Tauhu Sumbat Kuah Cili

Tauhu Sumbat udah siap untuk dimakan. guna tauhu comel anggat nak buat segi tiga pon payah. pastu jenuh dok nyumbat bahan2nya.

Oh ya.. kenape tajuk entri saya hari ni Tauhu Sumbat Kuah Cili.. sebab selalunya kalau saya buat Tauhu Sumbat.. saya akan pekenakannya dengan Kuah Kacang sebab en. suami suka Kuah Kacang. kuah kacang pon jarang nak buat sendiri melainkan untuk makan hari raya, gigihla saya tampi kacang buang kulit. kebiasaannya, makan dengan kuah kacang balance beli sate. tauhu memang sedia ada. hikhikhik. 

Asyik kuah kacang je, kan !  sekali sekala nak juga try Kuah Cili pulak. pedas2 sikit baru terangkat, kan ! 

Tapi harap maklum le.. tauhu sumbat kuah cili ni gambar lama. sekarang memang dah jarang2 sekali masak menu berasaskan cili2 ni. ater, nak kongsi makan dengan Rania, kan. kang tersuap pedas2 pulak.. nak selamat uminya kena la pantang maka pedas2 sekejap. kalau nak juga pedas, hiris cili hijau, curah kicap manis. siap. 

Kalau uols pon nak ubah selera.. boleh je try Tauhu Sumbat Kuah Cili ni. sedapp tau :) pa pe pon siapkan kuah cili dulu.. sesambil tu boleh goreng dan celur baha sayurnya.

kuantiti macam biasa la terpulang pada uols ye. pepandai adjust ;)

Bahan untuk Kuah cili
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Air
Asam keping 
Gula sesedap rasa
Garam

Caranya:

Kisarkan cili kering dengan bawang merah.
Bancuh dengan air.
Bawang putih just ketuk-ketuk je kemudian campur sekali dengan bancuhan cili dan air tadi.
Masukkan asam keping secukupnya.
Masukkan gula dan garam sesedap rasa. 
Didihkan atas api sederhana. Biar kuah agak pekat. Amik masa yang agak lama ye.


  
Bahan untuk Tauhu Sumbat
Tauhu goreng hingga kekuningan.
Taugeh celur la sekejap.
Lobak merah sagat comey-comey ye pastu celur sekejap.. penyeri.. hihi
Timun just sagat tak payah celur oke


Dah siap Tauhu Sumbat Kuah Cili.. kuah cili ni sedap juga dicicah dengan cucur kembung manis tapi kuah cili ni kalau makan dengan nasi, dah tak terasa pedasnya. 

Selamat mencuba     

Previous
Next Post »
15 Komentar untuk "Tauhu Sumbat Kuah Cili"

Yes! ini salah satu yg selalu ada di dapur kakak
Tapi kakak carrot pun kakak tak celur macam timun makan mentah:)

Tauhu sumbat the best.... Kalau kat rumah kami xpotong camni, kami potong 9 pastu tabur sayur2an&kuah then mkn dgn nasi....;-)

Adeh sedapnye tauhu sumbat..makan ngan kuah kacang pun sodap jugak..;)

Singgah pagi...
sedapnya..dah lama jugak nieyl x buat nie...
thanks nnt nk buat laaaa.....

Wallalhhhhhhh sedappp niii oiiii...grrrrrr teringin la pulakkk

Sedapnya..buat Yanie jadi lapar..huhuh Simple je resepi, leh buat nanti.. tq :)


salam blogwalking: www.yanieyusuf.com

sedap nih, tp akak tak pernah buat sendiri pun hihi

Sedapnyaaa. Nani suka makan dengan kauh kacang :)

Lissa suka tauhu sumbat dengan kuah cili ! hehe

Kebanyakkannya kita belah utara ni makan tauhu sumbat dengan kuah kacang yer... tapi kena dengan kuah cili ni pun sedap juga...bunda yang mana2 pun layan...janji sedap...

Tetiba tgok tauhu sumbat ni teringin pulak.aduh..nanti nk kena buatlah..stok kacang pun ada lebihan buat kuah kacang raya haji tempohari..emm sedapnya ciksue

wah, sedapnya ni.. suka akk makan ni,tapi rasanya baru beberapa kali buat sendiri sebab kalau buat akak je suka makan, suami tak makan... akak suka kuah cili juga!

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF