Jus Avokado & Khasiat Makan Buah Avokado


Jus avokado atau jus alpukat sangat222 sedap diminum. i like222.
mai la ciksu belanja uols bahan bahan untuk buat jus avokado yang sedap, pekat, likat dan melekat ni..

cara buat jus avokado/ jus alpukat 

buah avokado yang masak ranum
susu segar
ais batu
susu pekat manis/ gula
Coklat Hershey's

Satukan ais batu + isi avokado dalam blender
letak susu segar + susu pekat
blend sampai hancur
Tuang dalam gelas yang telah dituang coklat Hershey's di sekelilingnya..

* pepandai la adjust ikut anak tekak memasing, oke *_^

Baru baru ni dok le teringin nak minum jus avokado sebab dah lama sangat tak minum. kebetulan pulak stok buah avokado rania ada. so, apalagi umi pinjam la sebiji dua. hihihi. nanti umi belikan yang baru ye ^0^

Kebetulan pulak dah setahun lebih berpantang ais selepas bersalinkan rania. haaaa, lama, kan ! bab pantang boleh je ikut. ape adehal. untuk badan sendiri. lagi satu sampai sekarang dok teringin nak jamah eskerim + laksa. tahan je. ekekeke.

itupon tak letak ais batu banyak. cukup cukup nak sebatikan kesemua bahan bahan untuk sedapkan jus avokado je. sekadar nak sejukkan.


Alang alang belanja uols minum jus avokado, meh la nak selit sikit khasiat makan buah avokado.


10 Khasiat Dan Kelebihan Memakan Buah Avokado

1) Mengawal tekanan darah

Avokado merupakan sumber besar kalium , yang membantu dalam mengawal paras tekanan darah.

2) Menggalakkan kesihatan mata

Avokado adalah sumber lutein karotenoid yang sangat baik, dimana ianya adalah untuk membantu melindungi mata daripada daripada katarak.

3) Melindungi daripada kanser

Banyak kajian telah menunjukkan bahawa avokado boleh menghalang pertumbuhan kanser prostat dan juga berkesan dalam mencegah kanser payudara.


4) Menyembuhkan nafas berbau


Avokado adalah salah satu pencuci mulut yang terbaik secara semula jadi dan bertindak untuk melawan daripada nafas berbau. Ini kerana ia membersihkan usus yang merupakan punca sebenar nafas berbau.


5) Ciri-ciri anti -penuaan


Avokado kaya dengan antioksida dan bermanfaat dalam mencegah gejala penuaan. Ia juga membantu meningkatkan sistem imun , melambatkan proses penuaan, dan menggalakkan sistem saraf yang sihat.

6) Penjagaan Kulit

Minyak avokado ditambah dalam bahan pembuatan kosmetik kerana keupayaannya untuk menyuburkan kulit dan membuat kulit anda bercahaya. Ia juga membantu dalam merawat penyakit kulit yang menyebabkan kemerahan kulit.

7) Berat badan

Avokado mempunyai 200 kalori bagi setiap 100 gram. Biasanya , buah-buahan mempunyai kira-kira 60-80 kalori bagi 100 gram. Oleh kerana jumlah yang tinggi kalori, avokado adalah makanan yang terbaik bagi orang-orang yang ingin menambahkan berat badan. Avokado adalah sumber kalori yang sihat , tidak seperti lain-lain makanan kalori yang mungkin mengandungi lemak tepu yang berlebihan dan gula yang berlebihan.

8) Mengekalkan kesihatan jantung


Avokado mengandungi vitamin B6 dan asid folik , yang membantu mengawal tahap homocysteine ​​. Tahap homocysteine ​​dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. Avokado juga mengandungi vitamin E, glutation, dan lemak monotaktepu, yang membantu dalam mengekalkan jantung yang sihat.


9) Vitamin E Powerhouse

Avokado adalah buah yang terbaik sumber vitamin E, vitamin yang penting yang melindungi daripada banyak penyakit dan membantu mengekalkan kesihatan keseluruhan.

10) Mengandungi banyak vitamin

Mengandungi vitamin A, B (termasuk B6, niacin dan riboflavin) C dan E serta kandungan galian seperti kuprum, magnesium, potasium dan zink, selain tidak mengandungi kolesterol dan sodium.

Previous
Next Post »
15 Komentar untuk "Jus Avokado & Khasiat Makan Buah Avokado"

Wah bagus ni amalkan..terima kasih sharing...ranis ooo rania buat apa tu...

Kalau kakak masa minum tu bukan sebab nak khasiat Ciksu dia tapi sebab suka rasa dia:)

kuatnya cim sue tahan laksa... macam adik sya, pantang laksa 2 tahun..pdahal penggila laksa tu.. kalau sya, memang tak tahan. habis pantang 45 hari tu terus rasa sikit...hahaha..

ooo banyaknya khasiat avokado ni rupanya...

Cik Sue.....cik Sue ni kan suka tayang avocado tau....dahlah okje teringin benda ni dari hari tu. Dahlah nak beli macam kena pikir 10x haha....

Pergh....mmg menggiurkan lah cik Sue jus avocado tu....siap ada coklat coklat kat tepi tu...

Masa gi Bandung dulu..hari2 order air ni Cik Sue.....ni cik sue dah bagi resepi..bolehlah buat sendiri.hihihihi

Wahhh..nmpak sedap sgt tu..lehla akak pon try lenkali..hihi..

fulamak ciksue jus avakado tu..kami paling havoc pun jus pisang coklat ja kot.hehe

mashaAllah kaya vitamin avokado nih.. pahit x ciksue buah dya.. husna tak pnah makan..

Bañyak khasiat avocado ni kan, akak penah minum sekali je jus alpukat ni

terus terang aida x pernah makan avocado.
apatah beli :) hi hi hi
kampung la aida ni kan, ciksu?
tapi ramai yg share kebaikannya.
jadikan milkshake gitu...

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF