TEKNIK PERCUSSION & RAWATAN STIM untuk bayi Selsema dan Batuk

setakat ni saya baru 2 kali gunapakai teknik percussion dan rawatan stim untuk Rania. tujuan teknik percussion dan rawatan stim dibuat ialah untuk membantu bayi/ anak yang kena selsema dan batuk berkahak. bila kita buat teknik percussion dan rawatan stim ni secara tak lansung ianya membantu bayi/ anak kita untuk membuang kahak yang terkumpul. 

kali pertama buat masa umur Rania 4 bulan. berani2 cuba je masa tu. kebetulan masa buat teknik percussion dan rawatan stim ni Rania memang serah diri bulat2. tak ada nak meronta ke apa. cuma menangis je la. 

kali kedua buat teknik percussion dan rawatan stim sewaktu usia Rania nak masuk 6 bulan. 

kisahnya.. bermula pada 11/2/2014, Rania dah mula nak selsema.. hidung dok sroot srett. bila malam nak tidur pon susah, asyik terjaga. sian je nengok. 
pada 12/2/2014 dah makin kurang.. pada 13/3/2014 alhamdulillah.. bebas terus dari selsema selepas 2 malam berturut2 tidur malam Rania terganggu. 

cepatkan sebab masa kali kedua tu, saya cepat2 bertindak. itu yang cepat. tapi kali ni agak mencabar sebab Rania dan pandai meronta2 minta tolong sambil menangis. bila menangis sendiri mau tau la, kan :) 

memang bertabah la umi tahan telinga.. buat jugak2.. memang kesian tapi lagi kesian nengok hidung anak yang dok srott sreett tu ..

ayah Rania kata dah macam dera anak pulak sebab Rania punya meraung boleh tahan gak.. pastu dok kata bising la apa la, itu la, ini la.. dan2 tu jugak saya yang nak jadi stress.. bila kita suruh si ayah yang buat, ada aje alasannya. mau tak mau umi jugak lah yang kena keraskan hati.. 

jadi.. marilah baca perkongsian hasil daripada pengalaman saya gunapakai teknik percussion dan rawatan stim ni.

caranya..

saya guna barang apa yang ada dalam rumah. rice cooker yang diisi air, letak bawang putih yang diketuk2, tutup dan biarkan sampai mendidih. 

sebelum tu saya letak kerusi, saya duduk sambil pegang Rania. 

kedudukan Rania atas riba saya dengan muka dan hidung menghala ke arah rice cooker. untuk bagi anak sedut wap panas yang keluar tu. memang berpeluh2 lah. 

sesambil tu tapak tangan kita bentukkan macam cuping telinga and then tepuk2 belakang sebelah kiri dan kanan bayi/ anak. JANGAN TEPUK DI TENGAH2 YE SEBAB ITU TULANG BELAKANG. jadi.. berhati2. tujuannya untuk melonggarkan kahak dan memudahkannya untuk keluar nanti. in shaa Allah. 

hasilnya.. 

memang on the sport nampak. hingus akan keluar meleleh2 kat hidung tu haaa.. pastu saya just guna penyedut hingus je untuk sedut. kagum sekejap nengok hasil dalam balang penyedut hingus tu. macam tak percaya pon ada.

selepas buat teknik percussion dan rawatan stim, cepat2 bagi upah. ok la nanti.. 


sebelum nak mula buat tu, berdoa dan berselawat lah dulu. minta pertolongan dari Allah semoga dipermudahkan semuanya. 


Previous
Next Post »
9 Komentar untuk "TEKNIK PERCUSSION & RAWATAN STIM untuk bayi Selsema dan Batuk"

Bagus..cara tradisional..bebas segala bahan bahan yang kurang elok untuk baby..

Dulu masa anak kakak baby kakak tak ada ilmu ini CikSu
Bila anak-anak dah besar baru ilmu ini kakak tahu.
Memang kalau tengok macam dera anak tapi hasilnya memuaskan..

tq share tips ciksu. mana tau kot nanti boleh try :D

Wah berguna entry ni...nini pon pernah terpk mcm mana la kalo baby terdumbat idom....kite pon seksa apetah lagi mereka

Seumur hidup okje tak pernah buat cik Sue hihi....maklum le rajin nau haha....

Untung Rania tau dpt mak yg rajin. Rasanya Rania ni besar dan sihat dengan petua ni.

memang berguna buat stim percussion ni.. galakkan lendir n kahak keluar! selagi kita boleh buat sendiri kita buat..

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF