Berkat Madinah, Ampang


Berkat Madinah dari jauh

setelah sekian lama duduk di kl, baru bulan lepas, saya tahu akan kewujudan kedai Berkat Madinah ni tau. hu hu hu. padahal dekat je dengan laluan nak ke Tesco Ampang tu.

tahu ni pon kebetulan tersembang dengan kawan ciksuami. tertanya dia kot2 tahu kedai arab yang jual habbatus sauda. kebetulan stok habbatus sauda rania habis. merata cari tak jumpa. sebelum ni beli di Aeon Big Wangsa Maju, tapi selepas direnovate, tak jumpa pulak kedai yang beli tahun lepas :'(

sekali dia bagitau dan tunjukkan pada ciksuami kedai yang selalu dia pergi. alhamdulillah, rezeki2. padahal dia baru je duduk area ampang. sekarang dah pindah ke terengganu.

 sejak2 dah tahu, boleh dikatakan selalu jugak kami ke Berkat Madinah untuk membeli rotinya yang lembut lagi sedap dimakan. dah la murah2, memang berbaloi2 la kalau beli banyak2. roti tu sebelum dimakan golek2 kejap dalam pemanggang ajaib. baru terasa. nak2 bila dicicah dengan kari ikan/ ayam/ kambing. sedap hingga menjilat jari. hikhiks.

Berkat Madinah menjual pelbagai jenis roti arab, kurma, kekacang, buah zaitun, minyak zaitun, keju, yogurt, madu dan lain2 lagi.

meh la layan gambar2 yang ada...


Berkat Madinah dari dekat 
gula-gula yang selalu dibawa balik oleh jemaah haji buat saudara mara pon ada dijual
pelbagai jenis kurma, buah tin, aprikot dan kismis

pelbagai jenis kekacang ada. boleh pilih mana yang berkenan dihati. 

macam-macam ada
rak atas tu koleksi rempah nasi kabsah chef ammar
sebelah kiri buah zuriat/ adam hawa
sebelah kanan kek badam & baklava
selain daripada rempah nasi kabsah chef ammar, rempah & beras nasi mandy pon ada juga. 

jus delima asli. sebotol seploh hengget. masam2 gituu. original tau. diperah di situ juga, siap bagi rasa lagi.

bahagian luar ada jual kebab
pilih mana satu pilihan hati
bayar
dapat resit bagi pada tukang buat kebab. baru dorang buatkan. kalau uols tak bagi, memang sampai sudah la kebab uols tak siap2. ekeke.
sesambil tu boleh la tengok kebab dibuat
bagi saya kebabnya pon sedap ! 

ada baklava, kek badam, kek buah
pilih yang mana berkenan dihati

saje try baklava. manissssss yak mat. boleh pitam >_<
nak2 yang ada kacang pistachio tu. gigil2 tahan manisnya tau. 2,3 kali gigit baru boleh habiskan.  tapi sedap la. ranggup je. macam makan popia manis pon ye gak. 

Sape2 nk pergi kedai Berkat Madinah nie boleh la pergi sebab barang2 dia pun murah2 juga. bagi kami memang sangat berpuas hati, ramai juga orang melayu yang membeli barang keperluan dekat sini. selebihnya, geng tok arab yang tinggal di kawasan sekitar, sampai habis la roti2 arab tu dorang borong :')

Alamat Berkat Madinah

Berkat Madinah
17-L1,Jalan Ampang Putra 6,
Taman Putra Suliman,
68000 Ampang, Malaysia

Previous
Next Post »
12 Komentar untuk "Berkat Madinah, Ampang"

Wahh.. baru tahu! thank you for the info :)

salam kak patut macam pernah denagar pernah masuk tv rasanya

wahh nak pegi la sebab dekat dgn rumah

besar kdai tu..tp jauh lah pulak dr umah..huhu

wahhh.. bestnyaa kedai tuu.. macam-macam ada :D

best nyer...akak punyer kurama pun dah nak habis..

Meriahnya ciksu dlm kedai tu.. Seronok mata melilau cari brng. Hihihi..

untunglah ciksue boleh selalu kekedai arab yg jual segala keperluan brg dr arav..geram je tgok jus delima tu..pastu kekacang semua..roti plak..nujuq ja jauh..klu dekat dh ajak en suami p.hehe

wowwwww menariknya barang2 dalam kedai. kalau pegi belah sana nak ajak suami singgah situ jugak la

menarik barang2 yang dijual disitu, tapi mcm jauh pulak akak nak pegi ke ampang nun..

ada jual rempah nasi arab x?? lepas ni boleh makan nasi arab kat rumah .. bgs jugakkan ada kedai mcm ni.. mcm terasa² nak kemekah.

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF