Buruh Puyuh segar dah sampai

Amboiiiiii ! amboii ! kemain burung puyuh segar ni kan. agaknya baru sampai dari mana tu. hikhiks.

 actually, dah lama suami dok mencari burung puyuh segar ni. cari yang belum dimasak. kalau nak yang dah dimasak boleh beli di pasar malam jalan tar, ada dijual di sana. 

tup2 hari tu ada tengok tv1, kebetulan pasai burung puyuh segar ni la. gara2 puyuh segar ni jugak la, makin gigih suami dok mencari. sudahnya tak jumpa pon. tiada dijual dimana2 pasaraya samaada di tesco, aeon big atau jj.

nak dijadikan cerita, suami dok cerita dengan kawan dia pasai burung puyuh segar di tv1 tu, sekali kawan suami cakap, dekat je dengan rumah dia di negeri sembilan nun haa.. alahai..

suami pon order la dengan kawannya tu. makan minggu juga kot nak dapat burung puyuh segar ni. berkali-kali member suami pergi nak beli pasti habis. tak ada rezeki. 

minggu lepas, member suami sembelih ayam selasih + itik bagi dekat suami sebagai ganti tak dapat nak belikan burung puyuh segar tu. dapat la rasa sorang sikit. 

tup2 kemarin, member suami call, kata dia dah belikan 2 peket burung puyuh segar dan disimpan di esbok office. 

pagi tadi, suami dah pergi ambil. alhamdulillah. akhirnya, sampai jugak burung puyuh segar ni ke rumah kami. hikhiks. lama sungguh nak dapat makan kamu, kan !


burung puyuh segar, ada 3 jenis packaging. kami dapat yang sepeket 1.3 kilo, ada 10 ekor setiap peket. boleh makan sampai puas ^_^

kami suka makan burung puyuh. selalunya goreng berempah atau panggang je. sedap diratah. panggang atas bara api, lagi sedap..

nak masak apa erk burung puyuh ni selain daripada goreng berempah dan panggang ?? 

Previous
Next Post »
10 Komentar untuk "Buruh Puyuh segar dah sampai "

Mak mertua rajin msak puyuh sambal.. Dapnya puyuh.. Suka suka.. Kt tf ni ada je.. Rm11.++ jgk la rsanya..

try buat rendang ciksu. kira pun suka makan burung puyuh ni. tetiba teringin telur puyuh pulak ehhhh hahahahaa

gigih suruh papa bela burung puyuh dgn harapan nanti dapat la makan puyuh bela sendiri tatau la tgk hidup sampai ke besar tak nanti tu.

kalau dekat mydin pun ada puyuh ciksu cuma mungkin tak segar la sgt kan

TAK PERNAH MASAK BURUNG PUYUH...HEHEHE

aida suka jugak.
aida buat goreng berempah.
goreng kunyit.
and masak berlada.
anak2 dara suka ratah aje, ciksu.
kebetulan member ada keje pertanian melaka.
hmmm dpt yg fresh la :)

tak pernah beli yg segar cmna belum dimasak..klu yg dh siap masak tu selalu juga en suami beli..aiman pun pndai makan tau ciksue

Lama tak makan...
Mahal tak Cik Sue. sure mahei tu kan....kalai beli sekor kat kedai tomyam cecah Rm8 henggit jugak sekor tu

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF