Resepi Sambal Goreng Jawa sedappp

saya bukan orang jawa tapi saya suka la jugak makan sambal goreng jawa ni. kalau tak makan dengan nasi, saya ratah je. pon sedap. selalunya sambal goreng jawa ni dimakan dengan nasi ambeng. dulu masa duduk Masai, Jb selalu la makan, beli di pasar malam. dalam nasi ambeng macam2 ada antaranya sambal goreng jawa, serunding kelapa, ayam masak kicap dan mee goreng.

lagi satu, masa kenduri saya dengan suami dulu, sewaktu kenduri sambut menantu sebelah lelaki di kuala kangsar, menu untuk tetamu, family in law ada sediakan sambal goreng jawa ni haaa. tapi waktu tu saya tak jamah pon. entah tak ingat la pulak. kali kedua makan masa my mil masak. my mil masak suka letak sayur mayur dan bahan protein lain. baru sedap meratah nanti.

hampir 8 tahun nikah ni, baru sekali saya pernah masak sambal goreng jawa. itupon kebetulan sebab suami ada dapat perut sewaktu gotong royong lapah lembu masa hari raya korban. suami yang suruh buatkan sambal goreng jawa ni haa. apalagi, terus call minta resepi daripada my mil. selepas tu memang tak pernah masak sambal goreng jawa. salah satu sebabnya banyak bahan yang nak digunakan.

oh ya, family in law bukan orang jawa ye. hikhiks. tapi dikelilingi jiran tetangga yang terdiri daripada orang jawa. masa raya haji baru2 ni pon, ada rumah kenduri yang kami pergi, ada sediakan juadah sambal goreng jawa dengan nasi ambeng. memang lain daripada yang lain.  

tetiba baru2 ni teringin la pulak nak makan sambal goreng jawa. kali ni tanya kakcik goggle je. so, terjumpa blog cikmatahariku. resepinya agak simple dan bahan2 memang sedia ada di rumah. so, terus aje buat.

serius cakap memang sedap. dapat rasa betapa sedapnya sambal goreng jawa tu, walaupon tanpa dimakan dengan nasi ambeng. suami siap cakap nanti buat lain ye, letak perut pulak. amboi ! amboi ! :) maklum la, my mil kalau masak sambal goreng jawa memang suka letak perut. hukhukhuk. tapi saya tak berapa suka makan perut.. 

sambal goreng jawa


tengah2 masak tetiba rania nak susu, saya just kecilkan api. pastu acaner la boleh terlupa. hikhiks. bila teringat cepat2 bangun. akibatnya rentung la sikit bahagian bawahnya sebab tak dikacau, terus berdezup tukar kuali lain. ambil yang atas2 je. kang kalau terus dikacau, rasa pahit pulak, kan !

meh tengok bahan2 untuk sediakan Sambal Goreng Jawa sedap ni.

Bahan2 Dihiris & dipotong Sambal Goreng Jawa :

Kentang (hiris sederhana tebal & kecil )
Tauhu (potong segitiga)
Tempe (dihiris nipis & kecil )
Fucuk (digunting bentuk segitiga & rendam )
Soo Hoon (digunting & direndam )
Ikan Bilis (digoreng)
Bawang Besar (dihiris )

Bahan2 kisar Sambal Goreng Jawa :

Bawang merah
Bawang Putih
Ikan Bilis setengah cawan (direndam)
Cili kering
Serai
Lengkuas

Bahan2 perasa untuk Sambal Goreng Jawa :

Kicap lemak manis
Santan pekat
Air asam jawa
Garam dan gula sesedap rasa

Cara Memasak Sambal Goreng Jawa:

1. Goreng kentang, tempe, tauhu dan ikan bilis.
2. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang dikisar serta bawang besar yang di hiris.
3. Masukkan bahan2 yang digoreng tadi sedikit demi sedikit. kacau lagi.
4. bila sebati masukkan fucuk dan soo hoon.
5. perasakan dengan kicap, asam jawa dan diikuti santan pekat. Letakkan garam, gula sebagai perasa. rasa ikut selera memasing.
6. Kacau lagi sehingga kering dan puas hati. siap.

kalau nak resepi lebih details boleh singgah blog cikmatahariku.

Previous
Next Post »
17 Komentar untuk "Resepi Sambal Goreng Jawa sedappp"

Sellau makan ..tapi tak pernah masak hihihi

Bab sambal goreng jawa ni kalau di Johor walau bukan bangsa Jawa memang boleh ada di dapur masing-masing - especially hari raya. Versi juga bermacam-macam. Ada yg letak kicap ada yg tak letak kicap. Ada yg letak kacang/carrot/sayuran ada juga yg tak letak. Cuma main dia mestilah tahu, tempe, suuhoon, fucuk (ini mesti ada).


tak pernah try lagi.. heehe nanti lissa cuba :D

kak, saya 3 tahun duduk Johor kat Pasir Gudang sana tapi banyak makanan Johor tak merasa macam nasi ambeng, kacang pool. Sekarang menyesal TT___TT

saya suka makan sambal jawa ni dengan roti..ehhehe..

mmg sedap ni. rajin masak.
ciksu sihat?
rania dah pandai apa?

sedappp...akak pun suka tapi tak pernah masak sendiri, ada resepi ciksu nih boleh la cub ananti

Dulu dulu masa okje kecik pun mak selalu buat sambal ni....sedap! Tp tulah anaknya malas nak buat haha....

Yelah....buh organ dalaman tambahlah meletop sambal goreng ni

Nyum nyum sedap... masak tak pandai. Tapi Ros selalu gak makan . Hihi

faverite jijah! sbb suami org jawa mmg selalu hidangkan sambal goreng jawa ni

Aida x pernah buat ni.
pernah makan aje...
sedap... makan dgn nasi panas :-)

ohhhh sambal ni memang sedap. tapi memang akui sgt masakan jawa walau pedas menjerit sikit tetap sedappppp yakmat

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF