Bijirin: Cous-Cous Untuk Bayi

Hari ni, umi nak trowback menu masa baby hari tu, asal nak suap je, rania yang nganga. sekarang dah terbalik. rania pulak yang dok kalut nak suap umiayah makan. setiap kali nak suap umiayah, kemain lagi mulut tu "aammmmmmm.. aaaammmmm.." rasa macam baby umi ni dah besar sangat. erk ! sekarang pon baby juga cuma baby besar. hikhiks. rindunya bau baby.

Lagi satu, bertabahlah melayan rania sekarang ni, pantang nampak kita mengunyah, comfirm "nak.. nak..nak.." paling tak tahan, siap suruh umi nganga lagi, nak tengok apa yang umi makan tu. ekekeke. adoi la ×_× sebab tu sekarang, kalau nak makan pa pe yang rania tak boleh makan lagi, kena sorok2. kalau tak memang ada drama la. kesian memang la kesian, tapi sabar ye sayang. sikit lagi, umi bagi je apa yang rania nak makan tu.  

Jadi.. hari ni umi nak sembang pasai cous-cous pulak. Ok, masuk jer umur rania 9m+ umi try intro cous-cous ni. cous-cous dibuat daripada gandum. kalau sekali pandang macam sagu pon ada. sebab bila kita rebus/ rendam air panas, dia akan mengembang. 

Untuk permulaan umi masak cous2 nie guna resepi yang simple2 je dulu. supaya rania boleh terima cous-cous seadanya. hikhiks.  

Sebelum umi share resepi cous-cous yang simple2, meh kita baca khasiat cous cous ni..

  • cous cous adalah salah satu makanan ruji dan tradisional orang2 negara maghribi. Makanan cous cous nie dijadikan sebagai makanan malam penduduk2 maghribi.
  • Cous cous adalah antara produk berasaskan bijirin sihat. Ia mempunyai beban glisemik per gram 25% di bawah pasta. Ia mempunyai profil vitamin unggul pasta, mengandungi dua kali ganda riboflavin, niasin, vitamin B6 dan folat, kalsium, fosforus, selenium dan mengandungi empat kali sebagai banyak thiamine dan asid Pantothenic dan pelbagai zat lagi.
  • Dari segi protein pula, leanne mempunyai 3.6g bagi setiap 100 kalori bersamaan dengan pasta, dan juga di atas 2.6g bagi setiap 100 kalori nasi putih. Tambahan pula, leanne mengandungi 1% lemak nisbah kalori, berbanding 3% bagi beras putih, 5% untuk pasta, dan 11.3% bagi beras pilaf.
  • Dengan ini ia dapat menguatkan tulang, otot dan sistem imun serta melancarkan peredaran darah.

antara resepi cous-cous yang dah dibuat untuk rania dan berjaya dimakan walaupon tak habis kekadang tu T_T

cara penyediaan cous cous ni..walaupon mudah tapi selalunya, saya basuh sekali lalu dengan air, kendian rebus sampai kembang, tapiskan. bila nak makan just masukkan dalam bekas bersama buah yang diinginkan, dressing dengan olive oil. letak yogurt. siap ×_×

nak masak ala bubur pon boleh serta boleh guna buah/ sayur yang direbus juga. paling best cous-cous sangat sesuai untuk travelling sebab boleh direndam dalam air panas. untuk travelling boleh guna buah2an yang boleh dilenyek2 gituu je. lagi mudah. 

jadi cara memasak cous-cous terpulang pada ibu2. ikut kesesuaian masa dan selera anak memasing. just try and error.

untuk resepi ni, pastikan anak2 dah pass dengan dairy products ye sebab yogurt salah satu dairy products. alhamdulillah, rania dah pass. bila makan yogurt, poo poo ok. 

Cous-Cous Avokado + Yogurt


Cous Cous Pisang + Kiwi Yogurt



cous-cous with sweetcorn
rebus cous-cous sampai kembang
masukkan jagung yang siap dikukus.
bila nak makan just campur dengan susu ibu.
menu ni intro masa rania 12m+, cukup suka sebab ada jagung, rania memang suka makan jagung.

selain menu di atas, ada juga buatkan untuk rania Cous Cous Betik & Labu Beryogurt.

bagi umi, sedap juga cous-cous bila dimakan bersama buah2an tu, tapi bila dicampur dengan yogurt ada rasa masam2 manis sikit. itu yang rania macam nak tak nak je bila makan. so, kena pepandai adjust kuantiti buah dan yogurt bila nak bagi pada anak.

Previous
Next Post »
8 Komentar untuk "Bijirin: Cous-Cous Untuk Bayi "

Makin besar dah rania ye.. Blh dah umi tambah adik tu.. Hihi

rania comel dah pandai ye sekrang ! heheh .. comel nyee, kalau tgk dpen 2 pandai bdk rania ni

Cous-cous yang ini pun tak pernah try. ummi pun tak pernah mkn huuuuu. nanti tgu adik uwais la nak try and error pulak. uwais xmkn benda lembik2 huuu

kuskus ni aida tgk byk dlm masterchef.
ia mcm nasi kan?
tak pernah plak aida masak nyer, ciksu.

untung rania umi pandai pelbagaikan menu..hari2 makan makanan fresh air tangan umi

cous2 ramai ibu2 guna utk homemade baby sbb memudahkan leh bawa ke mana2

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF