Kek Coklat Moist untuk 8th anniversary


takleh nak cerita panjang, banyak benda nak kena buat, just nak update kek coklat moist yang saya siapkan sempena 8th anniversary hari tu. alhamdulillah, 8 tahun sudah hidup bersama. doa saya, semoga kami terus serasi bersama dalam mendidik permata hati amanah daripada Allah s.w.t. ini .. aamiin 

anniversary yang ke 8 tak ke mana2 pon. duduk rumah, makan2 sampai kenyang. hujan pulak kat luar, memang bermalas-malasan je la di rumah. kenyang makan tengah hari dengan burung puyuh goreng, kita makan kek coklat moist dengan koktel kastad pulak. sesi menternak lemak. kebetulan mak kedah nak datang.

tahun ni kek anniversary tak ada tema. asalkan ada sudah. yang penting ada strawberi dan coklat ganache. coklat ganache dengan kek coklat moist mana boleh dipisahkan. ibarat aur dengan tebing, kan ! hikhiks ;)

Kemudian bahagian luar dicurahkan coklat ganache. sebelum curah coklat ganache lepa dengan buttercream dulu. tapi tak berapa nak tebal sangat.. boleh, lah. suke2 hati deko. sendiri mau makan. lagipon just letak strawberi. nak balancekan manis coklat dengan masam manis strawberi tu.



menu untuk rania pon ada juga.. rania umi bagi strawberi + smoothies aje ^_^


just satukan banana + strawberry + madu + natural yogurt + air = blend

rania tak berapa suka smoothies tu. sudahnya, umi yang habiskan.. 2,3 kali je sedut pastu, takmo dah. 


tapi buah strawberry laju je rania makan. tengok lah !!! kemain makan sensorang.. 


TQ abang.. sudi belikan strawberi di Giant sebagai gantinya. inilah tujuan utama nak ke Genting Strawberi, Leisure Farm, nak borong strawberi sebab nak buat kek coklat moist, smoothie dan jem strawberi untuk rania. tapi apakan daya........


Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Kek Coklat Moist untuk 8th anniversary "

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF