je masuk mulut omaknya. senang citer. ihiks :) 

Previous
Next Post »
10 Komentar untuk "Solid Food: Puri Pear "

Seronok tengok pelbagai puri untuk Rania ni sue.. rajin sue..
Alhamdulillah dapat bagi makan anak dgn makanan yg kita buat sendiri..memang puas hati..

ha ha ha, selalunya memang paksa masuk ke mulut omak...

hehe Lissa suka baca, macam -macam buah akak buat puree. boleh jadi sumber inspirasi idea Lissa bila saja mau tukar selera. hehe

Asalam macamana nak pasang tu widget komentar tu saya suka nak lah style ni..bagaimana caranya ya...

Semangat buat bila anak suka makan...

Mcm2 jenis buah bole buat pure ea hihu

Kalau nani suka puri mangga. Hahahah. Dah besor pun suka makan puri :p

Dulu tak sempat pun nak bagi luth puri pear. Anak kedua ni nanti insyaAllah boleh cuba.

biasa la ciksu..kita kena cuba bagi makanan apa pada anak dan tengok mana yg anak suka...

Selain epak n lai..puri pear ni selalu gak dulu sediakan untuk afia..nyum

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF