IKEA Cheras

tengah hari tadi, sempat juga ke Ikea Cheras. separuh jalan berbaris sepanjang jalan, cik suami dah ajak balik sebab sesak. saya okje. pergi pon tak apa, tak pergi pon tak apa. tapi dah alang2 dok beratur, teruskan aje lah. 

sudahnya, bila dapat masuk ke parking area, tak ada la sesak mana, parking pon mudah je dapat, tak payah lelama pusing cari. punca sesak sebab jalan di luar menghala ke arah Ikea. itu je... adeiiii. 

macam biasa, kedatangan kami ke Ikea  Cheras hanya nak melawat kawasan. hikhiks. perghhh.. memang ramai la umat manusia. kebetulan weekend, kan ! memang bersesak la.

 sebelum naik lift, ada amoi datang bagi benda alah tu sorang satu, buat kami bertiga.  

Ikea Cheras ni memang besar rasanya. bila tengok food court pon dah tahu betapa luas dan selesanya. memang penuh. 

memula ada juga ambil 2,3 barang, pastu suami macam tak sanggup je nak tempuh umat manusia masa bayar nanti. risau kena berbaris di kaunter bayaran lelama pulak.  katanya, nanti kita datang pada hari biasa. tak la sesak sangat, kan ! 

jom la, nak belanja tengok beberapa keping gambar tak seberapa nak best yang sempat di snap.

cantik nengok set dapur masak comel ni. harga pon cantik.

ruang pameran pon dah tak teurus. habis berselerak. semua pakat dok try duduk. ekekeke. sofa kira ok lagi kot. kalau katil, lagi haru biru. 

sesaja mencari barang nak deko2 bilik rania. 

hijau dan biru

suka tengok laman ni. sejuk je mata memandang. duduk rumah ada laman, memang seronok hias taman mini, kan ! macam2 ada.

tapi bila sampai bahagian perkakasan dapur, memang tak tahan la nengok rege pinggan tu. murah sangat. dua hengget sembilan ploh sen je kot. terus cakap dengan suami nak beli sebagai ganti jug kaca yang pecah hari tu. hikhiks. itupon suami tak nak beli. adeiii. katanya tak sanggup nak beratur. dengan semangat nak juga2 pinggan tu, maka offer diri sendiri nak beratur. sanggup kot. hahaha. 

sekali bila sampai di kaunter bayaran, tak ada la umat manusia berbaris panjang. lega. apa pon, puji la bahagian cashier sebab pantas dan cekap.

on the way balik, kami saje riki jalan lain selain guna jalan tun razak. tak sanggup rasanya nak lalu jalan tun razak menghala ke bulatan kampung pandan tu, sesaknya kemain lagi. maybe baru2 buka, so, semua orang tumpu guna jalan tu je.

lepas ni, kalau nak ke Ikea Cheras, kami boleh guna jalan belakang je. lagi senang dan cepat. akan lalu ikut Ampang, and then terus ke Taman Maluri. sekejapan dah boleh sampai ke Ikea Cheras. hikhiks. tak payah nak berbaris panjang di bulatan kampung pandan tu. 

Selamat tinggal Ikea Damansara +_+

Previous
Next Post »
10 Komentar untuk "IKEA Cheras "

teringinnya nk jejak ikea... hehe

Lame gile tk gi ikea..hihi..hrp.dh ada kat cheras ni..tkdelah dah.org tumpu kat satu tpt jek kan..klu tak ikea damansara tu sokmo.penuh org..kekeke

salam kak sue! comel nye dapur tu hehehe :)berkenan jugak

bestkan ciksu..
luas..tapi nak jalan pergh!!! penat..

isma pergi 4 hari berturut2, sekarang ni jadi personal shopper Ikea dan memang akan ulang alik Ikea Cheras ni..alala..kalau tahu mesti boleh jumpa ciksu dan rania..

nanti nak ke Ikea Cheras bgtau la ye..
esok insyaAllah kami pergi lagi nak beli barang cutomer..hihi

bila bersesak2 mmg xtahan la.. xkusa makk nak p!!

tapi kalau ikea damansara tahu dah jalan.. senang kot

Nasibbaik trg tadek ikea...kaloo daakkk...habislahhhh

wahhhhhh besar lagi ek? hurm hurm ada jugak cakap kat suami aritu tapi katanya kalau kami dari alor setar ni nak ke cheras tu lagi jauh dari damansara. makan ke ikea damansara jela kami nanti tu huuuu

sukalah akak tengok barangan untuk bilik kanak2 tu...

aduhhh yg damansara pun tak pernah jejak lg inikan pulak yg cheras muahahahaha.. mmg tak kenalah lah dek somi tu

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF