Lempeng Pisang

Buat lempeng pisang versi baby 
paling mudah dan cepat siap.. yang penting rania suka makan.. 

just campurkan tepung atta + pisang + air secukupnya.. dah boleh siap untuk 1 adunan lempeng pisang.. manis2 pisang.. sedapppp :) kalau nak letak telur pon boleh.. masa buat lempeng pisang ni saya belum kenalkan lagi telur untuk rania.. so, memang tak letak telur.. sekarang bila buat memang letak telur.. lagi lembut dan sedap dimakan.  

saya buat ikut sudu tu je.. dapat la lempeng pisang sebesar macam gambar di bawah.. mudah untuk rania ambil dan makan.. tecit2 comel je lempeng pisang  tu (",)


actually kalau guna pemanggang ajaib tak letak minyak pon okje.. memang tak akan melekat lempeng pisang tu nanti.. kata ajaib, kan !! sekali buat dapat la banyak ni untuk sebiji pisang.. bergantung juga la besar mana pisang yang digunakan.. pepandai la adjust.. 

5 keping ni bukannya rania yang habiskan.. rania makan dalam 2 keping gituu je.. selebihnya umi yang mamam.. sharing is caring, kan :) 


Rania yang suka makan lempeng pisang.. sampai pejam2 mata la menikmati keenakkan lempeng pisang tu.. hikhikhik 


sedap sehingga menjilat ibu jari.. gituu :) 


semoga anak umiayah sentiasa membesar dengan sihat dan bertenaga.. menjadi anak yang solehah, lembut hati, rajin solat, taat perintah Allah, dengar cakap umiayah serta berjaya di dunia serta di akhirat.. aamiin :-)

ppssttt: pic 23 jun, 2015 ( 10m+)


Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Lempeng Pisang"

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF