Nugget Ayam Homemade

Menu baru untuk Raniakusayang diusia setahun 4bulan. Ummi buatkan Nugget Ayam Homemade. Hewhewhew πŸ˜‰πŸ˜‰

Selepas ini tak payah beli nugget lagi sebab korang hanya kena beli 
dada ayam, garam, lada sulah, bawang putih, telur ayam, serbuk roti dan acuan 😘
kita pakat2 buat nugget ayam homemade plak.

Boleh tambah habbatus sauda, lobak merah, mayonis, tepung gandum dan sebagainya. Terpulang. Ikut citarasa anak tekak memasing, khennn. Nak kukus atau tidak pon terpulang. Mana2 pon boleh bah.  Kita yang buatkan nugget ayam homemade nih. So, tak ada hal lah πŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘Œ

Kalau untuk anak, pastikan anak korang dah pass dengan telur ye. Means berumur setahun ke atas lah. Okay.. 

Isi nugget ayam homemade padat dengan ayam dan sayuran. Baru ada kepuasan menikmati nugget. Hiks. Nak buat pon bukannya lama. Sap sap soi dah pon siap. Paling penting berkhasiat dan kebersihan terjamin.

Nugget Ayam Homemade sesuai untuk menu minum petang atau pagi atau malam. Boleh di makan bersama nasi goreng, bihun goreng atau mee goreng.


Cara buat Nugget Ayam Homemade

Isi ayam, telur, bawang putih, garam, lada sulah dikisar
Gaul dengan habbatus sauda dan lobak merah. Kalau letak tepung tak perlu kukus. Just biarkan then bentuk dengan acuan. Kalau nak kukus, just kukus separuh masak
Angkat dan masukkan dalam acuan kegemaran anak2
Golek dalam serbuk roti/ oat/ nestum
Dah siap, biarkan sebentar then boleh lah digoreng

Nyum nyum dapnye.
Nugget Ayam Homemade πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘


Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Nugget Ayam Homemade "

Alhamdulillah, atas berkat doa kalian yang sentiasa meninggalkan komen di sini.. akhirnya saya diberi kesempatan untuk mengandung setelah 6 tahun menanti. Kini, doakan kandungan saya sihat & sempurna serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT untuk melahirkan permata hati yang dinanti. aamiin :)

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 QasehnyaRania - All Rights Reserved
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF