Menu Bersantan Untuk Anak

Mula kenalkan menu bersantan dekat rania masa hari raya puasa yang lepas. itulah permulaannya rania jamah makanan yang bersantan, di usia 11m+ 

Kebetulan.. masa tu dikampung kedah, saya tengah masak bubur nasi rania di dapur, mak pulak tengah sediakan santan untuk balut ketupat daun palas yang sepupu tempah. alang2 nampak santan fresh, apalagi, minta la dekat mak sikit. sekadar nak campur dalam bubur nasi rania tu. hiks. 

Alhamdulillah, rania makan habis bubur nasi tu. ala, bukan banyak pon letak, ada la dalam sesudu dua gituu je. bagi lemak2. sampai sekarang rania dah makan menu berasaskan santan dengan jayanya. senang khoje umi, dik ;)

Bubur Nasi


ini menu pertama rania kenal santan. lemak2 rasanya. sedapppp :) 

Labu Masak Lemak Putih  


Rebus labu + air + bawang putih + halia = lembut
masukkan santan + lada hitam tumbuk + homemade serbuk ikan bilis

Ayam Masak Lemak Kuning 

didihkan air
masukkan kentang, kunyit hidup, serai..
kentang empuk + masukkan santan 
masa makan carik2 isi ayam atau umi kunyah2 dulu..


Amboii222 !!! semuanya lemak2 erk ! ekekeke.. lega sangat bila rania suka makan. sambil suap ke mulut anak, suap juga ke mulut uminya. hikhiks. kekadang masak menu ni kongsi berdua. ayah rania kerja. so, senang kerja umi setiap hari. umi dan anak berkongsi menu yang sama.. 

Oh ya, sy still MASAK TANPA LETAK GULA & GARAM. sekali umiayah makan tanpa gula & garam. barulah menyokong, kan ! gituuu.. 

Itulah sebabnya bila balik kampung memang umi rania angkut segala keperluan untuknya. bukan setakat mudah malah menyenangkan kerja umi di dapur tanpa mengacau periukbelanga orang lain.

maklum lah, style di kampung kan, jenis masak banyak2 pastu biar dalam periukbelanga. bila nak makan, just hangatkan. bia guna belanga sendiri, lepas masak, boleh terus basuh. jenis masak sekali makan je. itulah alasan utama umi rania bawa belanga sekali. hikhiks. lagipon belanga tu, memang guna khas untuk masak makanan rania saje, tak da nak campur2. sejak rania start makan solid food lagi, umi sediakan belanga khas untuk masak menu Rania ^_^

itu je nak kongsikan hari ni. oke. tata titu ^_^


Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Menu Bersantan Untuk Anak "

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF